Unsur Hitam Dalam Nora Elena

Parental Advisory | Entry ini menggunakan bahasa sarkastik yang keterlaluan.

Setelah 18 episod drama ini disiarkan, ternyata ia berjaya menarik ramai peminat untuk kembali menggilai drama Melayu sebagaimana fenomena Nur Kasih dan Adamaya suatu ketika dahulu. Tahniah diucapkan kepada Asia Media Content serta pelakon handalan Aaron Aziz dan Siti Saleha. Reputasi drama adaptasi ini juga berjaya menghabiskan stok novel Kasih Yang Suci di kedai-kedai buku.

Namun begitu, drama ini mempunyai unsur-unsur Freemason serta Illuminati yang bertujuan meresap ke dalam pemikiran masyarakat menggunakan subliminal message melalui fikiran separa sedar.


1. Logo

Pertama sekali perhatikan logo AMC sendiri yang mempunyai unsur Freemason dengan berbentuk piramid. Jelas sekali AMC mempunyai kaitan dengan Illuminati yang bertujuan menakluk dunia.


2. Lady in Red

Poster yang dikeluarkan menampilkan Nora Elena dalam pakaian berwarna merah. Mereka yang pernah menonton The Arrival pasti sedar akan hal ini. Lady in Red dimuatkan dalam episod 13.

Lady in Red digambarkan sebagai sesuatu yang mesti kita miliki dan memilikinya akan menjadikan hidup kita lebih baik. Lady in Red adalah simbol kepada seks, duit dan kepopularan. Istilah yang lebih ganas digunakan dalam The Arrival iaitu “wakil syaitan”.


3. Skirt

Walaupun Nora Elena dalam drama ini sentiasa bangun malam solat tahajud namun begitu beliau gemar memakai skirt paras lutut, memberikan impresi tidak elok kepada kanak-kanak bahawa agama hanya perlu solat bukan pada cara berpakaian. Ini adalah taktik halus Freemason untuk melemahkan Melayu Islam di Malaysia.


4. Seth Tan

Watak Seth Tan yang digilai ramai perempuan dan dipuja setiap hari Isnin hingga Khamis juga secara halus memuja “setan”. Beliau digambarkan sangat romantik hingga menenggelamkan tokoh suami umat Islam iaitu Rasulullah SAW.


Sehubungan dengan itu, satu surat terbuka telah dibuat terhadap drama ini: Bantahan Terhadap Drama Nora Elena dengan menyenaraikan keburukan drama ini terhadap masyarakat.

Fenomena tidak sihat ini juga mendorong Presiden PERUBATAN, Syafiq Hamdani mengeluarkan kenyataan di laman Facebook beliau menggesa ahli agar meninggalkan drama Nora Elena dengan menonton rancangan lain yang lebih bermanfaat atau fokus kepada peperiksaan yang sedang berlangsung.

Akhir kalam, diharapkan pendedahan ini berjaya membuka mata masyarakat dan jangan lupa menonton satu lagi karya adaptasi novel; Stanza Cinta oleh Nurull Halawati, dibintangi Aaron Aziz (ikon adaptasi novel; Ombak Rindu, Nora Elena), Nur Fathia (Hani) dan Fizz Fairuz (Nur Kasih) bermula 19 Jun setiap Ahad, hanya di TV3.

Iklan!
Tonton Nora Elena dengan lebih pantas menggunakan Opera Mini!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

51 thoughts on “Unsur Hitam Dalam Nora Elena

    1. agak arr..saye xlah mint sgt tp tgk gak nora elena..cuma sedikit teguran di sini..klo semua bender nk dikaitkn dgn freemason klo mcm tu ape2 je yg ade bentuk segitiga,sape2 je pakai tudung merah,baju merah semua nak dituduh freemason..aish~

  1. salam..bg sy, juz watch for leisure only..as long as kte ikut ajaran islam..dn x nyimpang dryer sudah..nh tidak kalau tgk citer smpai xsolat tu kan hukumya haram..hmm xkomen lelebih..diri sendiri lebih mengetahui..

