Archives for Life - Page 6

image-490

Gambar-gambar Bosan

Hari ini Ganglion Tibb menerima kunjungan seorang doktor gigi dari Jordan. Abeslah kantoi banyak gigi rosak. Maka kami bawa beliau makan di Hayyu Sabi' sebaik sahaja turun dari kapal terbang. Tapi saya bukannya ingin kongsikan gambar beliau tapi gambar sengal untuk hari ini. Safwan Petrelli dalam Heroes. Sama kan style rambut beliau? :P Bakal presiden 2011/2012 sedang tidur dengan nyenyak di atas katil rakyat biasa. Abaikan kehodohan dan kesepahan katil. Sangat malas nak berkemas. Baju pun bertimbun belum lipat. XD Aaa rambut dah panjang. Mesti mak marah kalau dia nampak ...
Click here to read more »

image-429

Wedding Planner untuk 2011

Bosan-bosan, terjumpa sesuatu yang menarik di Wall Facebook kak Ami Farhani. Panduan ini sesuai digunakan oleh kaki judi nombor ekor wedding planner dan mereka-mereka yang merasakan ingin mengabadikan kenangan pada tarikh istimewa. 1/1/11 - (1 Januari 2011) 11/1/11 - (11 Januari 2011) 1/11/11 - (1 November 2011) 11/11/11 - (11 November 2011) 20/11/2011 - (20 November 2011) 21/12/11 - (21 Disember 2011) Anda boleh menggunakan formula 1/1/11 : Akad nikah 11/1/11 : Majlis Walimah 1/11/11 atau 11/11/11 : Bersalin anak Pertama 12/12/12 : Bersalin anak Kedua Atau 1/1/11 : Melamar 11/1/11 : Bertunang 1/11/11 : Akad ...
Click here to read more »

image-401

Bimbang…

Ahah tiba-tiba rasa bimbang. 1. Bimbangkan keselamatan Kisah akhawat dicederakan, serta peringatan daripada kak Remi mengenai keselamatan akhawat sangat membimbangkan. Super senior akhawat dulu-dulu sangat ganas. Ingat lagi kak Battah yang diumpat kerana suara beliau (bukan saya tapi orang lain :P). Biasalah; mengumpat dan bercerita tentang orang adalah perkara yang best. Abang Hamdan pun sama. Dengan kami bercakap lemah lembut, tapi dengan Arab, macam menjerit dan menengking. Mungkin kerana zaman dulu duduk seorang diri. Orang kata kena pandai berdikari. Kena adapt dengan budaya ...
Click here to read more »
image-395

Saya Bukan Siapa-siapa.

Ini ada satu kisah menarik sewaktu Hari Pengundian untuk dikongsi. Saya seperti biasa mencapab di depan dewan, memegang HDR-XR550E dan memerhati ahli PERUBATAN yang turun mengundi. Sangat menakjubkan kerana ahli Cawangan turut ada yang turun mengundi, walaupun muka-muka mereka sebenarnya adalah muka kuat PERUBATAN; Maro, Rahim, Azizi, Muaz, Bukhari dll. Keganasan bukan? Sayang mereka pada PERUBATAN kadang-kadang mengharukan. Lembaga Penasihat pada tahun ini menyeksa Cawangan dan mengukuhkan desas-desus ke-Kaherah-an PERUBATAN Induk dengan memaksa semua undian dilakukan hanya di Kaherah. Apa pun, tiada ...
Click here to read more »
image-274

Anugerah Tiada Kualiti

Hari ini saya menerima Anugerah Khas Biro Penerbitan & Penerangan sempena Hari Kualiti PERUBATAN 2010/2011. Pertama kali diadakan kalau tidak silap. Tapi, adakah anda tahu apa itu kualiti? Diambil dari sini: n., pl., -ties. 1. An inherent or distinguishing characteristic; a property. A personal trait, especially a character trait: 'The most vital quality a soldier can possess is self-confidence' (George S. Patton). 2. Essential character; nature: 'The quality of mercy is not strain'd' (Shakespeare). 3. Superiority of kind: an intellect of unquestioned quality. Degree or grade of excellence: yard goods ...
Click here to read more »
image-168

Bukan Lagi Pelajar Perubatan

Hari ini saya mengisytiharkan saya bukan lagi pelajar perubatan. TT__TT Tiada lagi nama ubat, yang ada cuma nama Component dan Plugin. Tiada lagi prescription, yang ada adalah coding HTML dan PHP. Tiada lagi gambar slide cell, yang ada adalah gambar icon. Semuanya gara-gara Jabatan Pentadbiran PERUBATANonline gatal tanganakan membuat overhaulingrebranding semula laman web rasmi PERUBATAN dan ini adalah kerja-kerja yang sedang saya cuba selesaikan: 1. Layout baru untuk Frontpage (http://perubatan.org) 2. Katalog Online untuk produk Biro Ekonomi 3. Upload gambar-gambar untuk ruang Gallery 4. Template baru untuk PERUBATANonline OK, ...
Click here to read more »
image-155

