Adaptasi Karya RAM

Musim nak exam ini nak menghilangkan STRESS kita terpaksa membebel seorang diri dalam blog yang tidak berpenghuni. Kalau membebel dalam facebook banyak komen yang merangsang nafsu untuk Reply. Haha.

Minggu ini baru selesai menonton Ombak Rindu. Sudah lama download tapi tak tertengok sebab sedang demam marathon cerita Cina. Penghujung tontonan saya menangis meraung menghantuk kepala ke dinding kerana filem ini gagal mencapai expectation. Bukan sahaja expectation saya sebagai salah seorang pembaca Novel malah selaku seorang penonton Filem.

Ini menyebabkan saya bertambah yakin novel tidak seharusnya difilemkan, tapi adalah lebih baik untuk didramakan.

Novel mempunyai plot tersendiri yang membina watak. Juga banyak adegan-adegan penting, konflik yang menjadi kunci kepada jalan cerita. Bermakna Filem tidak mampu untuk menyediakan platform ruang masa yang cukup untuk perkara-perkara ini. Saya melihat filem Ombak Rindu ini disumbat dengan babak konflik hingga menyebabkan penonton merasa cerita ini sangat laju dan lebih buruk lagi, tiada kesinambungan antara scene. Terputus dan tiba-tiba. Filem ini semata-mata sebagai halwa mata dan imbasan memori sedekad lalu kepada peminat novelnya. Ini sungguh failed.

Maka apabila trend adaptasi Novel ke Filem ini mula berkembang, saya selaku pembaca setia Ramlee Awang Murshid (RAM) sangat teruja untuk melihat karya beliau menjadi live-action, walaupun terselit sedikit kerisauan masterpiece RAM ini akan gagal juga seperti filem-filem yang pernah saya tonton.

Karya-karya RAM merupakan karya yang kalau diterjemahkan kepada live-action, bakal mengubah corak industri motion-picture di Malaysia. Namun begitu, kehebatan karya beliau menyebabkan ia sukar untuk difilemkan. Terutamanya dari aspek kos.



Kalau Trilogi SunanBagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta (Saya mengambil Trilogi kerana bagi saya, novel yang seterusnya tidak berkaitan dan merupakan spin-off), dipenuhi dengan unsur Kesultanan Melayu Melaka dan efek pertarungan yang saya rasa walaupun tidak mustahil untuk difilemkan, lebih-lebih lagi setelah terhasilnya Merong Mahawangsa, tapi berjayakah pembuat filem mereka cipta semula pertarungan dan latar dalam novel agar tidak menghancurkan imaginasi pembaca selama ini? Maka harapan untuk melihat filem Trilogi Sunan agak kabur-kabur.

Next in line adalah Mandatori. Novel ini agak ringan dan mudah untuk difilemkan kerana unsur ingin-tahu yang diterapkan dalam novel ini adalah beberapa personaliti berbeza nama dalam satu watak yang sama, menyebabkan pembaca pada awalnya tidak mengaitkan mereka. Kalau difilemkan, mengambil kira semua personaliti tersebut dipegang oleh watak yang sama, sudah hilang satu unsur saspen. Mungkin boleh menggunakan banyak watak atau memori Bogort Bogart diolah dengan teknik kamera yang lebih sesuai. Sudah tentu seronok melihat adegan bunuh-membunuh, seolah menonton Bourne versi Malaysia :P

Seterusnya adalah ADAM, kisah penembak tepat bernama Hilman yang memburu Presiden Amerika. Sudah tentu menampilkan lokasi luar negara yang saya rasa tidak mustahil dan adalah perkara biasa, disebabkan lambakan drama Melayu dilakonkan di luar negara sekarang. Cuma mungkin adegan terrorist di KLCC perlu diolah semula, dan perlu menggunakan ramai pelakon luar negara. Cuma saya tidak tahu kalau menggunakan watak Presiden Amerika kontroversi atau tidak, haha.

Trilogi Tombiruo pula – Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, perkara perlu diberi perhatian adalah watak Ejim yang bertopeng dengan pedang pusaka serta kelincahan beliau dalam hutan. Wajah bukan-manusia beliau mungkin tidak perlu untuk difikirkan kerana beberapa adegan topeng beliau ditanggalkan boleh sahaja dilakonkan dengan teknik kamera tanpa menampakkan wajah. Juga kemahiran beliau menjinakkan haiwan sudah tentu memerlukan bantuan kepakaran. Jika elemen ini tiada, maka bagaimana mahu menonjolkan kehebatan legenda hutan si Tombiruo? Juga bila disebut Trilogi, mestilah 3 buah filem. Kalau tidak takkan puas menonton bagaimana konflik cinta, pertukaran hero dan bagaimana kesudahan legenda Tombiruo tersebut, hik3 (dulu ada pengumuman tentang Tombiruo difilemkan tapi saya tidak tahu progress-nya bagaimana)

