Archives for Life - Page 4

image-1539

Malunya Tak Dapat Jayyid

Alhamdulillah keputusan akhir Tahun Empat telah diumumkan semalam. Bila banyak sangat ambil exam, kita jadi lupa result setiap tahun. Maka kalau orang tanya Tahun Dua dapat berapa memang takkan dijawab kerana dah lupa. Belum lagi orang tanya waktu mengulang Tahun Dua, exam Dur Tani subjek apa memang sawan on the spot sebab otak tak dapat memproses jawapan. Maka setiap kali result keluar kena buat post ringkas supaya boleh jadi rujukan nanti. Bila ada rujukan boleh nilai prestasi setiap tahun, boleh buat ...
Click here to read more »

image-1515

Tarbiah Membayar Hutang

Sistem pinjaman menurut Islam memang diketahui secara umum, lebih-lebih lagi sewaktu pergelutan kes PTPTN dan bayaran tambahan 4% yang dikenakan adakah menepati syariah atau tidak. Itu sebelum polemik pendidikan percuma dan debat-debat yang diadakan lanjutan daripada polemik tersebut. Antara yang ditekankan dalam sistem pinjaman menurut Islam adalah nilai bayaran balik pinjaman adalah tidak lebih dan tidak kurang daripada nilai yang dipinjam. Secara kasarnya wajib dibayar begitu. Caj tambahan adalah riba jika ditetapkan sejak awal dan riba adalah haram. Namun begitu, sekiranya ...
Click here to read more »

image-1502

Abby, Politik dan Facebook

Tengah malam buta ni jalan-jalan baca Twitter, terjumpa satu link: Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi. Cerita politik yang menarik untuk dibaca adalah komen-komen di bawah sebenarnya. Finaz Yunus baru diserang dalam satu status dah deactivate Page beliau. Abby Abadi diserang maki hamun setiap hari di Facebook dan Twitter selamba kontrol macho. Agaknya inilah tarbiyyah hasil bergiat sebagai anak seni yang penuh mehnah dan tribulasi, membuatkan golongan artis adalah golongan yang kental dalam perjuangan. Bukan setakat tak ...
Click here to read more »
image-1491

Esok Hantar Buku Nota

Waktu belajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (PQS) dulu, Ustajah suruh buat buku nota. Buku nota tersebut saiz A4, ringkasan daripada perenggan-perenggan dalam buku teks dalam bentuk keyword penting. Kalau kreatif buat peta minda dan guna pen warna-warni lukis apa saja hiasan dalam buku tersebut. Tapi selalunya kalau siapkan buku nota tersebut, tak pernah dibaca pun waktu peperiksaan walaupun ianya ringkasan. Mungkin kerana jawi tulisan tangan dalam buku tersebut sangat hodoh tak mampu dibaca manusia maka lebih rela membaca perenggan demi perenggan ...
Click here to read more »
image-1479

Anak Dara Mahu Kahwin

Tiba-tiba video ini jadi VIRAL, 80 views dalam sehari. YoonA si kucing adalah penyewa di rumah kami. Maknanya makanan, toilet, baju, seluar, permainan semuanya disediakan ayahnya si Pemenang cuma YoonA menginap di sini kerana ada ramai manusia tidaklah dia kesunyian. Tapi kebelakangan ini YoonA sudah mula berperangai pelik. https://twitter.com/hafizadam/status/217475019004051456 Itulah, pantang kaki terjulur dari katil mulalah menggesel. Kita tengah tidur, dia menggesel di kepala. Bila tak bagi perhatian, keluar ke beranda mengiau. Panggil nama sikit, punggung terangkat. Tidur pula mengangkang, pertama kali melihat gaya ...
Click here to read more »
image-1474

Presiden Terhebat!

Lebih 80 tahun perjuangan Ikhwan Muslimin, akhirnya berjaya menumbangkan musuh ketat mereka. Langkah pertama dalam perjuangan Islam ke arah kemenangan-kemenangan seterusnya. Tak bercadang menulis panjang, kerana post ini harapnya sebagai suatu kenangan bahawa kita yang sedang berada di Mesir ini sedang menyaksikan sejarah terhebat. Tahniah dan semoga kita terus kekal berada di atas landasan kebenaran. p/s: Malam ni celebrate di tahrir jom! =P
Click here to read more »
image-1453

Kena Jadi Lebih Gigih!

Final exam Tahun 4 bermula 4 Jun dan berakhir pada 11 Julai. Final exam Tahun 4 bermula dengan Community Medicine dan berakhir dengan Forensic & Toxicology. Seperti biasa, soalan Final adalah tajuk-tajuk yang yang diajar sewaktu kita ponteng kelas. Maka kena lebih GIGIH kalau nak jadi cemerlang dapat jawab semua soalan macam SEOHYUN! IKLAN!Bila ada kucing dalam rumah, biasalah kalau sembang dengan kucing kan? Kongsikan kisah anda dengan benda tersayang anda ;)
Click here to read more »
image-1370

Kembali Kepada Fitrah

Kadang-kadang pelik juga budak-budak ini. Tajuk program seperti Sambutan Raya Aidilfitri. Pengisian seperti program Unit Bait Muslim. Tapi ini adalah Perkumpulan Generasi Lapan Universiti Kaherah. Itulah Generasi Enam sudah tiada Perkumpulan maka kami-kami warga KAMI (Kumpulan Anak-anak Mahu Imtiaz) yang merasa tersisih ini menumpang kasih dengan anak-anak Generasi Lapan XD Tapi Generasi Lapan ini tiada ikhwah yang gila gambar agaknya. Kalau Perkumpulan Generasi Enam mesti ada makhluk-makhluk yang berkeliaran dengan DSLR menembak di sana sini (Rindu dengan tembakan Hamada Hamdi serta Anas ...
Click here to read more »
image-1298

