Archives for Literature

image-2633

Cerpen: Titik Hitam Pada Kertas Putih

Rahim guling-guling atas katil. Rambut serabai, muka masam. Bantal golek sudah atas lantai, ditendang-tendang waktu berguling tadi. Selimut sudah rupa kain buruk, berpintal-pintal di hujung katil. Amir yang sedang main Counter-Strike berpaling ke belakang. Geleng-geleng kepala melihat teman sebiliknya. 'Woi, engkau kenapa?' Dia boleh teka kenapa Rahim begitu, tapi sengaja mahu memulakan perbualan. Rahim duduk di birai katil. Bantal golek dicapai dari lantai, dicampak ke satu sudut. 'Aku kena reject lagi.' Amir ingin ketawa tapi ditahan dalam hati. Masuk kali ini sudah tiga kali nampaknya ...
Click here to read more »
image-1809

Belajar Sunnah Kaunseling

Antara janji tahun ini adalah berlatih semula menulis walaupun mengarut dan tidak berfaedah. Tujuannya supaya penulisan tersebut menjadi latihan mengekalkan kemahiran menulis agar tidak berkarat ditelan zaman. Caranya adalah dengan memaksa diri menulis sekurang-kurangnya sekali seminggu (hujung minggu) maka terpaksalah menulis sesuatu pada hari ini. Baru-baru ini tertarik dengan Analisis Hadis Psikologi yang sering dipromosikan di laman Facebook Puan Ainon, menyebabkan kita tercari-cari bahan tersebut untuk dibaca. Tambahan pula dengan seminar, bengkel yang dianjurkan menambah lagi keterujaan diri ini. Sepanjang berada ...
Click here to read more »
image-1573

Warna Cahaya

Dah lama tidak menulis tentang buku. Bila tak menulis tentang buku bagaimana nak dapat komisen promosi kan? Haha. Kali ini kita bercerita tentang koleksi cerpen. Jemari Seni agak menarik, menggunakan istilah Tiga Ceritera Dalam Sebuah __. Biasanya orang guna Antologi __. Cuma tak boleh dikatakan cerpen kerana panjang hingga beratus-ratus muka surat. Novel mini mungkin? Kita mulakan dengan Tiga Ceritera Dalam Sebuah Warna. Koleksi ini memuatkan hasil karya Nazurah Aishah, Rnysa, dan Nasz. Kejian di bawah adalah mengikut suka hati, bukan susunan ...
Click here to read more »
image-1254

Cerpen: Gemersik Kalbu

“Morning.” “Morning,” balas Puan Zarina. Suffian mencium tangan ibunya lalu mengambil tempat di sebelah. “Ini ada kuih bingka roti dari Kampung Baru. Papa punya favourite,” ujar Suffian sambil meletakkan tupperware di atas atas meja. Dia tersenyum memandang Raihana. “Hai,” sapa Suffian. Raihana terkebil-kebil membisu. “Pagi-pagi lagi dah sampai. Selalunya susah nak bangun pagi,” Puan Zarina memerli anak lelakinya. “Eh, Ma. Kan kata Ana ada kelas pagi. Kalau saya sampai lambat nanti lambat pula dia masuk kelas,” balas Suffian. Dia menuang jus oren ke dalam gelas. “Betul ...
Click here to read more »
image-1199

Adaptasi Karya RAM

Musim nak exam ini nak menghilangkan STRESS kita terpaksa membebel seorang diri dalam blog yang tidak berpenghuni. Kalau membebel dalam facebook banyak komen yang merangsang nafsu untuk Reply. Haha. Minggu ini baru selesai menonton Ombak Rindu. Sudah lama download tapi tak tertengok sebab sedang demam marathon cerita Cina. Penghujung tontonan saya menangis meraung menghantuk kepala ke dinding kerana filem ini gagal mencapai expectation. Bukan sahaja expectation saya sebagai salah seorang pembaca Novel malah selaku seorang penonton Filem. Ini menyebabkan saya bertambah yakin ...
Click here to read more »
image-913

Gay Berpaksikan Iman

Sekiranya anda peminat novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta Warkah Cinta Berbau Syurga yang berlatar belakangkan negara Arab, juga meminati karya thriller Ramlee Awang Murshid, juga meminati genre shounen-ai atau yaoi atau bahasa bakunya gay, dalam masa yang sama memiliki kesedaran agama yang tinggi, novel ini pastinya untuk anda. Sinergi, karya Hilal Asyraf merupakan hadiah daripada kak Siti Khairunnisa sewaktu pulang evakuasi dahulu. Mulanya saya sengaja memilih item yang mahal supaya beliau teragak-agak dan membatalkan hasrat untuk memberi saya ...
Click here to read more »
image-795

