Selepas Nur Kasih dan Adamaya, saya rasa tidak ada satu pun drama Melayu lain yang membuatkan saya melekat untuk terus menonton. Asmara agak best walaupun nama hero sangat pelik tapi tidak berjaya membuatkan saya teruja untuk menonton musim kedua. Asmaradana yang penuh dengan kematian pun saya tonton sebab Tiz Zaqyah :P
Maka saya tidak menyangka adaptasi novel berjaya mempengaruhi saya untuk meninggalkan stadi dan marathon semua episod sekaligus. Hinggakan saya terpaksa spazzing dalam blog!
TRILOGI CINTA
Mula Tayangan: 2 Januari 2011
Hari Tayangan: setiap Ahad dan Isnin
Masa Tayangan: 10.00pm
Saluran: TV1
Jumlah Episod: 40 episod
Pelakon:
Fouziah Ghous sebagai Norjinah
Rosyam Nor sebagai Razif
Amyza Aznan sebagai Salmi
Siti Fazurina sebagai Norseha
Mak Wan sebagai Mak Nab
Roslan Salleh sebagai Pak Badar
Aida Khalida sebagai Puan Aida
Raissudin Hamzah sebagai Encik Taufik
Nazim Othman sebagai Anuar
Yuswaisar sebagai Badrul
Reza Hasbi sebagai Shahrul
Rebecca Nur Islam sebagai Sharifah Yasmin
Adik Syazana Firas sebagai Amira
Adik Nur Fureena Ezlin sebagai Balqis
Drama ini diadaptasi daripada trilogi novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Bertemakan kekeluargaan, drama ini penuh dengan unsur tipikal drama Melayu tapi saya tetap setia menonton hingga selesai 40 episod. Mungkin kerana saya telah membaca novelnya terlebih dahulu?
Lihat sahaja nama watak; Razif, Norjinah, Norseha, Badrul, Anuar, tiada langsung ciri-ciri nama moden sekarang (Nurin Najwa, Dzarrin Hanafi, Ramisah Aini) malah seperti yang dijangka nama emak mesti Mak Nab. Kemudian unsur exaggerated mesti ada dalam watak jahat. Hero pula CEO syarikat yang kaya-raya manakala heroin orang kampung yang miskin. Konflik pula merebut syarikat dan harta. Orang jahat pula insaf lepas dapat musibah. Sungguh tipikal kan?
Sewaktu saya membaca novel-novel ini di sekolah menengah dahulu, saya perasan bahawa Sharifah Abu Salem banyak memasukkan konflik dalaman kepada watak-watak beliau. Maka terjadilah unsur-unsur seperti dalam drama Korea; pihak itu berahsia, pihak ini berahsia, pihak sini senyap-senyap melindungi pihak sana, pihak sana pula merancang menjatuhkan pihak sini. Cerita beliau pula mesti realistik tidak macam cerita yang penuh dengan unsur kebetulan dan dialog yang jiwang karat. Sejak membaca novel lagi saya sudah rasa bahawa cerita beliau sesuai dijadikan drama. Mungkin kerana beliau biasa menulis skrip maka novel beliau juga mempunyai unsur demikian.
Genre drama ini adalah kekeluargaan maka sekiranya anda menantikan babak-babak romantik memang pasti anda akan kecewa. Tema kekeluargaan dalam drama ini lebih kuat diketengahkan berbanding konflik lain maka anda tidak akan merasa bosan dengan perbincangan projek yang berjela-jela ataupun babak-babak di syarikat kerana hampir 70% cerita berlatarkan rumah dan kampung. Dialog juga tiada yang romantis puitis tapi kuat untuk menggambarkan perasaan watak.
Antara yang saya suka dengan drama ini adalah bagaimana mereka mengisi ruang dialog dengan perbuatan. Berlainan dengan drama Korea biasanya hero ajak heroin keluar makan kemudian 20 minit dialog di meja makan shot kamera cuma bertukar-tukar muka hero-heroin-hero-heroin. Cerita ini mengisi dialog dengan perbuatan, sambil bercakap sambil memasak, koyak bawang, basuh sayur, petik pucuk ubi, bercucuk tanam, hinggakan kadang-kadang saya terasa seperti mereka berlakon secara natural candid kamera dalam satu shot terus siap satu babak. Memang mantap. Dialog panjang membebel pun seronok untuk didengar.
Gabungan adik Syazana Firas dan Fureena Ezlin juga hebat; intonasi, mimik muka hinggalah kepada aksi mereka nampak natural dan lancar smooth. Kalau tidur tak nampak kaku pura-pura tidur, kalau menangis merengek-rengek memang kita pun rasa nak bagi penampar bagi diam. Mereka juga menjadi hiasan kepada beberapa babak walaupun cuma berlari-lari dalam background. Nampak natural, tidak menimbulkan persoalan “Mana anak diorang?”
