Di Manakah Semangat Kesatuan Itu?

Post ini masih lagi berkisar tentang politik PERUBATAN. Sila abaikan sekiranya anda tidak berkaitan. Maaf kepada pengunjung yang berterusan mengharapkan saya membuat post untuk bacaan setiap golongan dan peringkat manusia.

Pagi ini saya melihat komen ini di Facebook mediaPERUBATAN.

Saya tidak ingat sudah berapa banyak komen/cadangan/kritikan seperti ini KAMI terima.

SEMANGAT KEBIROAN

Apabila kita bergerak atas kapasiti Biro, jarang sekali kita cuba untuk bekerjasama dengan biro lain. Sebagai contoh: Iklan Biro Pembangunan Insan (BPI) kini tidak lagi disiarkan di PERUBATANonline kerana mereka menggunakan blog The Zikr yang saya kira sudah jauh tersasar dari matlamat asal; Menyiarkan the Zikr versi Online.

Selepas ini Biro Akademik bakal mengikut jejak langkah mereka kerana kini sudah ada blog Cairo Academic Team. Blog rasmi Biro Akademik PERUBATAN Induk yang mempunyai perkataan Cairo. Hairan. Penubuhan blog ini juga kita lihat mempunyai berpuluh-puluh artikel perubatan, yang saya rasa menyedihkan Adzim Yusoff sebagai pengendali utama Jabatan Artikel PERUBATANonline.

MARKETING STRATEGY

Antara salah satu strategi pemasaran adalah kesatuan. Cuba untuk menyusun SATU pusat yang dilengkapi PELBAGAI bahan. Apa tujuannya?

  • Memudahkan penyebaran maklumat. Hanya SATU pusat, tidak perlu lagi bookmark 10 alamat.
  • Mempromosikan 2 maklumat berbeza. Artikel akademik dan artikel sukan; kalau berada di SATU pusat, bukankah peminat akademik akan turut sama melihat artikel sukan? Vice-versa.
  • 10 alamat mendapat 100 pengunjung. SATU pusat bakal memperoleh 1000 pengunjung. Ini bakal menaikkan kredibiliti sesuatu pusat penyiaran maklumat.

Orang kata serabut, menyemak, menyusahkan. Hakikatnya mereka mempunyai semangat kebiroan yang tinggi, hanya memikirkan biro mereka sendiri. Mereka kata buat macam ni, nanti bahan mereka sukar dibaca manusia lain, tapi blog mereka saya tidak tahu berapa ramai yang buka dan baca. Lihat Berita Hairan yang menyumbat semua sekali dalam satu laman web, tidakkah mereka terfikir kemungkinan artikel agama atau hiburan di bahagian bawah itu tidak dibaca?

Apabila manusia dalam BPP mencuba sedaya upaya untuk membantu semua pihak, berapa banyak tangan-tangan yang menarik dan menjatuhkan mereka? Sudah rebah, dipijak-pijak pula. Lebih menyedihkan apabila usaha mereka tidak mendapat respon daripada banyak pihak dengan alasan penyibuk mengacau urusan Biro lain.

Apabila manusia membaca berita JAKSI, tidak ramai tahu berita tersebut dibuat oleh BPP. Mereka hanya nampak perkataan JAKSI.

Apabila manusia melihat design button badge jualan Biro Ekonomi, tidak ramai tahu design tersebut dihasilkan oleh BPP. Mereka hanya nampak perkataan Biro Ekonomi.

Apabila manusia melihat video PSMB, tidak ramai tahu video tersebut dihasilkan BPP. Mereka hanya nampak pelajar baru dan perkataan PSMB.

Ini kerana BPP telah lama membuang semangat kebiroan dan menggunakan nama mediaPERUBATAN sebagai satu platform untuk SEMUA pihak.

ANTI-BIRO LAIN?

Saya tidak kata Biro lain tidak perlukan blog. Saya cuma mempersoalkan kenapa benda yang telah ada dalam PERUBATANonline, tiba-tiba dibuat kembali dalam blog lain? Lebih menakjubkan, benda tersebut telah wujud sejak 2007 lagi. Jabatan Artikel terkontang-kanting memerah idea dan mencari AJK untuk menghasilkan artikel, tiba-tiba datang satu puak lain yang BOLEH menghasilkan benda yang sama, tapi di tempat lain.

Saya bukan siapa-siapa, tapi saya tetap menyeru untuk muhasabah kembali tujuan sebenar website mereka diwujudkan. the Zikr, e-Learning, Cairo Academic Team, Karnival, MTK, JPP, dsb.

TAMBAHAN

Isu yang terbaru yang saya terfikir adalah mungkinkah BPP dihalang daripada menyiarkan berita yang menegur AJKT/Biro/JAKSI/UBM/AJK Program?

Apabila isu Cairo – Ain Shams – Azhar dibenarkan disiarkan, yang pada hemat saya adalah mengeji pelajar-pelajar Ain Shams dan Azhar kerana tidak menyertai program PERUBATAN, adakah terdapat kemungkinan berita Akhawat Dipukul Budak Arab tidak dibenarkan disiarkan kerana menampakkan JAKSI gagal mempertahankan akhawat?