  2. tak semestinya berkaitan dgn freemason ..
    mungkin semua tu hanya kebetulan ..
    ti kene saman baru tau .. apala .. nak tarik readers jgn la buat cmni .. mmfitnah tau .,surat bantahan tu pun ntah pape

    1. erm agendanya ada 2; kenyataan Presiden dan promo Stanza Cinta serta banyak lagi link2 menarik untuk di-klik dalam entry di atas. silakan meng-klik! :)

  3. OMG! Saya yakin, nenek yang menjual nasi lemak berbentuk segi tiga itu juga cuba menerapkan illuminasi kepada pembeli nasi lemaknya!!!

    Hahahaha…

    Mengapa ada lagi makhluk yang bebal dengan pemikiran macam nie?

    Adakah selepas saya menonton cerita ini, otak saya akan terdetik ‘Yeah, aku mahu murtad dan pakai skirt! Dan aku jugak nak popular dengan baju merah’.

    Entry nie telah saya tunjukkan kepada seorang ustaz, dan dia pon menggelak-gelakkan orang yang menulis entry ini.

    Seriously? Illuminati? Nak tahu?, most yang menonton, bukan sekadar citer Nora Elena, malah citer yang betol2 ada illuminati nie pun tak tahu pon ape tu illuminati. Mereka terus menjalankan hidup mereka sebagai seorang Islam, pergi ke masjid, surau, mengaji dan banyak lagi.
    Then, tiba2 datang orang menulis seperti di blog ini dan nak meyakinkan bahawa mereka telah dipengaruhi unsur illuminati.

    Bagi saya, illuminati atau tak, hanya orang bodoh je yang amik serius apa yang ditonton di televisyen. Orang yang ada mentaliti yang normal, akan tahu baik dan buruk.

    Sudah la.
    Cari idea lain la kalau nak tarik pembaca pon.

      1. itu pandangan dia aje…kate blog? huhuhu..lain org,,lain pendapat!..;) asal kita x lari dari landasan,,sudah…;)

  4. Kebetulan saja tue fatimah! Besides, takkan semua yang pakai merah dan pakai skirt itu dianggap lady in red dan mereka semua nie tak ada pegangan agama yang kukuh, macam tue?

    So sad for you…

    Dan ketika menulis komen ini, saya banyak gunakan huruf “t”. Adakah awak akan menulis tentang saya yang mengagongkan lambang salib pula selepas ini? Hahahaha… Kita tahu huruf “t” itu hampir kelihatan seperti salib, adakah seluruh umat Islam yang menggunakan huruf “t” telah terpengaruh dengan pengaruh orang Kristian?! Haha. Adakah awak mahu kita semua berkomunikasi dengan huruf2 tanpa abjad “t” selepas ini??? Huh.

    See, it’s just coincidence. Skirt itu adalah fesyen dari Barat. Bukan watak dalam drama itu saje yang pakai. And di dunia ini ada insan yang memakai skirt, tetapi amal ibadatnya lebih hebat dari yang berpurdah.

    Merah itu sejenis warna. Warna yang sudah lama ada, sebelum Illuminati dan Freemason tu wujud lagi. Kerana mereka memilih warna merah untuk agenda jahat mereka, kenapa kita pula kita hendak kisah? Biarlah la mereka. Merah itu milik semua. Semua boleh pakai merah.

    Segi tiga pon hanya sejenis bentuk. Mungkinkah harus dibuang dari syllibus matematik untuk pembelajaran anak2 kita di sekolah kerana ia berkaitan dengan illuminati dan freemason?!

    Seth Tan?! Sekadar nama. Ramai yang menyukai watak itu. Tapi adakah nama itu akan disebut dalam doa2 kita? Tak pun. Ketika solat lima waktu pun, nama siapa yang kita baca dalam doa? Dalam azan pon sama.