Dengan trend adaptasi Novel sekarang yang lebih berbentuk cinta, saya lebih cenderung kepada Satu Janji sebagai permulaan untuk menumbuhkan kepercayaan peminat terhadap kemampuan pengarah menterjemah novel-novel RAM. Setting, latar dan keperluan yang hampir sama dengan filem/drama yang lain, cuma mungkin lebih dramatik dengan adegan bunuh dan tembak menembak serta sindiket dadah. Juga adalah sangat comel melihat Luqman memikat isterinya dan bagaimana Adelia memujuk suaminya. Sangat direkemen sebagai permulaan kalau ingin diadaptasi.


Akhir kata, dalam adaptasi Novel ke Filem, banyak faktor perlu dipenuhi. Antaranya kehendak peminat Novel untuk melihat adegan filem sama dengan adegan Novel. Juga keinginan mereka untuk melihat adegan-adegan menarik dalam Novel ditukar kepada live-action. Namun begitu, keperluan penonton Filem yang tidak pernah membaca Novel juga masih perlu dipenuhi.

Maka, seharusnya skrip menitikberatkan olahan semula plot tanpa menukar jalan cerita dan kemungkinan untuk membuang plot yang menarik tapi dirasakan tidak penting untuk Filem. Dengan ini jalan cerita tidak tersangkut-sangkut, smooth dan menarik minat penonton. Ataupun lebih mudah, drama panjang 26 episod. Haha matilah nak fikir skrip memanjangkan cerita.

Kelemahan terbesar cerita Melayu adalah efek dan aksi yang sudah tentu melibatkan kos. Maka perlulah ditampung dengan kekuatan jalan cerita.

Sokonglah industri hiburan Melayu, juga jangan lupa membaca buku Melayu.

p/s: hey hey Fiksyen 302 belum dibeli, siapa nak belanja? ;)

IKLAN!
Selamatkan hidupan laut. Kalau tidak, bagaimana anda hendak snorkeling dengan teruja? Klik link ini.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

7 thoughts on “Adaptasi Karya RAM

  1. Saya pun salah seornag peminat setia RAM… termasuk adik-beradik saya. Saya setuju dgn ada. Sekarnag adalah musim adaptasi dari novel. Kadangkala saya terfikir… kenapalah novel RAM tak pernah diambil perhatian oleh pengarah dan penerbit untuk difilem @ didramakan? Tapi, ada karya RAM yg didramakan. Tajuknya Pei Pan. Tapi saya tak pernah tegok cerita tu. Disiarkan di TV1 sekitar 05-06 gitulah. Novel tu pun, bukanlah terbitan ALaf 21, klu x silap saya Utusan Karya.

    *Dlm byk-byk karya Ramlee, paling BENCI dgn Tombiruo Terakhir. Tan Sri Nasir dlm cerita tu… bongkak sgt!
    *Karya RAM yg paling saya suka ada 2… mandatori n Mikhail. Yg lain2 tu pun oklah jugak.

    1. orang kata, watak novel RAM ini selalunya tidak sempurna. walaupun bongkak tapi berjaya memikat Wan Suraya. tidak jahat dan tidak baik, di persimpangan. ini adalah salah satu keistimewaan novel beliau yang menonjolkan real life :)

      Pei Pan memang pernah diadaptasi tapi gagal ditonton sebab waktu dan channel siaran yang tidak sesuai, haha

  2. Dah ada tak orang nak belanja Fiksyen 302? Kalau tak ada lagi, orang boleh belikan kalau terjumpa ;)

  3. hmmm…bagi saya kalau nak buat tombiruo sebagai film..saya tak sanggup kecewa sepertimana kecewa dengan ombak rindu…kalau karya RAM nak difielmkan pun…citer satu janjilah yang paling sesuai……saya taknak gambaran saya terhadap Ejim rosak akibat difilemkan dengan bajet yang paras buku lali…

  4. Salam. Tombiruo memang akan difilemkan kata Eyman Hykal pada aku pada satu sesi makan tengah hari. Malah dia yang akan memantau lakon layar filem itu. Pengarahnya adalah Nasir Jani. Cumanya melihat rekod Nasir Jani tu, aku tak pasti dia boleh bawak dengan baik atau tidak filem Tombiruo tu. Aku juga tak berapa pasti dia adalah pengarah yang sesuai atau tidak. Konsep debar Tombiruo tu sebenarnya aku lebih suka diwayangkan oleh Bade Hj Azmi.

    Eyman Hykal adalah bekas editor Alaf 21 dan juga bekas editor Ramlee Awang Murshid. Sekarang bertugas di Sinar Harian. Juga seorang novelis.

Komen di sini, bukan di tempat lain