Tag archives for puasa

image-1006

Bodohnya Awak!

Puasa ini seperti biasa, akan wujud mesej-mesej viral yang di-copy-paste dalam laman Facebook. Antaranya: Ali : Awak puasa? Minah : Yela.. Ali : Kenapa awak puasa? Minah : Bodohnya awak..kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la.. Ali : Kenapa tak tutup aurat? Minah : Eh, suka hati sayala..hak masing2.. Ali : Owh..tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat Sekali baca macam 'waw halusnya Ali sindir Minah, nak Like banyak2, I Loike' Tapi kan, kalau dah Minah tu tukar jawapan jadi camni: Ali : Awak puasa? Minah : Yela.. Ali : Kenapa ...
Click here to read more »

Cabaran Malam-malam Terakhir.

Rasanya baru semalam tiket penerbangan KUL-CAI menjemput di depan pintu Ramadan. Rasanya juga baru semalam tayar pesawat Egypt Air melakukan pendaratan di Cairo International Airport. Rasanya juga baru semalam saya terhisap asam masin kulit limau sebaik sahaja tiba di Kaherah selepas Subuh; yang dibawa sebagai anti-emetic yang akhirnya tidak berguna disebabkan kereta bergerak ke KLIA di siang hari waktu puasa. Pejam celik pejam celik, akhirnya berjaya juga sampai ke sepertiga terakhir Ramadan. Nasib baik pejam dan celik. Kalau pejam tak celik-celik, ...
Click here to read more »

image-114

Ramadan Di Mesir Lagi

Ini Ramadan kelima di Mesir. Sejak terpilih untuk ke Mesir, tidak pernah tidak berpuasa di Mesir. Walaupun tidak semuanya sebulan penuh, tibanya Ramadan memberi erti bahawa Mesir adalah sebahagian daripada tempat untuk berpuasa. Bukan saya yang ingin berpuasa di sini, tapi dipaksa untuk mendengar hingar bingar orang Arab yang mengunjungi Basyandi1 tiap kali sahur. Ya, saya dipaksa oleh Yang Maha Kuasa. Ada sesuatu pada Ramadan di Mesir yang mungkin Dia ingin saya cari. Walaupun hingga kini saya belum bertemu dengan 'mutiara' ...
Click here to read more »