Sedangkan bagi saya, sebarang isu yang timbul adalah pemberitahuan kepada pihak atasan untuk diambil tindakan dan adanya berita follow-up JAKSI Pukul Kembali Arab Yang Memukul Akhawat merupakan satu kaedah peneutralan terhadap isu dan menaikkan kredibiliti JAKSI sebagai badan yang prihatin. Tambahan lagi, Jabatan Berita BPP mendapatkan maklumat daripada pihak berautoriti dalam sesuatu isu dan mungkin juga pandangan ramai untuk dijadikan berita yang menarik.

Mungkinkah berita seperti ini dihalang daripada disiarkan, sedangkan pada MTK yang lalu asyik mengeluh “Pihak kami menunggu laporan daripada anda semua”, “Kerja ni susah kalau tiada laporan rasmi”, “Kami bukan Maha Mengetahui untuk tahu semua kes” dsb. Takkan nak tunggu Mesyuarat Tahunan baru nak tahu perkembangan kes 6 bulan yang lepas. Silap-silap dijawab kembali “Saya dah lupa kes tu, dah 6 bulan kan~”.

Sekadar persoalan, kerana saya melihat Jabatan Berita sangat aktif mencari isu. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen, kritikan, cadangan yang dirasakan perlu untuk pihak mediaPERUBATAN membuat liputan, ataupun anda merupakan seorang yang tegar mencari penjelasan dan kebenaran, dijemput menjadi wartawan rasmi mediaPERUBATAN; hantarkan laporan/permohonan kepada kami di [email protected]

Saya bukan siapa-siapa, saya tidak mengendalikan bahagian artikel, jauh sekali menulis artikel. Saya juga tidak menulis berita, jauh sekali menjadi ketua mereka. Tapi saya sedih melihat mereka apabila mereka sering merasa down disebabkan usaha mereka umpama sia-sia disebabkan tangan-tangan dalam PERUBATAN itu sendiri.

Sesuatu yang menarik untuk difikirkan; sama-sama kita semua fikirkan.

Jangan cerita tentang kesatuan, kalau diri sendiri, dalam satu persatuan yang sama, gagal bersatu.

Rupanya saya pernah menulis tentang isu ini di sini: Redundancy #1 Mungkin ini adalah post Redundancy #2? :P

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

23 thoughts on “Di Manakah Semangat Kesatuan Itu?

  1. teguran bernas Din Mat, terasa aku! T_T

    artikel CAT byk sangat. nanti kami supply kat azim neh

    tapi kan, bila tengok CAT punye blog punye content, kalau nak gabung ngan PO, mcm srabut. ke cane? isi kandungan berlainan jenis dan genre.

    kalau rasa content tu bleh masuk PO, kita satukan je, senang. ke cane?

    isk isk isk still terharu

    1. PO ada Kategori Medikal dan Tazkirah. Sebab tu aku menulis khas kepada CAT dan the Zikr. Supply la satu atau dua kepada Adzim, beliau lebih tahu kot sebab beliau boss. =)

      Masalah sukar untuk gabung tu adalah masalah biasa, sebab tu tulis “muhasabah kembali tujuan sebenar’. Tetapkan fokus agar tidak bertindih.

      Contoh: Risalah the Zikr masuk blog the Zikr, tapi iklan BPI masih lagi dekat PO. Fokus blog the Zikr hanya risalah the Zikr.

      Kalau CAT mungkin juga sama. Terpulang.

      Ape pun hakikatnya KAMI hanyalah manusia bawahan yang tidak penah duduk di atas kerusi AJKT. =)

        1. i’m going to join all of u!
          cmne2.. jom buat pakatan revolusi mP (ie: working on kertas kerja yang macam nash ckp)

          nama cdgn utk panel
          nash
          dinmat
          azim
          atiqah
          radin
          izzah (she seems very quite but we did discuss a lot psl bpp)

          lg sape2?

          1. masukkan bakal exco skali yg laki nampak macam chip;
            satu lg jgn terlupa yg cawangan plak, utk senang kta buat dlu pastu minta komen/padangan tambahan drpd upp/mp cawangan

            saya jdikan media prima sebagai inspirasi

            apa kater upp/bpp kta selaraskan gerak kerja, kan nampak hebat

          2. yg panel rase2 kene cari sorang yg mahir vidoe..

            last2 jd mesyuarat bpp yg setaun skali..

      1. “Supply la satu atau dua kepada Adzim, beliau lebih tahu kot sebab beliau boss. =)”

        boss yg xde keje,.. hehe

  2. semoga setiap unit dalam perubatan rajin2 la buat press release.
    hakikatnya kita semua pelajar yang berhak bersuara, bagitahu je la kalau nak guna jabatan berita. GIVE US UR STATEMENT kalau kitorang tak sempat nak serbu kalian. sekadar minta buat berita je, still kitorang kene cari bahan which is during our free time only lol XD

    ahli biasa selamba je hulurkan pendapat mereka, unit2 lain ni bile lagi?

    jemput2 la kacau saya di [email protected] kalau ada benda juicy best mahu dikongsi :)

    k bb nak nangis.

