Reminiscing…

Tiada modal hendak menulis, tapi mungkin boleh membebel?

1. Kenapa Saya Tidak Suka Pergi Rumah Perempuan

Sila klik sini dan baca bebelan beberapa tahun lepas. Rumah perempuan itu sememangnya maksiat, dan sejarah sentiasa berulang kembali.

p/s: Tapi kali ini memang bukan salah saya. Haha


2. Kenapa Pula Musyrif Itu Menyusahkan?

Adik saya 2 orang perempuan ingin pergi shopping. Maka dia ajak saya. Waktu itu pukul 8 malam lepas Maghrib.

“Jadah engkau orang nak shopping baju ngan tudung malam-malam buta? Pergi la esok, along lempang kang baru tahu!”

Bolehkah saya berkata demikian? Tentu sahaja boleh, tapi mereka tetap akan pergi juga kan?

Maka temanilah mereka walaupun mulut menyumpah-nyumpah kerana kita sememangnya sayangkan mereka. Jadi tukang angkat barang pun takpe, kerana kita sayangkan mereka. Jadi driver tunggu kereta pun takpe, kerana kita memang sayangkan mereka. Kalau tidak menyumpah lagi bagus, kerana kita kan sayangkan mereka? ;)

Ramai orang makan daging lembu, tapi tak ramai yang sedar kalau kita makan daging lembu kerana ianya halal dan disukai Allah maka kita mendapat pahala. Padahal makan daging je pun.

Sama juga kalau kita teman adik kita atas rasa tanggungjawab sayangkan mereka kerana Allah, dapat pahala FREE. Maka tiada istilah “susah menyusahkan“. Kalau taknak “susah menyusahkan”, maka jangan sekali-kali dibuat Jadual Meneman.

Kesimpulannya, temanilah saudara perempuan kamu; adik mahupun kakak sekiranya mereka keluar malam.

Ah, benda yang biasa dan bosan untuk dibaca.

Dengarkan nasihat ABANG sapwan ini:

p/s: Ayat “Jom teman pergi City Star” dan “Tolong jadi musyrif ke City Star” itu memberikan perasaan yang berlainan di mana ayat yang pertama lebih mesra pengguna, kan?


Ah, bosan… Sila komen apa perlu dibuat dengan blog ini, boleh?

Jom ngefans Taeyeon hingga 17 April ini~

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain