Jalan-jalan kena bawa handycam. Kemudian rakam apa sahaja. Semua footage tersebut mungkin boleh digunakan satu hari nanti. Kalau ada masa lapang, mungkin boleh buat video dokumentasi. =)
Bukit Tinggi
BGM: Ronnie,Ernie & Limkokwing Koir – Satu Malaysia
Captured by: Sony HDR-XR550E
Edited with: Sony Vegas Pro 10.0Effects added: None
Dimension: HD 1280×720 progressive
Codec used: AVC (2Mbps average) + AAC (128kbps)Special thanks: Makngah and kak Illa.
Kak Illa beria-ria nak tengok video ni kerana footage asal terlalu berat untuk ditonton di komputer beliau. Saba neh, belilah komputer yang lebih power XD
Video ni agak cacat pada pandangan saya kerana:
- Tonton dalam HD dan perhatikan ‘Bukit Tinggi’ di bahagian kiri atas, ada lebihan logo sikit kerana saya malas nak edit.
- Footage asal agak banyak movement dan shaky kerana saya capture dengan santai sekadar suka-suka. Sedikit sebanyak mencacatkan persembahan kerana jadi agak blur.
- Ada beberapa tempat yang transition satu shot ke shot yang lain agak jerky. Maknanya nampak berkelip.
Lagu Satu Malaysia ulang-ulang sangat failXD
Tapi saya buat pun dengan agak santai maka tidak mengapalah. Terima kasih kepada 2 orang model istimewa dari Forum Team iLuvIslam, kak Illa dan Makngah Asniza.
Nota: Biasanya saya tambah effect Overlay supaya contrast lebih tinggi tapi akan nampak macam filem maka kali ini saya abaikan dan guna original. =)
p/s: Lagu Satu Malaysia ni best la plak. Mungkin hasil tarbiyyah BTN =P
FEWWIT: Bebas Dari Belenggu
BGM: The Journey of Circle – Onara’s Children’s Choir (Yi San OST)
Captured by: Sony HDR-XR550E
Edited with: Sony Vegas Pro 10.0Effects added: None
Dimension: HD 1280×720 progressive
Codec used: AVC (2Mbps average) + AAC (128kbps)Special thanks: abg Wann dan kak Amany
Ini sebenarnya projek sampingan dan mencuba konsep yang telah lama ditinggalkan iaitu ‘berita’. Kali terakhir saya buat video berita untuk PERUBATAN adalah Kemalangan Shamirul, itupun tidak berkonsepkan formal. Konsep formal lengkap dengan narration mungkin beberapa tahun dahulu Berita 14 Disember.
Video ini juga dibuat secara santai dan tiada perancangan bertulis. Maka saya mengarut dalam video tersebut sambil makan roti cicah air Milo. Lagipun footage yang ada tidak cukup untuk menggambarkan keseluruhan narration. Pada pandangan saya, narration sememangnya perlu dibuat oleh perempuan, suara lelaki tak sedap langsung atau sebenarnya suara saya yang tidak sedap =P dan memerlukan latihan intonasi yang baik.
Kenapa narration itu penting? Video yang berkonsepkan huruf kadang-kadang mudah menimbulkan rasa bosan. Malah suara itu sendiri mencakupi beberapa aspek dalam persembahan video, antaranya mesej yang ingin disampaikan dan ‘lagu’ kepada video. Suara yang jelas dan sedap serta mempunyai intonasi yang baik boleh mempengaruhi penonton lebih daripada sekadar ayat-ayat yang ditaip. Sebab itu kita masih memasang speaker apabila menonton drama Korea walaupun sudah ada subtitle =P.
Kepada mereka yang tidak mengikuti FEWWIT: Bebas Dari Belenggu, jangan lupa FEWWIT: Di Mana Dia di Hatiku bertempat di UKM, 20 Mac ini =)
Sesekali mengedit video seronok juga, menggilap kembali skil setelah lama tidak menyentuh Sony Vegas Pro. PERUBATAN pun tidak begitu aktif sekarang, masih dalam recovery mode. Aktiviti yang saya tunggu adalah MAT supaya saya boleh resign haha, kerana pastinya memerlukan video. Kali ini nak guna konsep apa?
Kepada mereka yang mengikuti VegasTips, maaf kerana sudah lama saya abaikan. Mungkin akan kembali dengan Tips lain di masa akan datang, tapi bukan dalam masa terdekat. =)
Sekarang sedang rambang mata ingin baca novel yang mana dahulu. Eh, sepatutnya rambang mata nak baca tajuk Mikrob yang mana dahulu XD