    Ustaz2 dan ulama2, malah mereka yang arif tentang illuminati ini akan mentertawakan anda dengan entri bodoh begini.

    Malah, orang yang mencipta dan menggerakkan illuminati dan freemason nie pun turut mentertawakan anda. Nak jugak kaitkan benda nie dengan drama tv sebegini? Anda ini penyokong tegar mereka ke ape nie?

    Bye.

    1. ahahahahahahahaaa.. serius doh trolled mamat ni. dia ingat ko cakap pasal iluminati tu dengan serius. haha

          1. adui. tak tahan gelak bc komen2 atas. kalau org yg tk kenal denmat, mmg la akan marah2.

    2. huhuhu..relax lah bro….itu pandangan dia berdasarkan apa yg dia tahu…msg2 ada pendapat msg2….tp,,,statement bro ” And di dunia ini ada insan yang memakai skirt, tetapi amal ibadatnya lebih hebat dari yang berpurdah.” tue mcm salah je… mmg org kata,,,amal baik,,bawa ke syurga…tp,,remember! 1st thing to be hisab adalah : solat(quality and quantity), aurat (sbb ade ayat Al-quran yg menyuruh anak2,,isteri2, menutup aurat)dan para suami supaya x menjdi dayus dan suruhlah mereka menutup aurat,,+ amal ibadah kita… kita pon,,jgn sampai tertipu…sbb tuhan pon suruh kita ambil segala2nya dlm sudut +ve…dan jgn sampai lari dari apa yg DIA suruh… maybe dia ckp mcm tu sbb x nak kita terpengaruh dgn barat… mungkin barat nmpk gah dlm mata pndgn kita,,even dlm quran pon ada tulis:

      ” Jgn sesekali engkau (Muhammad) tujukan pandanganmu kpd kenikmatan hidup yg telah Kami berikan kpd beberapa golongan di antara mereka(org kafir), & jgn engkau bersedih hati terhadap mereka & berendah hatilah engkau terhadap org yg beriman..”
      “Dan katakanlah (Muhammad),Sesungguhnya aku adlh pemberi ingatan yg jelas”
      Sebagaimana (Kami telah memberi peringatan),Kami telah menurunkan (azab) kpd org2 yg memilah-milah kitab Allah(mengambil sebahagian hukum dari al-quran dan menolak yg lain demi kepentingan diri mereka sendiri)”..
      (15:88-90)

      konklusinya,,kita pon,,jgn sampai tertipu…sbb tuhan pon suruh kita ambil segala2nya dlm sudut +ve…dan jgn sampai lari dari apa yg DIA suruh…buang yg keroh,,ambil yg jernih…ok? ;)

  5. Haha
    Sengal la ko denmat
    Ni publisiti murahan nih.
    Kah3x

    p/s: Sapa yang tak kenal penulis blog ini, akan kutuk dia. Kalau kenal dia siapa, akan gelak guling2 je. :D

  6. hahaha kelaka la dinmat. lagi2 pasal iluminati tu. ko tengok orang2 yang tak kenal ko datang dari mana2 tah komen atas ni semua ingat ko cakap serius pasal iluminati tu. haha. diorang ni kena belajar memahami seni sarkastik dengan lebih la. si Omar & Suhaiza tu siap taip panjang gila tu nak komen. dah serupa entri blog baru. ahahaha. lawak doh

  7. sengal denmat..trolling lbey..kan ramai da emo tu..x pasal2 plak aku gelak lbey baca komen2 org yg marah..

