Tag archives for novel

“Morning.”
“Morning,” balas Puan Zarina. Suffian mencium tangan ibunya lalu mengambil tempat di sebelah.
“Ini ada kuih bingka roti dari Kampung Baru. Papa punya favourite,” ujar Suffian sambil meletakkan tupperware di atas atas meja. Dia tersenyum memandang Raihana.
“Hai,” sapa Suffian. Raihana terkebil-kebil membisu.
“Pagi-pagi lagi dah sampai. Selalunya susah nak bangun pagi,” Puan Zarina memerli anak lelakinya.
“Eh, Ma. Kan kata Ana ada kelas pagi. Kalau saya sampai lambat nanti lambat pula dia masuk kelas,” balas Suffian. Dia menuang jus oren ke dalam gelas.
“Betul ...

Musim nak exam ini nak menghilangkan STRESS kita terpaksa membebel seorang diri dalam blog yang tidak berpenghuni. Kalau membebel dalam facebook banyak komen yang merangsang nafsu untuk Reply. Haha.
Minggu ini baru selesai menonton Ombak Rindu. Sudah lama download tapi tak tertengok sebab sedang demam marathon cerita Cina. Penghujung tontonan saya menangis meraung menghantuk kepala ke dinding kerana filem ini gagal mencapai expectation. Bukan sahaja expectation saya sebagai salah seorang pembaca Novel malah selaku seorang penonton Filem.
Ini menyebabkan saya bertambah yakin ...

Sekiranya anda peminat novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta Warkah Cinta Berbau Syurga yang berlatar belakangkan negara Arab, juga meminati karya thriller Ramlee Awang Murshid, juga meminati genre shounen-ai atau yaoi atau bahasa bakunya gay, dalam masa yang sama memiliki kesedaran agama yang tinggi, novel ini pastinya untuk anda.
Sinergi, karya Hilal Asyraf merupakan hadiah daripada kak Siti Khairunnisa sewaktu pulang evakuasi dahulu. Mulanya saya sengaja memilih item yang mahal supaya beliau teragak-agak dan membatalkan hasrat untuk memberi saya ...

Parental Advisory | Entry ini menggunakan bahasa sarkastik yang keterlaluan.
Setelah 18 episod drama ini disiarkan, ternyata ia berjaya menarik ramai peminat untuk kembali menggilai drama Melayu sebagaimana fenomena Nur Kasih dan Adamaya suatu ketika dahulu. Tahniah diucapkan kepada Asia Media Content serta pelakon handalan Aaron Aziz dan Siti Saleha. Reputasi drama adaptasi ini juga berjaya menghabiskan stok novel Kasih Yang Suci di kedai-kedai buku.
Namun begitu, drama ini mempunyai unsur-unsur Freemason serta Illuminati yang bertujuan meresap ke dalam pemikiran masyarakat menggunakan ...

Sebenarnya ini sambungan entry lalu, saje split :P
Sekarang sudah banyak novel diadaptasikan ke bentuk visual. Dulu waktu sekolah menengah agak kecewa kerana novel Ramlee Awang Murshid - Pei Pan diadaptasi tapi saya berada di asrama tidak berkesempatan untuk menonton novel anugerah sastera tersebut, masih kekalkah unsur thriller sepertimana novelnya?
Baru-baru ini novel Fauziah Ashari - Ombak Rindu difilemkan, walaupun saya tidak berapa berkenan dengan filem 2 jam, yang bagi saya tidak cukup untuk memasukkan semua elemen dalam novel tersebut. Pelakon perempuan ...

Seperti biasa, pulang ke Malaysia pastilah membeli buku maka Kempen Membaca diteruskan lagi dengan buku-buku baru. Kali ini saya mengabaikan sedikit buku dari PTS dan Alaf21 kerana kekangan wang.
Sinergi - Hilal Asyraf ini merupakan hadiah daripada kak Nisa. Saya sengaja memilih novel mahal supaya beliau tak beli tapi nasiblah, dah rezeki. Istimewanya novel ini ada autograf Rabbani XD Sepatutnya saya pilih album Rabbani, mesti beliau kecewa =P
Novel-novel Imaen saya pilih kerana dicadangkan kak Krim. Menurut Irfan Khairi, 60% promosi adalah ...

