Archives for Life - Page 3

image-1956

Zaujah Ana

Ini pos sebelum kita bernikah. Selepas bernikah mungkin perasaan sewaktu pos ini ditulis akan berubah. Bila akhawat dah berkahwin maka secara automatiknya akhawat tersebut mendapat gelaran baru - zaujah. Secara umumnya, ada dua larangan ganjil apabila sudah bergelar zaujah. 1. Panggilan Nama Haram hukumnya menyebut nama zaujah. Tak kisah siapa pun anda. Suami mesti menyebut 'zaujah ana' atau 'orang rumah' atau hanya 'zaujah'. Contoh ayat, 'Zaujah waktu mengandung dulu selalu muntah.' Orang lain mesti menyebut 'zaujah enta' atau 'orang rumah enta' atau 'isteri Hafiz'. Contoh ayat, ...
Click here to read more »

image-1953

Once a Crew, Always a Crew

Akhirnya berakhir sesi Biro Penerbitan & Penerangan (BPP) bERUBATAN versi lama. Sekarang bermula perjuangan bERUBATAN versi baru (Kononnya, padahal setakat pemisahan kuasa supaya bidang kerja lebih jelas =P) 2013 bermakna genap 6 tahun BPP ditubuhkan (2007) dan genap 5 tahun jenama mediaPERUBATAN digunakan (2008). Jujurnya BPP adalah biro yang paling dekat di hati kerana secara fitrahnya kita merupakan seorang yang tak suka akademik dan tazkirah. Sungguh memeningkan berbicara perkara soalan tahun lepas dan juga tafsir al-Quran. Memang bukan minat kita untuk buat ...
Click here to read more »

image-1940

Bayar Patient

Melangkah naik ke Tahun Lima, mula berjinak-jinak dengan format peperiksaan tahun klinikal. Barulah mengalami sendiri situasi yang dihadapi golongan-golongan terdahulu daripada kami - pesakit minta duit sebelum kami boleh ambil history atau buat examination. Lalu terbitlah rungutan daripada pelajar-pelajar Tahun Lima, 'Sudah bayar yuran mahal, masih perlu bagi duit kepada patient?', 'Tadi dah bayar kepada Sekretariat, sekarang pun kena bayar lagi?', ataupun 'Arab ni kalau tak menipu tak sah.' Rata-rata tidak berpuas hati dengan pembayaran wang kepada pesakit. Lalu kita terasa ingin bertanya ...
Click here to read more »
image-1930

Mitos

Tiada idea untuk menulis panjang maka sekadar coretan ringkas pasca-MAT9. Bersama Tokoh Perdana bERUBATAN - Damak Hamdani Damak memang layak mendapat Anugerah Tokoh Perdana bERUBATAN. Siang malam bekerja untuk ahli. Malah sebelum bergelar Presiden lagi sudah ke hulu ke hilir membuat kerja seorang diri. Belum lagi dikira memegang BPP sebanyak 2 sesi. Layak mendapat gelaran Tun. Kita dah 25 tahun hidup, 7 tahun belajar perubatan, 6 tahun dalam BPP, rasa macam tiada sumbangan langsung untuk ummah. Cuma sekadar mitos - nama disebut-sebut ...
Click here to read more »
image-1909

Relevankah Aku di Hatimu

Relevankah Aku di Hatimu (RADHA) merupakan tajuk novel yang ditulis Rnysa. Sekarang boleh didapati dalam versi cetak bercover warna merah jambu. Tapi post ini tiada kaitan pun dengan novel tersebut. XD Facebook memang memudahkan banyak perkara mengenai maklumat peribadi, tapi sistem Notification sedikit sebanyak menghilangkan nilai sentimental yang ada. Antaranya Notification Birthday. sila Google 'Have to Need to' Ada orang rasa dihargai kalau tarikh lahir diingati, tapi dalam kes Facebook rasa menyerabutkan bila orang wish ramai-ramai. Prejudis dengan mereka; wish sebab ingat ...
Click here to read more »
image-1877