  8. Tersengih panjang baca komen2 kat atas. Jaga2 pasni semua discussion kat fb yg sebut pasal illuminati freemason kena screenshot – “pelajar malaysia di mesir beriman dgn kewujudan unsur iluminati” hahaha

  9. bodoh pulak entry nieh… kalaula nbetul ko tak suka pada kajian2 nie jgnla menghina kajian2 dgn artikel bodoh mcm nie…

    1. tapi still boleh pk pjg sikit kot

      cite mcm delaila n samson tu, pernah wonder kenapa die guna watak bible?

      nak kata coincident why it’s correct for both names of the main character. kalau terpengaruh dengan international movie delaila n samson yg byk on air tu.. mungkin pasni producer perlu lebey rajen kot buat homework esp before copy cat any element from any resources

      (selamabe jek ak.. ntah sape2 ntah kritik lebey2 lak =)) )

  10. din mat dan syndrome final exam nya
    din mat dan kekeretipannya mencari populariti.

    syabas atas kajian anda tentang hubungkait NE dan illuminati. tak ramai anak muda yang sedar hakikat ni.

    kita selama ni buta!! ni lah yang saya sedihkan, ramai orang melayu masih denial seperti golongan2 yang komen di atas.

    *muka serius*

  11. bukan terguling-guling sebab baca entry,
    terguling-guling sebab baca komen.
    haha, sapa lah yang tak kenal kak nurin saya ni ^_^
    kih3~

    1. kak kinah, kite baca pun boleh tahu serius ke tak sebab 1st n 2nd tu..
      hahhaaa
      n terkejut jugak lah ade orang emo2 gila, pdahal kak nurin penah je tulis post pasal jgn obses sgt, yg lambang jpa pun illuminati tu.. haha

  12. huhuhuhu..hebat…pandai nk manipulasi pemikiran manusia…rase2nyalah,,,kalau seseorang tu selalu buat solat tahajjud,,,xkan berani dedahkan aurat sampai ke lutut mahupun xpakai tudung….giler penipu! sedangkan mereka2 yg biasa,,masih kira ok lagilah menutup aurat ni,,segan nk bangun tahajjud menghadap Allah,,sbb time ni kita buat solat taubat,,solat hajat, solat zikir,,ini kan org yg byk sgt dosa…Wallahua’lam….tp,,setakat ni,,xpernah saya tgk org bgn tahajjud tp x tutup aurat… jgn main2 bab agama cik abg weih! boleh jadi penyesat ummah! mungkin patot letakkn unsur buat solat tahajjud tu lepas dia taubat…cubalah fikir sendiri….x malu ke kita di hadapan Allah Subhanahu wata’ala…dtg menghadap dia dlm keadaan ingin meminta ampun,,tp masih lagi buat dosa? Nasib baiklah Dia Maha Pengampun Maha Penyayang.. Editor cerita ni patot fikir dahulu kot or minta nasihat ustaz2 ke….boleh jadi fitnah nnt…wallahua’alam…

  13. Pernah jumpa banyak entry sarcasm pasal iluminati. dan saya anti manusia taksub iluminati. tapi saya jugak x faham kenapa kita perlu buat entry sarcasm begini. what’s your point? untuk menggelakkan orang yang ingat ini entry betul dan serius?

    1. erm, ape tujuan perenggan “kenyataan Presiden PERUBATAN” di atas?
      sekiranya anda kenal siapa Presiden dan apa itu PERUBATAN, maka anda akan sedar bahawa entry ini hanya untuk bacaan kalangan terdekat ;)
      kalangan terjauh yang membacanya? terpulang. respon mereka menarik, bukan untuk digelakkan.

  14. funny, some ppl took serious about this articel. for those who doesnt know the writer; he only wrote this just for fun. in fact he, he love the drama. but still, some of the point make sense XD

  15. bila dah tulis blog, mestila ramai baca. nak buat kalangan terdekat buat la private. entry sarcasm macam ni boleh mengelirukan orang. kalau nak komen pasal drama, komen je la tak payah nak kaitkan pasal iluminati. dah la buat entry sarcasm pun tak pandai. where’s your bahasa sarcasm keterlaluan konon-kononnya itu. lebihnya entry salah informasi dan penipu orang ramai untuk naikkan trafik. tak lawak pun la benda ni. hentikanlah entry sarcasm merapu macam ni.