Jatuh Cinta Dengan Drama Melayu

!! WARNING - ENTRY INI PENUH DENGAN PERKATAAN !! Selepas Nur Kasih dan Adamaya, saya rasa tidak ada satu pun drama Melayu lain yang membuatkan saya melekat untuk terus menonton. Asmara agak best walaupun nama hero sangat pelik tapi tidak berjaya membuatkan saya teruja untuk menonton musim kedua. Asmaradana yang penuh dengan kematian pun saya tonton sebab Tiz Zaqyah :P Maka saya tidak menyangka adaptasi novel berjaya mempengaruhi saya untuk meninggalkan stadi dan marathon semua episod sekaligus. Hinggakan saya terpaksa spazzing dalam ...
Click here to read more »
image-709

Cerpen: Hadiah Buat Ibu

Re-Publish balik karya tahun 2009 dulu. Si Ibu mundar mandir di ruang tamu. Si Anak belum pulang. Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Tidak pernah Si Anak berbuat begini. Biasanya sebelum maghrib sudah melepak di depan TV menunggu waktu solat. 'Assalamualaikum, Si Anak dah balik ni...' Suara Si Anak memecah kesunyian. Bergegas Si Ibu ke muka pintu. Ingin dilempang-lempang anak terunanya. 'Kenapa muka mak pucat macam tu?' Soal Si Anak sambil memecat stokin. Kasut buruk Bata diletak di rak kasut. 'Dah pukul berapa ni? Si ...
Click here to read more »
image-551

Mari Membaca Buku #3

Seperti biasa, pulang ke Malaysia pastilah membeli buku maka Kempen Membaca diteruskan lagi dengan buku-buku baru. Kali ini saya mengabaikan sedikit buku dari PTS dan Alaf21 kerana kekangan wang. Sinergi - Hilal Asyraf ini merupakan hadiah daripada kak Nisa. Saya sengaja memilih novel mahal supaya beliau tak beli tapi nasiblah, dah rezeki. Istimewanya novel ini ada autograf Rabbani XD Sepatutnya saya pilih album Rabbani, mesti beliau kecewa =P Novel-novel Imaen saya pilih kerana dicadangkan kak Krim. Menurut Irfan Khairi, 60% promosi adalah ...
Click here to read more »
image-256

Kasih Medik Gagal Berdenyut

Denyut Kasih Medik karya Dr Farhan Hadi ini menceritakan kisah seorang doktor muda yang memperjuangkan syariat Islam di hospital sepanjang masa beliau bertugas sebagai Houseman. Cabaran demi cabaran beliau tempuhi dengan sabar, malah cuba untuk membawa ruh Islami ke dalam suasana hospital. Ia juga merupakan best-seller bukan hanya di kalangan pelajar perubatan, juga di kalangan orang awam. Mungkin disebabkan: Penulisnya adalah suami Fatimah Syarha, seorang penulis yang ternama. Menampilkan tema kehidupan doktor dan fiqh perubatan yang jarang diketengahkan. Namun begitu, bagi saya novel ini ...
Click here to read more »
image-120

Bicara Dari Atas Bumbung

Deja vu? Tiga hari saya bermimpi cerita yang sama. Cerita seorang lelaki, seorang perempuan, berkenalan, menjadi rapat dan pertengahan cerita; berpisah sebelum mereka berdua menjadi insan yang lebih baik. Pengakhirannya? Tidak pula saya tahu kerana mimpi itu berulang-ulang cerita yang sama. Pelakonnya, saya dan dia-yang-tidak-perlu-disebutkan-nama. Latarnya bukan bumbung Wisma Topaz, tapi bumbung sekolah menengah lama saya bewarna merah bata yang kadang-kadang dikunjungi saat melepak di kelas As-Saff di tingkat paling atas Blok Baru. Siapa sangka, hari ketiga saat saya membuka plastik novel ...
Click here to read more »
image-108

Apabila Pejuang Bertemu Beras

Burhanuddin al-Helmy. Faiza. Siapa tidak pernah dengar kedua nama di atas. Satunya adalah nama pejuang. Satu lagi sinonim dengan nama beras. Apabila keduanya bertemu, tentulah pejuang itu mengharapkan beras yang boleh digunakan demi perjuangannya. Tapi ini bukan kisah pejuang. Bukan juga kisah beras. Ini kisah Jaja, yang mencari cintanya, Din. Pertama kali saya membeli buku keluaran Jemari Seni. Juga pertama kali saya membeli buku secara online. Juga buku ini adalah yang pertama saya buka di Mesir. Lebih mengujakan lagi, inilah kali pertama saya bertemu ...
Click here to read more »
image-104

Mari Membaca Buku #2

Ya, Kempen Membaca Buku musim kedua kembali. Setelah 2 tahun berlalu, kepulangan saya kali ini sekali lagi memborong buku dan majalah walaupun buku yang dibeli 2 tahun lalu masih terkial-kial untuk dihabiskan. Kali ini kegilaan saya membeli bahan bacaan semakin melampau kerana buku yang tidak didapati di kedai boleh dibeli secara online. Boleh dikatakan saya telah menghabiskan RM 400 untuk membeli bahan bacaan sahaja. Entah baca entahkan tidak. Yang penting adalah membeli buku. Baca atau tidak adalah nombor dua. Balik nanti mungkin ...
Click here to read more »
12