Gay Berpaksikan Iman

Sekiranya anda peminat novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta Warkah Cinta Berbau Syurga yang berlatar belakangkan negara Arab, juga meminati karya thriller Ramlee Awang Murshid, juga meminati genre shounen-ai atau yaoi atau bahasa bakunya gay, dalam masa yang sama memiliki kesedaran agama yang tinggi, novel ini pastinya untuk anda.

Sinergi, karya Hilal Asyraf merupakan hadiah daripada kak Siti Khairunnisa sewaktu pulang evakuasi dahulu. Mulanya saya sengaja memilih item yang mahal supaya beliau teragak-agak dan membatalkan hasrat untuk memberi saya hadiah, tapi akhirnya beliau membayar juga harga buku tersebut. Nasib la kan. Terima kasih kak Nisa :) Lebih memelikkan lagi novel ini tidak mengandungi autograf penulis, tapi penyanyi nasyid.

Berlatar belakangkan Jordan, novel ini mengisahkan persahabatan Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi dalam mengharungi konflik di sekeliling mereka. Kata kunci dalam novel ini sudah tentu “Keimanan Adalah Paksi”, yang berjaya mematahkan serangan demi serangan daripada Disaster Five yang membuat onar. Konflik novel ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran mastermind ataupun bos level tertinggi iaitu Secret. Kewujudan Disaster Five dan Secret mengingatkan saya kepada Magnificent Seven ciptaan Hlovate dengan mastermind bos level tertinggi iaitu Addin dalam novel Tunas.

Hilal Asyraf menggarap dengan baik plot dan babak dalam novel ini; ada permulaan, kesinambungan, klimaks, peleraian, ada unsur saspen dan penerangan tentang setiap tindakan. Budaya, suasana dan sistem pelajar di Jordan juga dihuraikan dengan terperinci untuk pembaca yang tidak tahu apakah-itu-Jordan memahami latar cerita.

Namun begitu anda perlu bersedia untuk menghafal lebih daripada 50 nama watak yang menjadi hiasan cerita ini, 80% daripadanya hanya muncul sekali atau dua kali; permulaan dan pengakhiran. Sekiranya anda tidak hafal, sudah tentu anda akan gagal mengaitkan watak dengan babak yang sedang dimainkan.

Daripada respon teman di sekeliling saya juga, anda perlu bersedia dengan babak-babak berunsurkan gay dalam novel ini atau anda akan muntah lalu tidak sanggup untuk meneruskan pembacaan. Samada Rasyid Zakwan dan Irfan Hakimi benar-benar gay ataupun sebenarnya kami semua yang geli geleman untuk melakukan aksi mereka itu dalam dunia realiti. Bagi mereka yang benar-benar gay di luar sana, novel ini bakal membantu anda menjadi gay sebenar berpaksikan Iman.

Teknik gay dalam novel ini mengingatkan saya kepada konsep One True Pairing (OTP) dalam dunia fandom di mana peminat biasanya menggandingkan 2 watak untuk menjadi suami-isteri ataupun pasangan kekasih ataupun Best Friend Forever (BFF). Konsep OTP ini tidak terhad kepada manga dan anime tapi juga kepada kumpulan muzik dan drama. Kewujudan OTP ini akan menjadi asas kepada Fan Fiction (Fanfic) yang menggandingkan watak-watak tersebut sebagai protagonis cerita.

Sekiranya anda pernah menonton drama You’re Beautiful, anda akan memahami konsep ini yang dijelaskan melalui episod 14, Fanfic cinta 3 segi antara TaeKyung-ShinWoo-Jeremy (Klik gambar di bawah untuk cerita penuh). Ataupun sekiranya anda seorang SoNE tegar anda pastinya mengenali Royal Couple dan Triplet Pair.

Berbalik kepada novel Sinergi, keseluruhannya novel ini layak untuk diberikan 8/10 bintang. Tidak membosankan, tidak meleret-leret dan berjaya menyampaikan isu dan persoalan. Recommended.

IKLAN!
1. Perlumbaan terhebat untuk memenangi iPad 2!
2. Which Smartphone are you? Ask Celcom!

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

7 thoughts on “Gay Berpaksikan Iman

  1. Yo taiko!tnya pndpat skit…ada tak cite korea (berunsurkan medik) yang best,selain dr sbdh,atau new heart,kepingin sgt nak tengok nih ;p tq

    1. thumbs down sebab luar tajuk! hik3

      kalau minat setting zaman dulu, try Jejungwon
      yang latest budak2 ni stadi round OnG sambil tengok drama ObGyn – tapi belum tengok taktau OK ke tak.
      yang terbaru Sign – pasal forensik tapi belum tengok so taktau ade kaitan ngan medic atau tak.

  2. ape plak gay.. mane ade gay mcm tu..ape la ko ni.. ko kne bezakan gay ngan bersahabat.. kesian..

    1. “orang barat tidak pernah faham ukhuwah kerana Allah” penyampaian karya Hilal Asyraf harus dihargai dan dihayati kerana BERUSAHA membawa keadaan islam yang sebenar seperti zaman Rasulullah berdakwah dahulu.

      benarlah hadis berbicara dan bukti terlihat ketika ini

      Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

  3. honestly, aku pun geli geleman baca part irfan dengan asid berkasih-kasihan. sumpah! aku bayangkan ade ke sahabat macam ni. aku cube bersangka baik, tapi hubungan diorang macam melampau lah pulak kan.

    lagi 1, nama masing2 panjang sehhhh. first2 aku cuba ah try ingat a few, tapi lepas beberapa helai aku selak, nama panjang cam hape je, aku terus skip mane2 part yang disenaraikan nama2. bajet aku nak bace la panjang2.

    oh yes, sinergi tends to be draggy masa first2. bosan tahap dewa. tapi lepas 4, 5 bab baru cerita start develop dengan optimum pace. bahasa hilal asyraf agak hambar.

    1. aah, setakat ni baru baca satu buku Hilal Asyraf, maka berdasarkan Sinergi memang bahasa beliau bahasa “lelaki”. nanti akan cuba tengok buku lain kalau-kalau bahasa beliau bervariasi =)

Komen di sini, bukan di tempat lain