CikTed Sampai di Rumah

Pada mulanya ingin berbicara tentang Law of Attraction, tapi rupanya sudah menulis tentang Law tersebut dalam post Kongsikan... Walau Hanya Pada Awan. Bolehlah baca di sana. Kaitannya di sini adalah Khamis lalu mewar-warkan keinginan memiliki teddy bear, hari ini sudah dapat sebuah teddy bear bersaiz gergasi, hahaha XD NOTA: HUKUM MEMILIKI TEDDY BEAR Sekadar ringkasan. Ulama' khilaf dalam hukum memiliki anak patung. Secara umum hukumnya adalah haram jika untuk penyembahan (berhala, perhiasan, dimuliakan) dan harus jika untuk permainan (dikotorkan, dijadikan punching bag). Ada ...
Click here to read more »
image-1858

Seminar Community Medicine

Tahun ini berkesempatan menjadi PESERTA Seminar 5 Star Muslim Professionals. Maka boleh fokus kepada pembentang dengan optimum. Sudah 5 tahun menunggu saat ini XD Seminar tahun ini memang bukan seminar ilmiah. Lebih kepada perkongsian pengalaman. Boleh juga disebut motivasi kendiri. Secara peribadi, kita bagi 7 daripada 9 bintang. Secara keseluruhan terpaksa dikurangkan kepada 5 bintang. Sebabnya akan diberitahu kemudian. Gambar ihsan Hamada Hamdi Slot yang tidak diwar-warkan dalam iklan memang superb - Leading Like a Boss (En Amin) dan Position or Influence (Ustat ...
Click here to read more »
image-1800

Darah Seorang Guru

Antara perkara yang kita tak suka buat walaupun telah dilatih bertahun-tahun adalah 'mengajar'. Sebabnya ada perasaan 'tidak puas hati' selepas melakukan perbuatan tersebut. Rasa seperti ada perkara yang terlupa untuk diajar. Latihan mengajar telah bermula sejak kecil lagi, seawal umur 11-12 tahun sudah mula mengenal apa itu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Ini akibat menjadi anak Mak, sering mengekor di belakang beliau ke mana sahaja beliau pergi. Masih ingat lagi pada umur 11 tahun menggunakan komputer yang dipasang Windows 3.1, belajar Power ...
Click here to read more »
image-1712

Server Transfer

Hari ini selesai pembayaran untuk pemindahan hosting PERUBATANonline ke syarikat yang lain. Proses seterusnya mungkin mengambil masa seminggu, atau kurang. PERUBATANonline bermula pada Julai 2007 bersama Internet-Webhosting dengan bayaran serendah RM120. Setelah 5 tahun, kami membuat keputusan untuk berpindah ke Server Freak. Ia bukan keputusan yang mudah. Setiap kali web dilanda masalah, setiap kali itulah akan ada perbincangan penyelesaian. Menukar hosting adalah salah satu cadangan. 3-4 tahun dahulu menukar hosting memang bukan penyelesaian. Tiada hosting yang sempurna di dunia ini. Pasti akan ada ...
Click here to read more »
image-1696

V I T A M I N

Antara bahagian yang kita suka dalam Star Life Theatre feat SNSD ini adalah waktu temuramah bagaimana mereka boleh masih ceria berusaha walaupun letih dengan jadual yang sangat packed. Sedutan Star Life Theatre EP11.Klik untuk paparan lebih besar. Bila rasa sangat malas selalu teringat rakan-rakan di sekeliling. Selalu menjadikan mereka sebagai kayu ukur dan semangat. Bangun tidur rasa malas nak pergi kuliah, terngiang-ngiang 'Mesti AF pergi kuliah hari ni.' Bila pergi kelas nampak AS di hujung jalan, 'Awalnya AS pergi kelas.' Bila dalam kuliah, nampak ...
Click here to read more »
image-1686

Seronok Tak Kahwin?