Garis-garis Usia

Alhamdulillah, ALLAH masih menghidupkan kita setelah 23 tahun, untuk terus berusaha memohon keampunan daripada-Nya. Sudah diampunkah dosa-dosa selama ini? Vanila Coklat. Sebenarnya yang sedap hanya hiasan dekat atas dan krim coklat dia. Ini namanya kerepek 3isy. Kalau spicy lagi sedap. Mungkin. Ular panggang mempunyai khasiat dalaman kepada lelaki. Kami semua adalah lelaki gagah yang perlu anda kahwini. Gambari ni udang. Gambar ini udang. Got what I meant? Ini namanya ikan. Ikan yang dipanggang. Kembung atau selayang tidak dapat dikenalpasti. Apabila pulang nanti perlu lebih kerap mengikut ...
Click here to read more »
image-1174

Undilah

Undilah mereka yang cantik-cantik dan kacak-kacak sahaja ini. Calon-calon Lelaki Calon-calon Perempuan Kalau asyik buat post pasal PERUBATAN gila bosan kan? Tapi kali ini teruja gila nak bagitau: AMAT BESAR KERUGIAN BAGI MEREKA YANG TIDAK DATANG KE BOOTH JPP2011 SEMALAM sebab bukan senang nak menggatal ambil gambar dengan akhawat seperti ini: Kah3. Habis cerita. Klik la link2 di atas dan jangan lupa berkempen untuk Calon yang anda gemari. p/s: OK post ni bangang. Jangan Like. IKLAN!Manifesto terhebat - 30% diskaun untuk trip ke Europe menaiki Malaysia Airline. Undilah saya!
Click here to read more »
image-1111

Coklat Untuk Kekasih

Minggu lepas tengah melantak biskut koko tiba-tiba teringatkan seseorang. Maka saya pun membuka profile Facebook beliau dan terperasan hari lahir beliau seminggu lagi. Secara kebetulan CEO syarikat coklat terbesar di Malaysia, kak Illa sedang online maka tiba-tiba perangai gila datang nak bagi coklat dekat beliau. Lagipun coklat kak Illa ini 100% halal, 100% customizable ikut citarasa, mempunyai aura air tangan keibuan dan dijamin berkualiti tinggi. Sedap atau tak saya tak tahu sebab belum try kot? Maka dipendekkan cerita saya tanyalah itu ...
Click here to read more »
image-1103

Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun

Tahun ini banyak teori. Mungkin sebab sudah tua, fikiran sudah final year. Maka banyak peristiwa dalam hidup ini disimpulkan dalam teori-teori yang pelbagai. Antaranya Teori Konspirasi Universiti Kaherah yang pernah saya tulis dahulu. Kenapa dinamakan Teori? Sebab belum dibuktikan. Kalau dibuktikan, namanya Hukum. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi teori lain. Dulu-dulu waktu cerita Dunia Baru popular, selalu dengar ungkapan ini: Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN. Mak Adif yang sebut kan? Waktu Tahun Satu dulu, biasalah masih kanak-kanak budak hingusan lagi. Senior-senior kata, masih ...
Click here to read more »
image-1081

The Chosen One

Tahun ini kurang melibatkan diri dalam Program Sambutan Pelajar Baru (AHLAN '11)), sebab jadual harian agak penuh dan terasa agak padat. 10-13 September, ada program di Universiti Kaherah - Challenge the Habits. Ditambah dengan editing video JAKSI, tontonan cerita Melayu menjelang jam 3 petang, cerita Cina setiap jam 6 petang dan cerita Korea pukul 9 malam, menambah kesempitan waktu haha. Maklumlah saya sudah tua, tiada stamina seperti dulu; boleh berlari ke sana ke mari 24 jam tanpa henti kemudian bersengkang mata ...
Click here to read more »
image-1030

In Memories Ikhlas Ville ’05

Saya memang suka menyimpan bookmark. Bookmark dan keychain; kalau anda semua melancong ke mana-mana, dua jenis cenderahati ini sudah cukup bagi saya. Ke terlalu common? Haha Disebabkan batch novel sewaktu evakuasi sudah mula dibuka sedikit demi sedikit maka saya menyelongkar almari mencari peti besi yang menyimpan harta karun untuk meletakkan bookmark-bookmark yang baru bersama koleksi lama. Akhirnya terjumpa sesuatu yang menarik dari 6 tahun dahulu. Sangat mengujakan hingga tergelak berguling-guling di atas lantai. Koleksi kata-kata semangat daripada guru-guru sempena SPM. Lengkap dengan ...
Click here to read more »
image-1020

Teori Konspirasi Universiti Kaherah

Hari ini eksperimen telah selesai maka masa untuk membentangkan hasil dan menentukan samada hipotesis dibuktikan benar atau tidak. PENGENALAN Kita sering mendengar istilah 'Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.' Kata motivasi ini ditujukan kepada mereka yang gagal, untuk meningkatkan motivasi diri seterusnya bangkit kembali pada masa akan datang. Namun begitu, sesetengah tempat tidak boleh dipraktikkan kata motivasi ini. Antaranya Universiti Kaherah. HIPOTESIS Mereka yang PERNAH mengulang tahun tidak akan cemerlang lagi pada masa akan datang. EKSPERIMEN Untuk membuktikan hipotesis ini, pemerhatian dijalankan terhadap batch Gen6 yang ...
Click here to read more »