Coklat Untuk Kekasih

Minggu lepas tengah melantak biskut koko tiba-tiba teringatkan seseorang. Maka saya pun membuka profile Facebook beliau dan terperasan hari lahir beliau seminggu lagi. Secara kebetulan CEO syarikat coklat terbesar di Malaysia, kak Illa sedang online maka tiba-tiba perangai gila datang nak bagi coklat dekat beliau. Lagipun coklat kak Illa ini 100% halal, 100% customizable ikut citarasa, mempunyai aura air tangan keibuan dan dijamin berkualiti tinggi. Sedap atau tak saya tak tahu sebab belum try kot?

Maka dipendekkan cerita saya tanyalah itu ini bagaimana kalau nak tempah coklat daripada beliau dan belajar benda-benda yang pelik, biasalah bukan hantu BELI coklat walaupun layan MAKAN coklat.

Hek3 kelebihan adik-beradik ramai lelaki dan perempuan ini anda boleh bergaduh dengan adik lelaki seperti rakan dan dating dengan adik perempuan seperti kekasih. Kelemahannya pula anda mungkin terbiasa dengan ikhtilat dan gejala sosial yang keterlaluan hingga terbawa-bawa dengan orang lain :P

Selamat Hari Lahir untuk Nurul Hafizatul Syafiqah, 22 Oktober 1990. Macam pelik tulis KAKAK tapi beliau tak suka orang panggil kak long atau kak ngah, haha.

Jangan lupa Like Facebook Nur’s Chocolate ini dan menempah daripada beliau untuk majlis hari lahir, perkahwinan, perasmian program dan sebagainya. Saja suka-suka nak mengorat beliau pun boleh :P Harga sangat berpatutan dan penghantaran dibuat ke seluruh dunia.

IKLAN!
Iklan Petronas biasanya best, try tengok iklan Deepavali yang latest ini. “What does it take to create a better life?”

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

2 thoughts on “Coklat Untuk Kekasih

Komen di sini, bukan di tempat lain