Soalan yang diajukan kepada Faeid saat beliau menjejak kaki di rumah kami semalam, maklumlah pengantin baru; 'Seronok tak kahwin?' Logiknya soalan tersebut tidak relevan diajukan kerana beliau baru seminggu menamatkan status bujang. Pengantin baru masih fresh sedang menikmati saat halal bercinta dengan pasangan sudah tentu segalanya indah-indah belaka. Hakikatnya dunia perkahwinan bukan sementara, dan bukan-sementara itu tidak selamanya disulami gembira. Ada mehnah dan tribulasinya. Ada badai gelora yang bakal melanda. Cuti summer ini sahaja ada 9 jemputan kahwin di pihak GEN6 yang diterima. Belum lagi ...
Click here to read more »
image-1645

Kalau Miskin, Buat Cara Miskin

Entry sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55. Mak pernah pesan, 'Orang miskin kena buat cara miskin. Tak boleh ikut gaya hidup orang kaya.' Ramai manusia berlagak kaya walaupun sebenarnya miskin. Orang lain ada gadget mahal, dia pun nak juga gadget mahal. Umpama kanak-kanak, bila mahukan sesuatu dia tak kisah mahal atau murah. Yang penting dapat. Tapi kita sebagai dewasa, kita kena sesuaikan kehendak dengan kemampuan. Kena waras dalam membuat pilihan. Mana penting, mana tak penting. Selaku orang miskin, maka banyaklah pakaian yang koyak rabak kita ...
Click here to read more »
image-1611

Asap Berkepul Dalam Rumah

'Takut aku kucing ni, besar gila!' 'Aku pun geli nak pegang.' 'Buruknya, macam anjing muka dia.' Semalam rumah kami Setinggan Ganglion Tibb menerima penyewa baru. Namanya Smokey. Ibunya outstation ke Malaysia hingga bulan September ini maka Smokey menyewa di rumah ini untuk sementara. Smokey ada 2 ekor anak. Seekor putih seekor hitam. Tapi Ibu kata belum ada nama lagi. Nama Smokey (asap) ni sebab muka dia hitam ke eh? =P Smokey payah nak sebut maka kita panggil Nurul Kie Key je la eh? Ibu tak ...
Click here to read more »
image-1591

Nom Nom Nyam Nyam #2

Penyertaan kedua Nom Nom Nyam Nyam ini datangnya daripada adik Aini berasal dari Perak. Adik ini kata dia yang masak tapi kesahihannya tidak dapat dipastikan. Mungkin emak masak, adik Aini tolong beli bahan, mana kita tahu. Adik Aini menghantar DUA masakan untuk dinilai. Terima kasih kerana bersusah payah menghantar penyertaan dari jauh. NAMA MASAKAN #1: Agaknya adik Aini tahu rumah kita menerima penyewa baru bernama Smokey, maka beliau menghantar kuih ini yang dinamakan Kuih Terbakar. Tapi kita lihat kuih ini tak hangus pun, adakah ...
Click here to read more »
image-1555

Nom Nom Nyam Nyam #1

Bosan pula rasa update di Facebook dan Twitter. Menggelepar di blog lagi best walaupun tiada orang baca. Penyertaan Nom Nom Nyam Nyam kali ini daripada Wnha Ws dan Ami Farhani. Terima kasih kerana menghantar kepada kami untuk dinilai. Nota: Kurma dan air dijual berasingan NAMA MASAKAN: Sewaktu disoal nama masakan ini, Ami Farhani menjawab 'Entah-Hadhirah-Masak-Apa-Entah'. Kita pun tidak tahu menahu tentang nama makanan maka tidak mahu menyebut sembarangan nanti salah kita yang malu.tapi ini nama dia Caramel Coffee kan? 'Karamel itu benda hangus yang ...
Click here to read more »