    @ibrahim: belog2 batch yang banyak nota2 tu serap masuk e-learning hehe senang nak cari notes setempat.

  3. ouf.. name ku jadi watak utama dlm blog dinmat… =p

    pasal redundunt mmg dah xleh lari..
    atikel CAT mmg bnyk sgt.. sampai medikal boleh bubar =p

    pasal the zik kadang2 yg kat po pn nk letak atikel same..
    igtkan atikel len2 tp bile bukak the zik atike same..
    just atikel tu diedit bile post kat PO..
    cth atikel yg bnyk sgt si ibu, si anak.. ulang2 sampai 10x.
    so kene edit biar best sket.. tp kat the zik still si ibu si anak.. hehe :)

    rase2 elearning bleh je gabung ngan CAT bawah biro akademik.. ade bhgian atike dan ilmiah..
    pastu senang sorg je jage dua blog..

    pasal org komen kat fb tu komen membina..
    just bile kitorang buat pasal medik, org mintak pasal semasa, pastu nk tazkirah, pastu nk santai.. etc..

    so perlukan tenaga kerja… tenaga keje bertebaran kat the zik, CAt etc.. hehe

    btw nice post dinmat.. =p

  4. Jom buat kertas kerja

    “penggabungan laman-lama web PERUBATAN”

    siapa nk join tolong saya. .

    adanya kertas kerja ni, baru ajkt boleh faham apa yang cuba kita bawakan, EXCO BPP telah buat tetapi tidak diterima, meh kita tolon beliau biar betul-betul berjaya

    harap sokongan kalian

    sila email/ym saya jika berminat nak tolong; kalau saya seorang tak janji benda ni akan terlaksana. takut tak cukup tangan

    [email protected]

    1. sile gunakan hyperlink anda yang mmg sedia ada dlm ajkt~ (ie: Radin)

      pape pun.. BPP got my first hand touch.. which the most yg saya syg dlm perubatan… (tapi bendahari yang paling bermanfaat)

  5. salam alaik
    nice post..
    isu yg sgt menarik

    knp x dijadikan usul masa MTK baru2 ini? :)

    ya sy akui,mostly program PERUBATAN,ajk2 bpp yg tlg byk bende,esp bhagian iklan,design,video…walaupun nama korg x terpahat sbg ajk,jasa korg tetap dirasai..(tepuk tgn)

    -yakinlah,stp word yg ade kat PO,itu adlh dkwah korg,ramai yg baca tu…-

    1. “yakinlah,stp word yg ade kat PO,itu adlh dkwah korg,ramai yg baca tu…-”

      amin.. arap2 word yg dipadam pn dikire.. =p

    2. bende ni banyak teknikal, dan saya merasakan tiada faedah dijadikan usul kalau perwakilan tidak faham kepentingan kesatuan dan hanya memikirkan “payah, susah, dan mustahil”.

      insyaAllah saya akan membantu Nash dalam kertas kerja beliau dan cuba membuat satu website contoh seperti yang disebut Humairah.

      terima kasih kerana membaca, kerana hakikatnya saya bukan siapa-siapa untuk diambil perhatian; saya cuma seorang ahli yang tidak pernah duduk di atas kerusi AJKt.

      1. sy mohon saudara siapkan info perubatan secepat mgkn sbb sy rs website tu pntg(ya sy tahu dlm ia dlm proses)

        cdgn sbg usul tu skdr cdgn..pkra teknikal ni xyah jd usul pun xpe..

        kerusi ajkt bukanlah kerusi idaman..sesiapa yg mdudukinya akn mengalami satu tempoh hidup yg……
        kpuasan bkerja dan enjoy bkerja itu lg penting :)

        PO makin best!tahniah!

        1. sebenarnya infoPERUBATAN telah dimansuhkan kerana wajah PO v3.11 nanti akan memuatkan info tentang PERUBATAN semua dalam sebijik website maka saya sedang pening utk mneyusun kembali letak duduk semua perkara.

          saba ye.

          yang best itu bukan PO tapi Jabatan Berita (Atiqah Hanifah). sila belanje beliau. :)

  6. Rasa mcm nk berbangga sbb pernah alami masalah sama masa uruskan website sekolah. Semua badan induk pakat buat blog masing2, kita yg Kelab ICT urus website sekolah terkapai2 buat artikel sndiri, buat tajuk forum sndiri, gali berita sndiri. Haha. (Berbangga tu sbb melambangkan sekolah saya besar jugak rupanya)

    Mgkn boleh diperhalusi lagi cadangan ni. Ataupun buat satu sample website menggunakan free hosting, utk menunjukkan mcm mana Biro2 td takkan hilang kuasa dlm memuatkan sbrg bahan. Mgkn blh dlm bentuk navigation, atau side tab, atau kategori artikel berdasarkan Biro. Atau dgn cadangan, semua AJK biro yg bertanggungjawab terhadap blog masing2 akan dpt access sbgi manager ke.

    Eh dah panjang. Have to stop. Semoga dipermudahkan segalanya.

Komen di sini, bukan di tempat lain