Maaf Mia Sara kali ini terpaksa jatuh cinta dengan mereka berdua :P
Saya juga suka dengan konsep ‘tak semestinya cinta baru kahwin‘. Biasanya cerita cinta banyak mengetengahkan konsep ‘cinta baru kahwin‘, ‘kalau tak cinta tak boleh kahwin‘ ataupun ‘lepas kahwin mesti jatuh cinta‘. Sewaktu Razif melamar Norjinah dia terus terang sebut, “Abang masih cintakan Salmi cuma abang rasa abang boleh kongsikan sikit rasa sayang abang pada Ji”. Sweet dengan nada tersendiri kyaaa! Norjinah sendiri mengakui hal ini, hebat kan? ;)
Tapi seperti biasa, drama Melayu memang masih lemah. Kekuatan drama ini adalah perjalanan ceritanya. Audio mesti pecah. Lagu background lagi kuat daripada dialog, kadang-kadang suara pecah tidak jelas apa yang diperkatakan oleh watak. Sungguh mengecewakan apabila anda memiliki Home Theatre tapi terpaksa menggunakan Headphone kerana Bass yang sangat kuat mengganggu audio dialog dan menggegarkan dinding rumah.
Watak Salmi dan Norseha pula terlalu exaggerated. Kadang-kadang mood elok kemudian mood ganas balik hinggakan saya terasa 2 watak ini memang gila betul. Latar masa antara babak juga sangat laju, tiba-tiba terasa macam sekejapnya dah beranak, sekejapnya dah kahwin, sekejapnya dah sembuh, maka penonton gagal menangkap perubahan mood cerita. Namun begitu mungkin juga untuk menyumbat 3 buah novel ke dalam 40 episod memerlukan banyak babak dipotong dengan hanya fokus kepada yang signifikan dan penting supaya tidak terasa berjela atau draggy.
Dengan adaptasi 3 buah novel, drama ini separuh episod (20+) adalah daripada novel pertama, dan bakinya lagi 2 sebagai pelengkap. Bermakna wataknya akan bergilir-gilir menjadi fokus. Novel pertama lebih kepada Norjinah, konflik antara Razif dan Salmi serta keluarga di kampung sebagai sampingan. Novel kedua digantikan dengan Norseha, Razif dan Norjinah cuma pelengkap kepada konflik. Novel ketiga lebih fokus kepada Razif, apabila beliau cuba untuk menyelesaikan masalah Norseha dan konflik dengan Norjinah. Maka mungkin anda sudah tidak berminat apabila Norjinah jarang memunculkan diri selepas episod 20 :P. Satu perkara yang saya hairan, Rebecca Nur Islam walaupun muncul dalam Opening Credit bermula episod 23, saya rasa tak sampai 5 episod pun beliau muncul. Itu pun tak sampai 5 minit.
Lagi satu persoalan, sewaktu Norjinah berusia 19 tahun, Amira sudah bersekolah maka beliau berumur 7 tahun paling kurang. Beza umur mereka 12 tahun. Bayangkan Amira berumur 18 tahun, Norjinah pula berumur 30 tahun. Masihkah dipanggil mama? Haha mesti comel gila macam cerita Gilmore Girls (Sharifah Abu Salem tanak buat sequel ke? :P)
NORA ELENA
Mula Tayangan: 9 Mei 2011
Hari Tayangan: setiap hari Isnin hingga Khamis
Masa Tayangan: 7.00pm
Saluran: TV3
Jumlah Episod: 24 episod
Pelakon:
Aaron Aziz sebagai Seth Tan
Siti Saleha sebagai Nora Elena
Wan Sharmila sebagai Yvonne
Zul Ariffin sebagai Eid
Erry Putra sebagai Inspektor Amir
Puteri Fateen sebagai Adila
Adaptasi novel Meen Zulaikha – Kasih Yang Suci, drama ini masih lagi bersiaran sewaktu entry ini ditulis (episod 13). Saya tidak membaca novel dan cerita ini belum habis maka saya tiada komen yang lebih, cuma Siti Saleha comel gila kyaaa! Mentang-mentang Ustaz Amirul dah bertunang dengan orang lain dia pun terus kahwin dengan orang lain haha.
Komen saya setakat ini hanya satu: Inspektor Amir tiada kerja lain selain bagi ceramah? Tiap-tiap hari main bowling, pergi kelab malam, mana babak di balai polis? Haha XD
Cuma lagu OST drama ini agak familiar, macam baru dengar. Cerita apa ekk?Asmara, baru ingat.
Recaps boleh baca dekat sini (u noe u love me). Macam baca Dramatomy la plak haha! Lain kali baru buat entry untuk spazz drama ni ;)
Dah lama tak tengok TV…Nora Elena macam tengah meletup-letup la ni. Tak sangka pula rupa-rupanya banyak adaptasi dari novel.
sekarang ni dah agak banyak adaptasi. terperasan pun sebab memang novel tersebut di baca, kalau tak baca kadang-kadang tak perasan pun.
adaptasi novel ni ada pro dan kontra tersendiri. walaupun fanbase yang sudah sedia ada bakal menjanjikan sasaran tontonan, tapi fanbase yang sedia ada juga memberikan tekanan.
boleh baca komen Maizura Mohd Ederis di blog beliau ;)
salam ^^
thanks tag my blog kat sini hehe! segan pulak! yup, mmg ala2 dramatomy n dramabeans :P i’m a k-drama addict yg suka baca recaps tho da tgk drama tu ulang2… tak lama lagi ada another adaptation from novel to drama. Stanza Cinta. Bakal on air pada 19 June… Aaron Aziz, Fathiah and Fizz Fairuz.. 3rd time Aaron berlakon cerita adaptasi la mcm ni… mmg nnt org baca novel melayu, dok bayang muka dia la jadinya lols! single handedly bnda2 adaptasi ni buat org kembali minat membaca. i salute that!
waw, novel tajuk same ke? trailer belum keluar eh? mesti tambah dalam koleksi ;)