Ditangkap Basah

Ataupun Inggerisnya: Caught Red-Handed. Kisah ini mungkin kelakar, mungkin juga menyayat hati, mungkin juga sekadar kisah biasa yang akan membuatkan anda semua berkata, 'Baru tahu ke?' Semalam (6 Oktober) Ehmad Hamdi membuat majlis makan malam di rumahnya. Maka sekitar waktu Maghrib memang saya tidak dapat menghulurkan pertolongan kepada mereka yang memerlukan =P. Bertuahlah mereka yang meminta tolong selepas Isyak; itupun terkejar-kejar menemui Yim yang datang dari Iskandariah untuk meminjam barang. Saya pulang selepas Isyak, bersama Pemenang. Sewaktu melalui kawasan Imarah 9, beliau terperasan ...
Click here to read more »

Bahasa Berkarat-karat

Satu perkara yang menjadi concern apabila berada di luar Malaysia adalah masalah bahasa. Lebih-lebih lagi apabila anda berada di negara yang bahasanya tidak common digunakan di Malaysia. Contohnya Bahasa Arab. (Eh, bukankah Bahasa Arab sering digunakan di Malaysia? Azan, Quran, doa semuanya dalam Bahasa Arab. XD) Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini Bahasa Arab saya semakin lemah. Kalau dulu di Tahun Satu dan Dua, percakapan orang sekeliling boleh difahami, tapi tidak pandai merespon. Sekarang, faham pun tidak, inikan pula merespon. Maka ...
Click here to read more »
image-1120

Lima Tahun, Tahun Tiga

Telah berada di Mesir selama 5 tahun, tetapi masih lagi di Tahun Tiga... Begitulah ketersasulan sewaktu taaruf di hari terakhir Program Sambutan Mahasiswa Baru 2010. Semuanya gara-gara saya menanti siapakah antara mahasiswa baru yang akan menegur saya terlebih dahulu, maka saya menjadi kera sumbang dan langsung memboikot mereka walaupun sering berulang-alik di depan dewan, tempat makan dan surau. Setelah 3 hari, tiada seorang pun yang menegur. Lebih menyedihkan, bekas pelajar SMKA Tok Jiring pun tidak menegur. Sudah lupakah dengan wajah senior kamu ...
Click here to read more »

Cabaran Malam-malam Terakhir.

Rasanya baru semalam tiket penerbangan KUL-CAI menjemput di depan pintu Ramadan. Rasanya juga baru semalam tayar pesawat Egypt Air melakukan pendaratan di Cairo International Airport. Rasanya juga baru semalam saya terhisap asam masin kulit limau sebaik sahaja tiba di Kaherah selepas Subuh; yang dibawa sebagai anti-emetic yang akhirnya tidak berguna disebabkan kereta bergerak ke KLIA di siang hari waktu puasa. Pejam celik pejam celik, akhirnya berjaya juga sampai ke sepertiga terakhir Ramadan. Nasib baik pejam dan celik. Kalau pejam tak celik-celik, ...
Click here to read more »
image-114

Ramadan Di Mesir Lagi

Ini Ramadan kelima di Mesir. Sejak terpilih untuk ke Mesir, tidak pernah tidak berpuasa di Mesir. Walaupun tidak semuanya sebulan penuh, tibanya Ramadan memberi erti bahawa Mesir adalah sebahagian daripada tempat untuk berpuasa. Bukan saya yang ingin berpuasa di sini, tapi dipaksa untuk mendengar hingar bingar orang Arab yang mengunjungi Basyandi1 tiap kali sahur. Ya, saya dipaksa oleh Yang Maha Kuasa. Ada sesuatu pada Ramadan di Mesir yang mungkin Dia ingin saya cari. Walaupun hingga kini saya belum bertemu dengan 'mutiara' ...
Click here to read more »
image-75

Sahabat, Saya Pasti Rindukan Kamu… [Updated with video]

Jika kamu ingin mengenali seseorang, maka bermusafirlah bersamanya. Sejak mula merancang, berjalan, hinggalah tiba di destinasi dan berpisah, segala tentang diri seseorang boleh kita kenali hanya dengan sebuah permusafiran. Kembara kita bersama cuma 24jam, tapi cukup untuk saya mengenali kebaikan kamu. Kembara kita bersama tidak sampai 2 hari, tapi saya merasakan telah mendedahkan semua kelemahan diri. Mungkin juga saya telah menghancurkan expectation kamu terhadap diri saya yang banyak kekurangan. Tapi kamu telah melangkaui expectation saya terhadap diri kamu yang banyak kebaikan. Kesusahan dan ...
Click here to read more »
image-30

Perlu Bangkit Sekali Lagi

Keputusan peperiksaan Tahun Tiga, Universiti Kaherah telah diumumkan di website rasmi. Ah, masih lagi gagal menyental badi Dur Tani1. Sungguh hebat, kesemua 4 subjek gagal. Lebih hebat lagi, subjek yang mudah langsung tidak dapat ditangani dengan baik. Dingin malam itu, dirasakan sangat dingin. Rupanya membawa berita, buku teks perlu dihadap kembali. Saya sudah menyangka keputusan bakal ke Dur Tani, tetapi langsung tidak menyangka saya akan membawa kesemua 4 subjek. Benarlah, harapan itu sungguh menyeksakan jika ianya berkecai. Bak kata Amir Mukhlis2: Jangan terbang tinggi, ...
Click here to read more »