Archives for Life

image-3092

Kisah Sebenar BioWare

Pagi tadi Ayie datang ke rumah. Singgah sebentar sebelum pergi kelas. 'Pernah dengar tentang BioWare?' soal beliau. BioWare merupakan developer permainan video yang terkenal dengan Neverwinter Nights, Baldur's Gate, Mass Effect dan yang terbaru Star Wars: The Old Republic. Rata-rata permainan video yang dihasilkan mereka mendapat kritikan positif terhadap plot dan jalan cerita yang dihasilkan. Selain itu, BioWare turut menghasilkan game engine sendiri yang kemudiannya dilesenkan kepada developer lain untuk diguna dalam games mereka. 'Kau tahu empat pengasas BioWare merupakan graduan perubatan? Kemahiran ...
Click here to read more »
image-2951

Takkan Henti Cari Jawapan

Sebelum peperiksaan selalunya kita akan kumpul soalan tahun-tahun lepas kemudian cari jawapan untuk soalan tersebut. Sewaktu peperiksaan pun ada kalanya kita ingat-ingat lupa, lantas ucap pelbagai zikir supaya ingat jawapan soalan peperiksaan tersebut. Keluar dari dewan peperiksaan pun kita belek kembali buku nak tengok jawapan untuk soalan yang kita jawab tadi. Semua ini kita lakukan demi sebuah keyakinan. Keyakinan berupa kebenaran. Samalah. Hidup ini pun ada benda yang kita takkan jumpa jawapan sekelip mata. Sekarang masih belajar, saya sedang mencari jawapan untuk satu persoalan yang ...
Click here to read more »
image-2940

Video: Love Never Fails

Lama tak jadi dynamic cameraman. Selalunya diberi tanggungjawab jadi static cameraman rekod ceramah atau ucapan, maka haflah Dr HK semalam satu kesempatan yang baik. Lepas habis exam Obstetric Gynaecology memang berazam nak pergi balik kelas Dr Hussein pagi-pagi, dah lama sangat tinggal. Tapi banyak perkara menuntut tidur lepas subuh maka memang pengsan sampai pukul 9. Tengok-tengok Hafizi ajak pergi program meraikan Dr Hussein Khairi sempena tamat perkhidmatan beliau sebagai dekan Fakulti Perubatan pada Ogos ini. Balik rumah terus sapu habuk pada camcorder ...
Click here to read more »
image-2678

Get Hit and Keep Moving Forward

Jumpa satu video mengagumkan. Buat satu post untuk simpan. When you fall flat on your face, what do you do? How determined are you to win your race? Sambil itu, kepilkan sekali quote berkaitan, daripada filem Rocky Balboa (2006). The world ain't all sunshine and rainbows. It's a very mean and nasty place, and I don't care how tough you are, it will beat you to your knees and keep you there permanently if you let it. You, me, or nobody is gonna hit ...
Click here to read more »
image-2671

Pajeri

Safwan mengacau perlahan lauk terung yang dimasaknya. Api dikecilkan apabila melihat kuah menggelegak. Sedikit dikaut dengan senduk dan dirasa. 'Okay dah sedap gila aku masak.' Safwan senyum girang percubaan pertama menjadi. Kemudian dia berlari ke depan, mengetuk pintu bilik sahabatnya. Sejurus kemudian pintu bilik dibuka. 'Hafiz, cuba kau rasa sedap atau tak.' Senduk dalam tangan dihulur. Hafiz mencicip sedikit kuah dalam senduk. Mukanya berkerut. 'Kau masak apa?' 'Kari terung.' Safwan dah gelabah kalau-kalau salah resepi, jadi tak sedap. Bukannya dia tengok MyResepi.net, dia cuma pakai naluri ...
Click here to read more »
image-2619

Pulang Dari Raudhah

Rabu malam Khamis ada pengajian kelas tafaquh. Budak-budak kaki Islamis bagi nama program Raudhah. Kata mereka, majlis ilmu itu salah satu taman syurga. Taman syurgalah sangat; air masak pun tiada, inikan pula air telaga Kautsar. Balik dari kelas, jalan belakang akhawat. Macam biasa, akhawat-akhawat ini dinamakan pulang bermusyrif walaupun musyrif mereka nun di depan sana entah tahu atau tidak apa yang terjadi pada akhawat paling belakang. Saya perasan dua akhawat paling belakang jalan terhegeh-hegeh melenggang macam itik, perlahan gila nak mati. Saya ...
Click here to read more »
image-2582

Kuaci Warna Hitam

Tahu kuaci tak? Makanan yang dibuat daripada biji bunga matahari. Mesir panggil lib. Yang warna hitam namanya lib suuri tapi sebab tak pandai Bahasa Arab kita biasanya sebut lib iswid. Beli kuaci LE2 kemudian makan sambil jalan kaki. Kulitnya kita campak ke tanah terus hilang entah ke mana. Sebab saiz dia kecil, maka tak kisah kalau buang merata-rata. Nanti jatuh ke tanah, berhujan panas, akhirnya reput juga jadi debu. Tapi kalau beli kuaci LE2 kemudian makan di rumah, kulitnya kita kumpul masuk plastik. Bila ...
Click here to read more »
image-2549

Nineteen and Half

How much is it?' tanya akak rambut blonde. 'Sa3atasyar wa nus,' jawab pakcik rambut kerinting sambil tangan ligat masukkan barang dalam plastik. 'How much is it again?' akak blonde tanya lagi sekali. Dua-dua buat muka tak faham, macam ayam jumpa itik nak beli dedak buat makan malam. 'Nineteen and half,' bosan menunggu, saya tolong jawab. Pakcik kerinting senyum angkat tangan tunjuk simbol Like. 'Nineteen and half or nineteen pound and fifty piasters?' Saya cuma senyum kelat. Sempat lagi akak blonde kenakan aku. Salah ke? Akak blonde keluarkan ...
Click here to read more »