Tag archives for ramadan

image-2951

Takkan Henti Cari Jawapan

Sebelum peperiksaan selalunya kita akan kumpul soalan tahun-tahun lepas kemudian cari jawapan untuk soalan tersebut. Sewaktu peperiksaan pun ada kalanya kita ingat-ingat lupa, lantas ucap pelbagai zikir supaya ingat jawapan soalan peperiksaan tersebut. Keluar dari dewan peperiksaan pun kita belek kembali buku nak tengok jawapan untuk soalan yang kita jawab tadi. Semua ini kita lakukan demi sebuah keyakinan. Keyakinan berupa kebenaran. Samalah. Hidup ini pun ada benda yang kita takkan jumpa jawapan sekelip mata. Sekarang masih belajar, saya sedang mencari jawapan untuk satu persoalan yang ...
Click here to read more »

image-1628

Malam Penuh Ketenangan

Penulisan malam 27 Ramadan. Keratan berita dari PERUBATANonline: Yahoo @ Beijing Beri 1001 Manfaat Tertanya-tanya juga apa 1001 manfaat yang diperolehi? Kenapa 1001, bukan 1000 atau 1002? Adakah semua orang memperolehi 1001 manfaat tersebut? Orang kata '1001 manfaat' di situ bermaksud betapa banyaknya manfaat yang diperolehi daripada program Yahoo @ Beijing. Tak kisahlah walaupun tak mencapai 1001 sekalipun. Mungkin juga manfaat yang diperolehi lebih daripada 1001, siapa tahu. Sama juga dengan pernyataan 'Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan' dalam surah al-Qadr di bawah. Kenapa ...
Click here to read more »

image-1491

Esok Hantar Buku Nota

Waktu belajar Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah (PQS) dulu, Ustajah suruh buat buku nota. Buku nota tersebut saiz A4, ringkasan daripada perenggan-perenggan dalam buku teks dalam bentuk keyword penting. Kalau kreatif buat peta minda dan guna pen warna-warni lukis apa saja hiasan dalam buku tersebut. Tapi selalunya kalau siapkan buku nota tersebut, tak pernah dibaca pun waktu peperiksaan walaupun ianya ringkasan. Mungkin kerana jawi tulisan tangan dalam buku tersebut sangat hodoh tak mampu dibaca manusia maka lebih rela membaca perenggan demi perenggan ...
Click here to read more »

Cabaran Malam-malam Terakhir.

Rasanya baru semalam tiket penerbangan KUL-CAI menjemput di depan pintu Ramadan. Rasanya juga baru semalam tayar pesawat Egypt Air melakukan pendaratan di Cairo International Airport. Rasanya juga baru semalam saya terhisap asam masin kulit limau sebaik sahaja tiba di Kaherah selepas Subuh; yang dibawa sebagai anti-emetic yang akhirnya tidak berguna disebabkan kereta bergerak ke KLIA di siang hari waktu puasa. Pejam celik pejam celik, akhirnya berjaya juga sampai ke sepertiga terakhir Ramadan. Nasib baik pejam dan celik. Kalau pejam tak celik-celik, ...
Click here to read more »
image-114

Ramadan Di Mesir Lagi

Ini Ramadan kelima di Mesir. Sejak terpilih untuk ke Mesir, tidak pernah tidak berpuasa di Mesir. Walaupun tidak semuanya sebulan penuh, tibanya Ramadan memberi erti bahawa Mesir adalah sebahagian daripada tempat untuk berpuasa. Bukan saya yang ingin berpuasa di sini, tapi dipaksa untuk mendengar hingar bingar orang Arab yang mengunjungi Basyandi1 tiap kali sahur. Ya, saya dipaksa oleh Yang Maha Kuasa. Ada sesuatu pada Ramadan di Mesir yang mungkin Dia ingin saya cari. Walaupun hingga kini saya belum bertemu dengan 'mutiara' ...
Click here to read more »