    1. LOL, anda perlu membaca ini dan ini; 2 entry yang tak pernah naik trafik walaupun tak lawak serta merapu. mungkin juga anda perlu membaca ini.

      blog ini menerima 20 kunjungan sehari, ape gune private?
      bila bengang orang selalu kata: kalau kalangan terdekat buat private la.
      bila tak bengang tak pernah pun kata sedemikian.

      blog ini tak popular hokeh, anda perlu salahkan blog ini kerana menyebarkan entry ini dengan niat serius. mungkin juga boleh tuduh blog tersebut mencuri kepopularan kerana bilangan Share yang lebih banyak. cheers ;)

  16. salam… sebut pasal cite nora elena ni, memang best ler jalan cerita nya… pastu, banyak lagi ler y best pasal cite ni… namun, dalam masa y sama, ada gak y xberapa best… antaranya,ia disiarkan pada pkul 7 smpai pkul 8 mlm… aduh!!! bukan ke tu time solat maghrib… so, demi setianya para peminat cite nora elena, ramai y snggup tggu smpai pkul 8 untuk tgk cite tu smpai hbs… pastu baru solat maghrib… hmmm pakat pikiaq lah.

    1. aoron ada tweet, sounds like this

      ‘nora elena nora elena juga. solat magrib jangan lupa’

      =D

  17. hahaha..masing2 ada masalah sendiri..lu pikir la sendiri..lu bwt ape..time biler.. yg x nampak cume mater org je..xde maknenyer seme ni..nk tgk tv.. tgk jela..apela..

  18. Menarik benar komen2 yang panjang berjela-jela di atas.

    Hakikatnya cuma satu.
    Pegang kepada cara hidup anda yng Muslim.
    Kalau anda benar2 Muslim dan hamba-Nya, kita pilih untuk menjadi hamba-Nya setiap masa.

    Konklusinya, bukan setakat cerita Nora Elena sahaja yang tidak perlu ditonton, banyak lagi cerita2 lain kan…movie2 korea tu, jepun sana-sini.

    Dan prinsip yg saya pgg, bila kita lihat sesebuah drama atau apa jua movie yg ditayangkan, pilih dgn mata hati, bukan nafsu. Lepas tgk, ambil ibrahnya.

  19. post menarik, maybe sarkastik tapi certain point macam boleh pakai.
    maybe lepas ni boleh buat post/research pasal illuminati & kpop? or even illuminati & snsd.
    you gonna be surprise when you do google search snsnd illuminati or kpop illuminati.

    1. illuminati is psikologi.
      mungkin tujuan asalnya keji namun begitu ia telah meresap ke dalam budaya menjadi sebahagian daripada budaya kita.
      sama seperti budaya hindu, sama seperti pemakaian barat, sama seperti pizza dan burger.
      sama seperti orang Melayu unconciously memasukkan unsur2 Islam dalam drama atau filem (walaupun ia tidak sempurna)
      those in music is influenced by hundreds of culture variation, unconsciously memasukkan unsur terbut dengan sangkaan – ia menarik. sudah lupakah kita terhadap AJL yang lalu?

      pendek kata: illuminati is a joke. salah satu hiburan dalam dunia ni. not worth researching.

      1. salam, saudara semua perlu tahu dari perkara2 remeh itulah akan menjadi trent kepada remaja2 sekara bagi meninggalkan agama……kalau sekarang masih tiada apa2, nanti akan lebih parah jika unsur2 yng ada dalam drama itu akhirnya mengheret masyarakat supaya menjadi satu msyarakat yang nasionalisme(semua agama adalah sama, tiada beza) maka jika itu terjadi orang ramai tidak akan kisah tentang hukum agama lagi……itu yang diinginkan oleh freemason ……sedangkan peraturan Allah itu wajib diikuti…..

  20. yang mereka mahukan adalah fikiran kita, jika fikiran sudah dikuasai maka hati ini tidak ada guna lagi kepada Allah kerana tiada keihklasan…..sebab itu kita kena nilai secara halus tentang sesuatu perkara.

Komen di sini, bukan di tempat lain