Kepada mereka yang bergelar pakar matematik di luar sana, mari jawab soalan ini:
48÷2(9+3)=??
Ada orang akan mendapat jawapan 288, ada pula yang akan mendapat 2.
Jawapan sebenar? Terpulang.
Ia bergantung pada bagaimana anda melihat soalan tersebut:
Pengajarannya?
1. Arahan perlu jelas
Soalan ini jika diletakkan dalam SPM mungkin akan memeningkan pelajar yang genius. Pelajar biasa hanya akan nampak satu jawapan sahaja, sedangkan soalan ini mempunyai 2 jawapan.
Arahan yang diberikan perlu jelas. Soalan ini kekurangan ( ) untuk menentukan siapa perlu didahulukan, dan bagaimana bentuk pecahan yang sebenar.
Apabila memberi arahan, pastikan ia mengikut susunan dan jelas matlamat serta apa yang kita inginkan. Ini adalah kualiti seorang pemimpin yang baik. Maka, setiap kali selepas mesyuarat, perlu ada summary tindakan susulan untuk memudahkan anak buah anda.
2. Kaedah perlu diberitahu
Sebarang hasil yang kita perolehi mesti melalui jalan yang jelas supaya tidak berlaku salah faham.
Ramai orang mendapat duit, tapi tidak diketahui dari mana mereka memperolehi duit tersebut. Maka situasi ini boleh menimbulkan syak adanya rasuah dan wang haram.
Menulis juga memerlukan rujukan dan kaedah yang tertentu. Hasil penulisan perlu disertakan sumber, dan penulis juga perlu menyatakan kredibiliti mereka untuk membicarakan perkara tersebut. Jika tidak, pembaca boleh menganggap ianya satu sumber tidak ilmiah dan boleh diabaikan.
3. Bersedia untuk sebarang kemungkinan
Hidup ini tidak seperti yang kita jangkakan. Mungkin anda mencipta soalan di atas berdasarkan perkiraan jawapannya 2, tapi rupa-rupanya jawapan 288 juga boleh diperolehi.
Bersedia dengan sebarang kemungkinan, dan pastikan anda mempunyai Plan B supaya perancangan anda tidak terjejas dengan teruk.
4. Manusia itu berbeza
Persepsi manusia itu berbeza, citarasa dan pemikiran juga berbeza. Maka apa yang menyatukan kita adalah IMAN.
Ramai manusia merasakan perlu memakai tudung labo, ada pula cukup sekadar tudung biasa menutup dada, tapi kedua-duanya bersatu di bawah IMAN: Menutup aurat.
Raikan perbezaan manusia dan anggaplah ia warna dalam kehidupan. Jangan sisihkan mereka yang berbeza pandangan dengan kita, hatta manusia itu seorang penjenayah sekalipun. Sebabnya, kitalah yang bertanggungjawab menemukan mereka dengan IMAN.
Tonton/Baca lagi:
IniAnwarHadi
AIYqosim
Bagaimana pula dengan anda? Apa jawapan yang anda perolehi; 288 atau 2? ;)
Link berkaitan:
AllKpop
Answers