Meneruskan Legasi

Untuk Kempen Pencalonan ini, saya terasa ingin sebut semula perkara yang saya pernah luahkan dalam sesi promosi JPP2011 di Markas selepas kelas hari itu.

Sebahagiannya saya dah sebut, tapi mungkin tidak proper sebab saya sudah lama tidak berbicara di depan khalayak ramai. Sudah 6 tahunkah? Maka sedikit blank dan merapu serta nervous breakdown di situ.


Pertama sekali adalah bagaimana sistem Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN secara Pencalonan Sukarela ini menjadi satu medan untuk kita sebagai ahli PERUBATAN memupuk semangat sukarelawan dalam diri. Bukan sukarelawan yang biasa-biasa tapi sukarelawan untuk memimpin masyarakat.

Pemerhatian saya sepanjang 15 tahun bergelumang dengan pelajar Melayu mendapati mereka ini sangat cemerlang, hebat, baik hati, bijaksana, comel tapi sangat malu dan tidak yakin. Sedangkan kalau dipaksa, mereka akan menjalankan tugas dan amanah itu dengan lebih baik daripada mereka yang sukarela. Lebih-lebih lagi mereka yang berfikrah Islamiah ad-Diniah yang sangat itsar, melebihkan orang lain dalam hal kebaikan.

Maka, medan Pemilihan ini adalah satu peluang untuk memupuk semangat kesukarelawanan dan membina keyakinan diri untuk memimpin orang lain, supaya dapat membentuk mereka dengan acuan kita. Yakinlah anda mampu dan paling layak untuk melaksanakan tanggungjawab ini.


Kedua, sistem Pencalonan Sukarela ini membuka ruang kepada mereka yang mempunyai agenda, idea dan daya kreativiti yang tinggi, untuk tampil ke hadapan merealisasikan idea mereka itu. Mungkin agenda mereka sangat bombastik atau pelik yang tidak mungkin diterima orang lain, maka menjadi pemimpin adalah satu cara untuk memastikan idea itu dapat dilaksanakan.

Anda tidak suka BPI selalu buat kelas agama maka jadilah pemimpin untuk menghapuskan kelas agama ini.

Anda tidak suka suara golongan Azhar dipinggirkan maka jadilah pemimpin supaya suara golongan Azhar didengari.

Anda ingin menubuhkan Koperasi PERUBATAN maka bertandinglah supaya anda boleh memegang Biro Ekonomi pada masa akan datang.


Ketiga, bagaimana dengan kejamnya sistem Pencalonan Sukarela ini bertujuan memaksa golongan yang berfikrah Islamiah untuk tampil ke hadapan untuk memimpin masyarakat. Sekiranya mereka tiada semangat sukarela, tidak yakin untuk memimpin, maka ALLAH akan gantikan mereka dengan golongan yang ingin memimpin, walaupun golongan itu akan membuat kerosakan di muka bumi. Kalau golongan keji sebegini bertanding tanpa dicabar, maka mereka akan menang secara automatik. Perkara ini tidak mustahil walaupun nampak tidak logik. Bukankah ALLAH itu Maha Berkuasa?

Maka sebenarnya, tanggungjawab menjadi pemimpin untuk mengekalkan biah solehah dalam masyarakat PERUBATAN terletak pada bahu semua orang yang inginkan Islam kembali gemilang. Jangan hanya sekadar sebut, “Saya menyokong Islam, parti Islam, inginkan Islam kembali gemilang”, tapi hanya duduk di tepi jalan memberikan sokongan. Andalah yang seharusnya ke depan.

p/s: Theoretically, kalau mewujudkan pemimpin adalah Fardu Kifayah, maka wajib ada orang yang jadi Pemimpin baru kita terlepas. Tapi menyempurnakan sesuatu yang wajib adalah wajib. Maka adalah wajib untuk kita mewujudkan calon untuk bertanding terlebih dahulu samada; menjadi calon atau memujuk rakan menjadi calon. Ye ke?



Sebagai penutup, insyaALLAH semua orang yang cukup syarat boleh bertanding.

Calon yang kalah dalam Pemilihan yang lalu; Faiz Zaib, Hamzah Marwan dan lain-lain, semua boleh bertanding sekali lagi. Pastikan strategi kempen kali ini lebih mantap.

AJKT yang gagal untuk kekal pun sama; Farahin Tarmizi selaku Timbalan Biro Sukan dan Aktiviti Luar merasa geram Biro beliau gagal mengadakan jaulah tahun ini, maka bertanding dan menanglah supaya sesi depan BSAL akan buat jaulah ke UK.

Tahun Dua yang tidak tahu menahu tentang memimpin sebuah masyarakat, selama ini cuma menguruskan kelab Matematik, boleh mula belajar tentang persatuan yang memimpin seluruh Mesir.

Jualan Borang Pencalonan akan berakhir 8 Disember ini maka pantas-pantaslah membeli. Dengar cerita setakat ini tak sampai 5 borang baru dijual. Sedih kan? Sia-sia tarbiah BPI dan SC.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif: “Nak jadi pemimpin bukan kerja yang mudah”.

Sebab tiada kerja yang mudah di dunia ini. Kalau kita rasa susah, orang lain pun rasa susah. Yang penting adakah kita akan jawab demikian kalau ALLAH tanya di Hari Akhirat nanti:

“Kenapa engkau biarkan si fulan itu jadi pemimpin merosakkan dunia?”
“Jadi pemimpin bukan kerja mudah ya ALLAH…”
“Adakah engkau menyangka melakukan perkara kebaikan, engkau tidak akan diuji dengan kesusahan?”

Fikir-fikirkan dan selamat menjadi Calon.

IKLAN!
Melakukan perubahan bukanlah suatu Mission Impossible. The Change is Coming.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

5 thoughts on “Meneruskan Legasi

  1. Sebenarnya kan.. Nak betul2 sukarela itu susah.

    Maka, di situ ada peranan sahabat2. Yang telah sama2 berkerja dalam PERUBATAN dari bawah.

    Sahabat2 lah yang memainkan peranan terbesar, meyakinkan seseorang bahawa dia mampu, bersungguh2 dgn membelikan borang dan hantar.

    1. ya saya setuju!!

      pesan seorang sahabat(lupa ni kata2 sape)

      pemimpin bukan lahir di bilik kuliah.dia lahir sendiri dalam hempas pulas kancah.dia muncul di tengah2 berlakunya masalah.dia menonjol berbanding rakan2 seangkatannya,lalu diterima dan didukung umat

Leave a Reply to Hafiz AdamCancel reply