PENGENALAN
Program Sambutan Mahasiswa Baru biasanya mempunyai satu slot untuk JAKSI, dan sebelum ini pengenalan tentang JAKSI didahului dengan tayangan video Hisbah the Movie yang diterbitkan PERUBATAN Cawangan Mansurah kira-kira 2-3 tahun yang lalu (sekitar 2008-2009).
Disebabkan PERUBATAN memiliki jawatankuasa yang dinaiktaraf iaitu Jabatan Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) maka menjadi satu keperluan kepada satu video baru supaya kekal cakna dengan perubahan terkini.
CABARAN
Video ini secara jujurnya satu cabaran bagi diri saya sendiri. Pertama sekali saya tidak pernah merakam video berbentuk filem atau cerita. Tiada pengalaman merupakan satu cabaran dalam proses rakaman dan suntingan akhir.
Kedua, Tuan Pengarah dalam kesempitan waktu untuk pulang ke Malaysia. Sangat bernasib baik kerana beliau berjaya menunda penerbangan, memberikan lebih kurang 2 minggu untuk menyelesaikan proses penggambaran. Kekangan yang lain adalah pencarian pelakon.
Bulan Ogos merupakan bulan Ramadan, menyebabkan agak sukar untuk mencari masa merakam babak pada malam. Ditambah pula dengan kelas agama, program lain, menambah kesukaran masa. Ditambah pula video ini banyak menggunakan isu kontroversi di Mesir berkenaan hubungan lelaki perempuan maka ia bukan suatu pekerjaan yang mudah.
Lebih mencabar lagi, pihak produksi cuma mempunyai plot jalan cerita tapi semua skrip dan aksi dirancang sejam sebelum rakaman di lokasi penggambaran bersama pelakon-pelakon. Lokasi yang sentiasa berubah menyebabkan kami terpaksa mengambil langkah sengal ini.
KONTROVERSI
Saya menjangkakan video ini bakal mengundang respon negatif daripada golongan konservatif agama disebabkan beberapa babak. Antaranya babak kekasih yang berjaya dilakonkan dengan sweet oleh pelakonnya. Respon awal yang lain adalah berkenaan aurat. Tapi kalau akhawat tudung labo berlakon couple nanti penerbit dituduh memfitnah golongan agamawan melakukan maksiat pula kan? Serba salah jadinya.
Kedua adalah sikap watak musyrif dalam video ini yang sambil lewa hingga menyebabkan akhawat diraba dan kerjanya suka mengampu seperti KJ Boboi mungkin menjatuhkan sedikit kredibiliti JAKSI sebagai ejen perisikan rahsia PERUBATAN.
Saya sangat berharap agar penonton berfikiran positif agar tiada kontroversi sia-sia timbul. Kalaupun timbul, hanya sebagai gimik dan gurauan semata-mata. Mana tahu ada yang ingin menjodohkan watak couple dalam video ini ke, haha.
PENUTUP
Kualiti video ini bagi saya 5/10 bintang – tiada nilai estetika, tiada unsur dramatik yang menambah mood, banyak shot yang seolah-olah tiada kesinambungan dengan aksi dalam shot sebelumnya, komposisi shot yang tidak kemas dan jalan cerita direct tiada twist.
Video ini hanya sesuai dijadikan video rancangan TV Pendidikan di TV2 dan tidak mungkin diterima masuk dalam Cerekerama Tv3.
Tapi apa-apa pun saya tetap berpuas hati dengan hasilnya.
Penghargaan kepada semua pihak yang terlibat – pengarah yang tidak tidur malam menghasilkan prop, pelakon-pelakon yang menghabiskan masa 4 jam di lokasi untuk satu babak, terutamanya akhawat yang sanggup berlakon pada jam 1 pagi, serta semua yang menyumbangkan idea serta nasihat dalam penghasilan video ini.
“Kalau kita tak jaga akhawat kita, siapa lagi nak jaga kan?”
Mungkin kalau ada masa kita boleh rancang Video Pengenalan UBM pula selepas ini ;) tapi kena ada pelakon la kan :P
IKLAN!
Bagaimana menjadi kacak dan cantik seperti pelakon-pelakon dalam video ini. Hanya 3 langkah.