Denyut Kasih Medik karya Dr Farhan Hadi ini menceritakan kisah seorang doktor muda yang memperjuangkan syariat Islam di hospital sepanjang masa beliau bertugas sebagai Houseman. Cabaran demi cabaran beliau tempuhi dengan sabar, malah cuba untuk membawa ruh Islami ke dalam suasana hospital.
Ia juga merupakan best-seller bukan hanya di kalangan pelajar perubatan, juga di kalangan orang awam. Mungkin disebabkan:
Penulisnya adalah suami Fatimah Syarha, seorang penulis yang ternama.
Menampilkan tema kehidupan doktor dan fiqh perubatan yang jarang diketengahkan.
Namun begitu, bagi saya novel ini ...

Saya tidak tahu hendak dibuat tajuk apa. Tapi persoalan ini telah membelenggu saya sekian lama, dan setelah dihimpun-himpun barulah saya berselera untuk membuat satu entry. Persoalannya:
Kenapa Mesti Wujud Perkataan Islam, Barulah Ramai Orang Berminat Pada Benda Tersebut?
Situasi Satu: Persatuan, Pertubuhan, dan Parti.
Saya hairan kenapa mesti wujud nama 'Islam' pada persatuan, pertubuhan atau parti. Lebih menghairankan, kebiasaannya pertubuhan yang mempunyai perkataan 'Islam' ini lebih mudah mendapat sokongan serta penglibatan daripada ahli.
Biasanya pertubuhan yang mempunyai nama 'Islam' ini lebih mudah mendapat pengikut. ...

Deja vu?
Tiga hari saya bermimpi cerita yang sama. Cerita seorang lelaki, seorang perempuan, berkenalan, menjadi rapat dan pertengahan cerita; berpisah sebelum mereka berdua menjadi insan yang lebih baik. Pengakhirannya? Tidak pula saya tahu kerana mimpi itu berulang-ulang cerita yang sama. Pelakonnya, saya dan dia-yang-tidak-perlu-disebutkan-nama. Latarnya bukan bumbung Wisma Topaz, tapi bumbung sekolah menengah lama saya bewarna merah bata yang kadang-kadang dikunjungi saat melepak di kelas As-Saff di tingkat paling atas Blok Baru.
Siapa sangka, hari ketiga saat saya membuka plastik novel ...

Burhanuddin al-Helmy.
Faiza.
Siapa tidak pernah dengar kedua nama di atas. Satunya adalah nama pejuang. Satu lagi sinonim dengan nama beras. Apabila keduanya bertemu, tentulah pejuang itu mengharapkan beras yang boleh digunakan demi perjuangannya.
Tapi ini bukan kisah pejuang. Bukan juga kisah beras. Ini kisah Jaja, yang mencari cintanya, Din.
Pertama kali saya membeli buku keluaran Jemari Seni. Juga pertama kali saya membeli buku secara online. Juga buku ini adalah yang pertama saya buka di Mesir. Lebih mengujakan lagi, inilah kali pertama saya bertemu ...

Ya, Kempen Membaca Buku musim kedua kembali. Setelah 2 tahun berlalu, kepulangan saya kali ini sekali lagi memborong buku dan majalah walaupun buku yang dibeli 2 tahun lalu masih terkial-kial untuk dihabiskan.
Kali ini kegilaan saya membeli bahan bacaan semakin melampau kerana buku yang tidak didapati di kedai boleh dibeli secara online. Boleh dikatakan saya telah menghabiskan RM 400 untuk membeli bahan bacaan sahaja. Entah baca entahkan tidak. Yang penting adalah membeli buku. Baca atau tidak adalah nombor dua.
Balik nanti mungkin ...

Salah satu perkara yang saya akan buat apabila pulang ke rumah setelah sekian lama berada berjauhan adalah meneliti rak buku di ruang tamu. Sejak sekolah menengah lagi, tiap kali pulang dari asrama, saya akan merenung rak buku. Bukan keseluruhan, tapi cuma pada satu sudut; sudut novel milik saya.
Samada terdapat buku yang hilang atau rosak, setiap kali saya pulang, memang akan ada perubahan terhadap novel-novel di ruang tersebut. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu.
Rinduku umpama ombak yang tak berhenti,
Kasihmu bagai ...