Samada terdapat buku yang hilang atau rosak, setiap kali saya pulang, memang akan ada perubahan terhadap novel-novel di ruang tersebut. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu.
Rinduku umpama ombak yang tak berhenti,
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti.
Sungguh menakjubkan rupa novel Ombak Rindu ini. Tiada kulit, malah benang pengikat helaian mukasurat sudah ada yang terputus-putus. Agaknya manusia mana yang mengganas dengan novel ini?
Ombak Rindu merupakan antara novel cinta terawal yang saya baca, dan memperkenalkan saya dengan Fauziah Ashari. Satu lagi buku beliau, Setia Menanti turut menjadi faveret saya kerana temanya lain dari yang lain. Orang kata, novel cinta senang dijangka. Tapi, novel cinta sepertimana drama di televisyen, yang menarik perhatian adalah bagaimana sesuatu plot itu diolah.
Bagi saya, Ombak Rindu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Perwatakan watak-watak dalam novel ini konsisten, dan berubah perlahan-lahan menyebabkan kita tidak terasa perubahan watak ke arah yang lebih baik. Konflik dan plot juga diolah dengan baik walaupun unsur cliche seperti ‘tidak sengaja terdengar perbualan’, ‘bukan anak kandung’ itu masih digunakan. Tapi, unsur inilah yang mencipta konflik, kan? XD
Paling penting, saya suka dengan sifat Hariz yang tak pernah berhenti mencintai isterinya walaupun diguna-gunakan. Serta sifat Izzah yang setia menanti walaupun suaminya bagaikan bukan suami. Dua komponen inilah yang menggerakkan jalan cerita dan membina hubungan yang erat antara mereka.
Sebenarnya saya tertarik dengan judul ini kerana beberapa bulan lalu saya teringat bahawa novel ini bakal difilemkan. Maka, semalam saya meng-Google dan mendapat tahu bahawa filem ini bakal dibintangi Aaron Aziz (Hariz), Maya Karin (Izzah) dan Lisa Surihani (Mila Amylia). Penggambaran sudah bermula beberapa hari menurut status Lisa Surihani dalam Facebook beliau.
Pendapat saya, pemilihan aktres agak cacat kerana Izzah adalah gadis kampung, Maya Karin saya lihat kurang sesuai membawa watak tersebut. Lisa Surihani? Mila Amylia wataknya bukan terlalu menggoda, tetapi mungkin sedikit mengada-ngada dan garang seperti Hariz.
Satu perkara lagi, konflik dalam novel adalah sangat banyak, tetapi tidak meleret-leret yang saya kira kurang sesuai untuk dijadikan filem. Olahan scene akan menjadi terputus-putus dan seperti tiada kesinambungan sekiranya tidak diolah dengan baik. Sepertimana saya tidak meminati I’m Not Single, tetapi meminati Adamaya, saya berharap agar Ombak Rindu diadaptasi kepada drama di kemudian hari.
Sebelum menutup entry kali ini, Ombak Rindu merupakan Trilogi. Sambungannya, Cinta Tiada Akhirnya dan diakhiri dengan Rindu Cintaku. Kedua-duanya saya belum berpeluang untuk membacanya. Mungkin boleh dicari selepas ini.
Tapi orang kata, sequel biasanya tidak sebaik episod satu. Kalau tak nak menghancurkan persepsi terhadap Ombak Rindu, lebih baik jangan dibaca. XD
Wao Hariz :)
that my name :P
ohh..sy sgt menggemari novel ini..malah dah kumpul sume sambungannya..
sayangnya,rindu cintaku x best mana…mengade betol adik mila tu
klu nak pinjam,ckp je.tahun depan sy bawak :p
tahun depan? haha susah2 je. tak kesah pun sebenarnya. first episode dah best. jangan dispoilkan perasaan itu. =)
btol3…
sy dh bace tiga3…
lbh baik trus dgn positif yg pertama je..
waah dahsyatnya rupa buku awak.. wpun sy blum prnh mbaca tulisan fauziah ashari, sekadar mbaca sinopsis di cover belakang stiap kali ke kedai buku, tapi.. setuju. pemilihan aktres memang kureng sesuai.. (^_*)
ermm..first novel akak baca.. pastu akak xberapa suka dah baca novel.. hehe
best novel ni… terbaik :)
hafiz, cinta tiada akhirnya lagsung tak best. banyak benda tak masuk akal berlaku, tiba2 dia ada kembar pulak, hanyut di sungai.
kalau ini novel thriller, ia boleh diterima walaupun tak masuk akal, tapi ini novel cinta.
terlalu mengada2kan cerita akan membuatkan cerita jadi palsu.
syokkk buku ni, ntah brape kali ulang pn x perasan….
saksikan gamabr2 sepanjang pengambaran ombak rindu di http://www.mayakarin-fc.blogspot.com
Sokong! awal2 lagi saya cukup tidak bersetuju untuk pemilihan watak tersebut.. hanya mereka yang membaca dan menjiwa novel tersebut akan dapat mendalaminya.. ihihi..
Kecewa.. novel yang sangat hebat.. tapi apabila ditayangkan banyak yang diolah.. dan cerita sebenar banyak tergantung~