Abby, Politik dan Facebook


Tengah malam buta ni jalan-jalan baca Twitter, terjumpa satu link: Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi.

Cerita politik yang menarik untuk dibaca adalah komen-komen di bawah sebenarnya. Finaz Yunus baru diserang dalam satu status dah deactivate Page beliau. Abby Abadi diserang maki hamun setiap hari di Facebook dan Twitter selamba kontrol macho. Agaknya inilah tarbiyyah hasil bergiat sebagai anak seni yang penuh mehnah dan tribulasi, membuatkan golongan artis adalah golongan yang kental dalam perjuangan.

Bukan setakat tak tutup Facebook, malah Abby Abadi juga menaik taraf Personal Account beliau kepada Page. Seperti yang kita maklum, Personal Account mempunyai had Friends membuatkan ramai yang tidak dapat komen (baca: menyerang) beliau di Facebook maka tindakan menaik taraf tersebut adalah tindakan yang berani dan kasar serta agak ganas.

Kita menyebut kisah ini kerana manusia yang bertanggungjawab menasihati beliau adalah Nurin Najwa Comel. Namun begitu, beliau merasa bersalah kerana lupa memaklumkan bahawa naik taraf Personal Account kepada Page akan menghilangkan semua Post yang lama. Yang kekal hanyalah Profile Picture, manakala Subscriber serta Friend ditukar menjadi Likes.

Bagi selebriti yang ingin menaik taraf Personal Account mereka kepada Page, boleh rujuk pautan ini: How do I convert my personal account to a Facebook Page? (Kita tak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul selepas naik taraf haha)

Sebenarnya, naik taraf adalah bagus kerana lebih ramai pengguna Facebook dapat berinteraksi dengan anda. Biasalah, nak bina bangunan baru kenalah robohkan bangunan lama.

Sekian. Nak promosi link tersebut sahaja sebenarnya.

Maaf tiada komen politik dalam karutan kali ini. Haha.

Personally kita bersetuju dengan penghujung artikel ini: Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda.

Jangka pendek mungkin beliau berada di atas pentas berkongsi kisah hijrah beliau. Jangka panjang, artis veteran seperti beliau dan Hairie Othman sepatutnya menjadi perintis kepada dunia seni dalam PAS. Bakat yang ada tidak harus dibuang kerana ‘tiada tempat’ dalam PAS namun harus digunakan untuk ‘membuka tempat’ tersebut.

Maka selepas ini tiada lagi istilah, “Join PAS tak boleh cari makan.” Juga kita boleh lihat dunia seni Islam yang PAS ingin bawa. TV adalah media lama. Sekarang dunia media baru – Youtube.

UPDATE

Untuk mengelakkan blog ini pula diserang kerana menyebarkan aib orang maka kita letak permohonan maaf Finaz untuk makluman semua. “Kita melihat manusia bukan pada ketika dia berbuat maksiat tapi adakah selepas berbuat maksiat dia kembali kepada ALLAH atau tidak.” Cheers!

IKLAN!
Special Twitter hashtag for this summer: #SummerPERUBATAN Share with us how you spend your amazing holiday; either in Malaysia or Egypt!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain