Bila nak kahwin?
Seperti biasa juga, jawapan saya:
Malas. Perempuan ni menyusahkan.
Seperti biasa lagi, saya akan dapat balasan sebegini:
Habis tu, mak engkau bukan perempuan?
Tadi tanya pasal kahwin, tiba-tiba masuk bab mak bapak. Bukannya kita nak kahwin dengan mak kita!
Perempuan Itu Menyusahkan…
…Maka selagi saya belum bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup, saya akan menahan diri daripada kahwin. Juga sekadar menjawab soalan:
Mak saya perempuan dan beliau amat menyusahkan. Sikit-sikit kena beli, sikit-sikit kena tolong. Tapi, saya telah bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup demi mak saya kerana saya sayangkan mak saya. =)
OK, kenapa perempuan bergelar ISTERI menyusahkan?
1. Apa-apa yang dia tidak tahu, kita kena cover.
Kalau tak tahu memasak, terpaksalah kita masak. Kenapa?
- Adakah anda ingin kebulur?
- Menyediakan makanan tanggungjawab suami, bukan isteri XD
Kalau bujang, senang. Minum air masak 3 hari pun masih OK.
Kalau tak tahu memandu, kitalah yang kena menghantar-mengambil setiap hari. Argh~
2. Apa-apa yang dia tidak berkenan, kita kena sabar.
Pilih punya pilih, semua dia tak berkenan. Terpaksa pergi tempat lain. Tak kiralah shopping ke, makan ke dll dsb. Kalau tak sabar, alamatnya berperang. Dingin atau sejuk, bergantung pada situasi.
Kalau bujang, senang. Semua dirembat asalkan selesa.
3. Bila-bila dia perlukan kita, kenalah temankan dia di sisi.
Bayangkan anda sedang bermain Counter-Strike dengan jayanya, tiba-tiba dia telefon kerana sakit nak bersalin. Mood anda pasti spoil kerana terasa rugi berjaya membunuh ramai Terrorist. Kalau tak pergi, nanti digelar suami keji tak berhati perut.
4. Bila-bila kita sembang dengan perempuan lain sepatah, dia mula jealous.
Lagi teruk, dia sembang dengan lelaki lain sikit, kita dah rasa lain. Akhirnya bila di depan dia, kenalah cover sikit perangai dengan kawan perempuan. Tak boleh bergaul bebas. Letih nak berlakon ni. Lagi-lagi kalau kawan perempuan kita ada gosip latest biasalah perempuan, kan dah melepas satu berita baru. =P
5. Siapa-siapa yang simpan ada perempuan tentu tahu. 50% gaji bulanan habis untuk beli hadiah. Nak pujuk kena beli hadiah, anniversary nakkan hadiah, lulus SPM nak hadiah, birthday memang memerlukan hadiah.
Kalau hadiah simple macam cincin ke, kalung ke, mudah. Tapi kalau birthday dia jatuh waktu tengah mengandung, minta pelik-pelik sedozen tuala wanita tak pening nak pilih Kotex ke Laurier ke Always. Nak wing ke tak nak. Nak tanya cashier Seven-Eleven, dia pun lelaki. Kalau cashier perempuan, dituduh gila seks. Masalah. Lagi masalah, perempuan mengandung perlukan tuala wanita ke? XD
Kesimpulannya:
Untuk lelaki, selagi anda belum bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup demi seorang perempuan bergelar isteri, jangan kahwin. Malah jangan dicari pun seorang perempuan. Tanggungjawab perkahwinan sangat berat hingga salah seorang rakan saya lelaki menitiskan air mata sejurus selepas melafazkan akad nikah =). Puasalah banyak-banyak.
Untuk perempuan pula, sekiranya anda melihat saya menyusahkan diri demi anda, itu namanya ‘hint’. Haha =P
no, pregnant tak perlu pad.
haha ngok ngek gila
ni entry untuk counterattack fenomena semasa~
Untuk perempuan pula, sekiranya anda melihat saya menyusahkan diri demi anda, itu namanya ‘hint’. Haha =P
kak radin, wink2
A man said once: “Women themselves are complicated, conflict should be expected”.
dia ni memang suka menyusahkan diri demi orang lain.. orang sound suruh udah2 la tu pun tak faham bahasa~ aih..
gane, atiqah?
sorry, I got ENFP for psiko test. mudah bersimpati dgn org lain haha
patut la tak cukup kejam..
extreme apa?
got INTJ pemberat dlm thinking..
kak nadiah INTJ pemberat pd judging.. (eh selambe leak orang len pye .. patut sgt particular~ haha)
ESTJ, berat pada E dan T
takde berat2 sume balanced. 9-9, 15-13 camtu je haha
tengok result pemenang sume extreme 20 ganaz gile
hahahhaaaa!!!lawak betul la…ooowww..mmg mcm ni erk laki2 pnuye andaian???lawak la korang!
Assalamu’alaikum..
Kahwinlah dulu…
pasti,apa yang akh cakap ni,berlainan sama sekali..
Kenapa kawan akh mnagis?sebab dia rs ada amanah besar hempap atas dia..dan dr situ,dia akan berusaha mnjadi suami yg bertanggungjawab.Adakah dia nak bermain2 dan sempat lg berfikir 2x smsa istri dia dah meraung nak bersalin?jika sayang si isteri,kita xkan sempat pk perkara lain,hnya ingat,anak dan isteri.xkan pk cemuhan org nnt.
Perkahwinan bukan untuk menyusahkan..
dalam perkahwinan,kita dapat banyak kelebihan..Hidup lebih berkat,murah rezeki..
Tapi ingat,ikutlah apa yang syara’ gariskan,ikutlah sunnah..
wallahu’alam.
hehee….
yeke
samela gak kalo pompuan dah kawen
kalo bujang bestnyer leh tido… tak yah masak penat2…
kan best leh tgk tv. kalo laki ade kene lak gi masak pastu kemas ape yg patut dan kene lak layan diye
dan kalo bujang nak pegi jalan2 pegi jek…
nti kalo da kawen kene mintak izin..pastu bile suh temankn cam malas2 ajek… huhu
bujang bes jek pakai la ape pun tak kisah bukannye ade org komplen.. kalo da kawen bile org malas makeup da mule la komplen itu ini…
bujang simple ajek.. kalo ade laki kene pikir nak pakai baju ape.. sesuai ke tak… suke ke tak.. tak suke takleh la pakai. dah kene ikut taste diye
lagi satu kalo bujang senang takde pening pikir psl karenah laki yg menyakitkan…
yg panas baran.. yg ego.. yg tak pikir psl pompuan.. pentingkan diri sndiri.. bile kite sedih katanye kite mengada.. pdhal ade je laki yg romantik cume diye je hati batu..