Mari Membaca Buku #2

Ya, Kempen Membaca Buku musim kedua kembali. Setelah 2 tahun berlalu, kepulangan saya kali ini sekali lagi memborong buku dan majalah walaupun buku yang dibeli 2 tahun lalu masih terkial-kial untuk dihabiskan.



Kali ini kegilaan saya membeli bahan bacaan semakin melampau kerana buku yang tidak didapati di kedai boleh dibeli secara online. Boleh dikatakan saya telah menghabiskan RM 400 untuk membeli bahan bacaan sahaja. Entah baca entahkan tidak. Yang penting adalah membeli buku. Baca atau tidak adalah nombor dua.

Balik nanti mungkin saya boleh membuka perpustakaan mini. XD

Di atas cuma sebahagian. Ada buku yang menarik minat anda?
Mungkin saya akan Review satu persatu buku-buku di atas sekiranya berkelapangan dan buku tersebut menarik bagi saya. Masih ada peperiksaan yang perlu dihadapi.

Jom budayakan membaca buku.

Membaca Jambatan Ilmu

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

4 thoughts on “Mari Membaca Buku #2

  1. Wow!Semua novel itu adalah menarik minat saya.dan yang saya bajet2 nak beli.

    din mat,ko kalahkan aku beb.rm400 tu!

  2. dasat ah Hafiz.
    nanti saya nak pinjam eh memane novel kt atas tu yg saya takde :p

  3. byknye….nk jugak….
    sy nk suggest 1 lg novel: “tribute buat nenda I” dan “tribute buat nenda II”, tulisan ustaz rashidy jamil…best..harga pun murah je

Komen di sini, bukan di tempat lain