Telah berada di Mesir selama 5 tahun, tetapi masih lagi di Tahun Tiga…
Begitulah ketersasulan sewaktu taaruf di hari terakhir Program Sambutan Mahasiswa Baru 2010. Semuanya gara-gara saya menanti siapakah antara mahasiswa baru yang akan menegur saya terlebih dahulu, maka saya menjadi kera sumbang dan langsung memboikot mereka walaupun sering berulang-alik di depan dewan, tempat makan dan surau.
Setelah 3 hari, tiada seorang pun yang menegur. Lebih menyedihkan, bekas pelajar SMKA Tok Jiring pun tidak menegur. Sudah lupakah dengan wajah senior kamu yang menggila di sekolah dahulu ini? Nasib baik saya memang tidak tahu yang mana satu bekas SMKATJ, kalau tidak memang saya rakam masuk dalam video Penutupan.
Agaknya, kalau dengan manusia yang sering muncul dan mencapab pun mereka tidak ada rasa untuk mengenali, apatah pula manusia yang sering terperuk study dalam rumah seperti Yusri, mungkin tidak akan mereka kenali. Entah-entah bila ditanya, junior sekarang tidak akan tahu wujud seorang senior bernama si fulan si fulan. XD
Maka pada hari terakhir tersebut Engku memaksa saya ke hadapan untuk memperkenalkan diri.
Tamat kisah taaruf.
Ketersasulan tersebut menjadi satu lagi memori clairvoyance kerana saya benar-benar akan meneruskan tahun kelima di Mesir dengan mengulang subjek Tahun Tiga iaitu Mikrobiologi.
Saya sudah tidak tahu apa yang ingin diluahkan. Kegagalan itu sebahagian daripada hidup saya hingga kadang-kadang rasa ingin berputus asa itu pun sudah tiada. Hanya membiarkan diri hanyut mengikut gelombang biru kehidupan.
Terima kasih kepada semua yang memberi semangat dan kata perangsang di Wall FB saya. Saya sangat hargai. Walaupun anda semua mungkin tidak ikhlas, hanya sekadar simpati ingin menyedapkan hati, saya tetap sangat menghargai. Terutama kepada Ai-Bee yang menghantar emel, sangat menggembirakan. Tidur saya sangat lena setelah membaca emel kamu.
OK abaikan semua perenggan di atas.
Akhir sekali, kepada semua junior, Ahlan wa sahlan ke Mesir.
Belajar rajin-rajin. Jangan contohi senior kamu ini, asyik sangkut setiap tahun. =)