Tag archives for facebook

Tengah malam buta ni jalan-jalan baca Twitter, terjumpa satu link: Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi.
Cerita politik yang menarik untuk dibaca adalah komen-komen di bawah sebenarnya. Finaz Yunus baru diserang dalam satu status dah deactivate Page beliau. Abby Abadi diserang maki hamun setiap hari di Facebook dan Twitter selamba kontrol macho. Agaknya inilah tarbiyyah hasil bergiat sebagai anak seni yang penuh mehnah dan tribulasi, membuatkan golongan artis adalah golongan yang kental dalam perjuangan.
Bukan setakat tak ...

Sedang memeriksa News Feed Facebook, terpandang hadis yang dikongsi salah seorang Friend:
Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah.'
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW, 'Adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?'
Rasulullah SAW bersabda, 'Tidakkah kamu sedar jika ...

Hujung minggu ini akan ada 2 program; Seminar Agenda Umat (ISMA) dan STEP (IKRAM).
Kita bukanlah ingin mempromosikan program tersebut kerana kita pun belum pasti akan pergi salah satu. Sebabnya; Pertama, kita memang jenis malas pergi program. Kalaulah bukan kerana kita minat merekod, kelas tafaquh setiap minggu itu belum tentu akan dihadiri. Kedua, tajuknya tidak menarik minat dan bukan bidang yang kita gemari. Ketiga, tempatnya entah di mana entah. XD
Cuma post kali ini akan membincangkan sesuatu kerana berlegar-legar ayat 'IKRAM vs ...

Lantaran marah dengan tindakan kerajaan membelanjakan RM 1.8M untuk kempen media sosial Cuti-cuti Malaysia, sebuah laman Facebook yang baru, Curi-curi Wang Malaysia telah dilancarkan dan berjaya mengumpul lebih 25k peminat dalam masa kurang 24 jam.
Tujuan penubuhan laman ini adalah untuk membuktikan bahawa tidak perlu menggunakan RM 1.8M untuk membina sebuah laman Facebook yang berjaya.
Namun begitu, selaku pembina laman Facebook yang berpengalaman, penubuhan laman ini dilihat tidak profesional dan menggambarkan kebodohan penentang kerajaan yang gagal bertindak secara rasional dan hanya mengikut ...

Abang Adam tengah menunggu ayam di dapur jadi hangit garing dan bertemu dengan berita ini mengenai pergaduhan pelajar perubatan. Mari kita baca bersama-sama.
Klik gambar untuk paparan lebih best!
Exco BERUBATAN Berang Dengan Sindiran
Mesir, 13 Jun - Tindakan seorang pelajar perubatan luar negara mengeluarkan kenyataan sindiran berbau perkauman dalam sebuah Group untuk bakal doktor di Facebook akhirnya membawa padah apabila dikecam hebat oleh Exco BERUBATAN Cawangan Alexandria.
Sakinah Ismail bt Ibrahim, Exco Unit Menerangkan & Menerbitkan BERUBATAN Cawangan Alexandria berang dengan kenyataan pelajar ...