Archives for Life - Page 5

Syafaat

Oh rupanya bulan Julai ini tidak banyak menulis. Ini entry terakhir sebelum puasa, mungkin. Malaysia tewas kepada Singapura. Orang kata Singapura menang dengan tidak bermaruah. Banyak drama. Buang masa. Tapi sebenarnya, yang penting Singapura tetap menang. Kita yang kalah hanya mampu bising-bising dalam Facebook dan blog. Dulu-dulu apabila keputusan peperiksaan keluar, adalah yang dapat B 78 markah, C 59 markah. (Sistem pemarkahan ini sudah tidak digunakan lagi kot). Kemudian mulalah kami semua yang pada ketika itu masih kanak-kanak membuat muka comel merayu ...
Click here to read more »

image-903

Kahwinilah Wanita Yang Subur

Musim exam adalah musim mengawan. Maka di sana sini orang bercerita tentang kahwin. Status Facebook pun jiwang-jiwang. Status Yahoo Messenger rindu-rinduan. Twitter pun mengekspresikan perasaan. Blog pula penuh dengan cerita tentang perkahwinan. Bercerita tentang kahwin, saya teringat satu hadis: Dari Anas Ibnu Malik R berkata: Rasulullah SAW memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: 'Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.' (Riwayat Ahmad) - Hadits shahih menurut ...
Click here to read more »

image-877

Curi-curi Wang Malaysia?

Lantaran marah dengan tindakan kerajaan membelanjakan RM 1.8M untuk kempen media sosial Cuti-cuti Malaysia, sebuah laman Facebook yang baru, Curi-curi Wang Malaysia telah dilancarkan dan berjaya mengumpul lebih 25k peminat dalam masa kurang 24 jam. Tujuan penubuhan laman ini adalah untuk membuktikan bahawa tidak perlu menggunakan RM 1.8M untuk membina sebuah laman Facebook yang berjaya. Namun begitu, selaku pembina laman Facebook yang berpengalaman, penubuhan laman ini dilihat tidak profesional dan menggambarkan kebodohan penentang kerajaan yang gagal bertindak secara rasional dan hanya mengikut ...
Click here to read more »
image-862

Sindir Menyindir Membawa Padah

Abang Adam tengah menunggu ayam di dapur jadi hangit garing dan bertemu dengan berita ini mengenai pergaduhan pelajar perubatan. Mari kita baca bersama-sama. Klik gambar untuk paparan lebih best! Exco BERUBATAN Berang Dengan Sindiran Mesir, 13 Jun - Tindakan seorang pelajar perubatan luar negara mengeluarkan kenyataan sindiran berbau perkauman dalam sebuah Group untuk bakal doktor di Facebook akhirnya membawa padah apabila dikecam hebat oleh Exco BERUBATAN Cawangan Alexandria. Sakinah Ismail bt Ibrahim, Exco Unit Menerangkan & Menerbitkan BERUBATAN Cawangan Alexandria berang dengan kenyataan pelajar ...
Click here to read more »
image-784

Tuberculin Skin Test

Tuberculin Skin Test adalah ujian untuk menentukan samada kita dijangkiti Mycobacterium tuberculosis yang latent. Maknanya kita dah dijangkiti TB tapi tiada simptom yang kita boleh nampak secara luaran. Ujian ini dilakukan dengan menyuntik protein bakteria tersebut dan memerhatikan jika terdapat induration (gelembung) yang menunjukkan keputusan ujian positif. Tapi ujian ini ada kelemahan iaitu false positive. Hasil ujian positif tapi tak bermakna kita menghidap TB. Antaranya kerana kita dijangkiti Mycobacterium spesies lain. Mesir kan endemik dengan pelbagai bakteria yang tidak akan dijumpai di ...
Click here to read more »
image-754

Terima Kasih Cikgu

Blog baru ini belum ada entry pasal Hari Guru maka 'terpaksa'lah buat satu. Lagu ini memang klasik epik, semua orang tahu kot. Cikgu akan naik ke pentas beramai-ramai menyanyikan lagu ini. Tahun lepas (2010) dan tahun sebelumnya, tema Hari Guru adalah Guru Pembina Negara Bangsa. Tahun 2011 pula, tema Hari Guru adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, tapi lagunya sangat bosan. Saya lebih suka lagu tahun lepas. Tahun SPM dulu (2005), temanya Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan. Bercerita tentang sambutan Hari Guru, secara peribadi tak ...
Click here to read more »
image-739

Makan-Makan di Rumah Sendiri

Sorry-lah saya memang orang kampung yang tahu makan budu, ikan kering serta ulam sahaja, maka sedikit culture-shock apabila budak-budak ini membuat gaya pemakanan sebegini: Benda ni namanya Sushi kan? Yang bintik-bintik hitam tu telur katak ke? Ketam segar diimport dari Pasar Sayeda Manusia ada enam orang ditemani seorang chef kibir dari Kuantan. Mantan Presiden tidak kelihatan kerana sibuk dengan tugasan negara. Finishing touch daripada Amir Najmi: Semuanya HOME-MADE. Best gila ada chef hebat dalam rumah ni :P Jamuan sempena International Nurses Day - Closing The Gap: ...
Click here to read more »
image-716

Tahniah BWF!

