Tag archives for weekend

Balik mesyuarat Jabatan Penerbitan & Penerangan, sempat luangkan sikit masa untuk cari origami baru. Kebetulan Tadashi Mori baru release tutorial.
Maka buatlah sekeping penguin, rekaan Fernando Gilgado.
Tertarik nak buat sebab ada seorang manusia, jalan macam penguin, selalu minta drama daripada saya. (Haha)
Buat guna lebihan kertas iklan, maka tak nampak beza warna.
Hari ini hari lahir Siti Nurhaliza Tarudin, living legend dari Malaysia, trending hashtag #HappyBirthdaySitiNurhaliza dekat Twitter.
Maka jalan-jalan terjumpa persembahan Biarlah Rahsia (remix instrumental tradisional Jepun) dan Koibito Yo (lagu asal oleh ...

Ini origami minggu lepas. Lupa nak post. Tapi minggu ini tak sempat nak layan origami maka ok lah, ganti.
Tutorial dari TVHTOO.
Masuk musim sejuk, banyak sungguh berhibernasi. Kalau tidur sehari tak cukup 12 jam memang tak sah.
Macam beruang polar.
IKLAN!NESCAFE + MILO + SUSU + GULA = aku tak paham kenapa orang pergi COSTACOFFEE haha

Aktiviti zaman kanak-kanak dulu, antaranya menyepahkan rumah dengan kertas. Origami memang aktiviti yang bagus untuk kanak-kanak develop coordination skills, di samping kepuasan bila dah siap bina satu model.
Anak-anak zaman sekarang mungkin mencabar diri sendiri siapa paling tinggi score Candy Crush, tapi anak-anak zaman saya mencabar siapa dapat buat origami yang susah.
Perasaan nak buat naga ini sempena Ultimate Family Outing PCK (walaupun tak turun pun main game, tidur sepanjang hari) - saya rumah hijau Dragon.
FLYING DRAGON
Origami paling mudah yang paling cantik ...

Tonton banyak cerita Melayu, tapi jarang promosi.
Namun disebabkan telefilem ini menggondol 8 pencalonan dalam Anugerah Skrin 2013 (Kategori Drama), rasa nak promosi. Kalau belum tonton, harap selepas ini sila cari.
Secara ringkasnya Mawar Putih Tanda Perpisahan adalah kisah cinta. Mengisahkan Sudin (Rosyam Nor), lelaki berumur yang berkahwin dengan budak baru habis SPM, Dahlia (Nad Zainal) dan bagaimana cinta yang berputik antara mereka berakhir dengan tragedi. Ini bukan spoiler kerana tajuk dan OST sudah spoil - ada perkataan 'perpisahan' di situ. Maka ...