Alhamdulillah di saat kemelut nilai moral manusia pada zaman ini, Badminton World Federation (BWF) berjaya mengimplementasikan nilai peradaban manusia ke dalam peraturan permainan badminton wanita. Bermula 1 Jun 2011, semua pemain wanita di kejohanan peringkat 1-3 diwajibkan memakai skirt. Walaupun alasan yang diberikan agak kurang logik, namun BWF berjaya mempertimbangkan situasi dan melihat dari sudut semua golongan pemain seterusnya menerapkan unsur Islam secara senyap. KENAPA ADA PIHAK MEMBANTAH PEMAKAIAN SKIRT? GENERAL COMPETITION REGULATION - 19.2 'In order to ensure attractive presentation of ...
Click here to read more »
image-695

Projek Destiny

Waktu itu dunia sudah mencapai tahap kemajuan yang tinggi, walaupun nilai dan akhlak semakin hilang nilai terpuji. Rompak rogol rasuah merata-riti, manakala teknologi sudah mencapai tahap mampu menentukan genetik bayi. Di tengah-tengah kemelut ini, muncul seorang manusia dengan misi yang suci; membersihkan manusia daripada terus mencemarkan dunia ini. Rancangannya: Menghapuskan semua manusia dan melahirkan manusia yang baru dengan menentukan genetik tertentu supaya sesuai dengan matlamat manusia itu dilahirkan. Seorang bayi yang dilahirkan untuk menjadi guru diberikan genetik kemahiran mengajar, manakala ...
Click here to read more »
image-656

Paranoid

Asalnya ingin bercerita tentang drama Dong Yi, serta Yi San. Tetapi masyarakat sekarang menyebabkan saya ingin membebel tentang fenomena paranoid. 1. Freemason Dulu heboh dengan Freemason. Mentang-mentang ada dokumentari The Arrival, semua benda akhirnya dikaitkan dengan Freemason; secret cult yang bertujuan menguasai dunia. Kotak hitam putih, piramid satu mata, gadis baju merah blablabla dsb etc. Maksud saya; Apa kesannya kita tahu semua benda tu? Murtadkah? Oh design kotak-kotak hitam putih ni merupakan unsur Freemason maka kita mesti tukar jadi belang-belang kelabu tahi anjing. Bumbung rumah ...
Click here to read more »
image-631

Aduh, Susahnya Ingin Berubah

Antara masalah yang dihadapi iLuvIslam setelah mengalami perubahan adalah di bahagian Komuniti. Suatu masa dahulu, forum iLuvIslam disekalikan dengan Laman Utama, tapi kini forum iLuvIslam memiliki subdomain yang tersendiri. Sudah tentu, perubahan yang dilakukan adalah bermatlamatkan kebaikan, tapi sudah tentu juga akan ada masalah yang lain timbul. Kami Moderator Forum, mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antaranya, kategori dalam Komuniti. Sewaktu berbincang mengenai kategori yang sesuai, terdapat rungutan masalah yang bakal timbul akibat perubahan yang cuba kami ...
Click here to read more »
image-615

Reminiscing…

Tiada modal hendak menulis, tapi mungkin boleh membebel? 1. Kenapa Saya Tidak Suka Pergi Rumah Perempuan Sila klik sini dan baca bebelan beberapa tahun lepas. Rumah perempuan itu sememangnya maksiat, dan sejarah sentiasa berulang kembali. p/s: Tapi kali ini memang bukan salah saya. Haha 2. Kenapa Pula Musyrif Itu Menyusahkan? Adik saya 2 orang perempuan ingin pergi shopping. Maka dia ajak saya. Waktu itu pukul 8 malam lepas Maghrib. 'Jadah engkau orang nak shopping baju ngan tudung malam-malam buta? Pergi la esok, along lempang kang baru ...
Click here to read more »
image-601

Apa itu Demokrasi

Rentetan daripada BTN, maka saya menjadi patriotik dan memikirkan bahawa politik itu sangat penting tuan-tuan. Negara kita mengamalkan raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Maka, soalan saya: adakah anda tahu apa itu demokrasi? Kali ini kita bercerita tentang konsep demokrasi. 1. Democracy is not about choosing which side you like most. It's about choosing which side you hate less. 'Elections are won by men and women chiefly because most people vote against somebody rather than for somebody.' -Franklin P Adams Maka, untuk menang dalam pilihanraya, taktik yang ...
Click here to read more »
image-536

Kongsikan… Walau Hanya pada Awan

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Berdoa adalah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya.(Solusi isu 22) Maaf, ini bukan entry berkenaan Rooftop Rant =P Sebelum ini saya menulis tentang pengalaman saya menyertai FEWWIT, namun begitu saya juga sempat menyibukkan diri dalam mesyuarat pre-FEWWIT oleh INSPIRE Club bersama wakil iLuvIslam, sehari sebelum program. Selain keunikan istilah unit dalam Jawatankuasa Program seperti Pub N Pro (Publication and Promotion), Prep N Tech (Preparation and Technical) ...
Click here to read more »
image-532

Melihat Dunia Sebagai Ayat Allah

Paksaan untuk pulang ke tanahair kali ini, saya sambut dengan aktiviti di luar jangkaan. Tiba di Mesir, menghubungi beberapa individu, dan diberitahu mengenai program yang bakal menjelang. Antaranya, menyertai FEWWIT anjuran iLuvIslam yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa. FEWWIT atau nama penuhnya Fun & Exciting Weekend With iLuvIslam Team kali ini hadir dengan konsep bedah buku, menampilkan tajuk Bebas Dari Belenggu karangan Dr Azhar Sarip. Bagi saya, program ini agak bermakna kerana menjadi pertemuan kedua dengan Forum Team, juga kali pertama saya ...
Click here to read more »