Tidak lama lagi akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN ke-8, secara ringkasnya MAT-8. Memandangkan kali terakhir kita bermesyuarat (MAT-7) adalah pada tahun 2010, maka suka untuk saya menceritakan kembali beberapa perkara. Sepatutnya MAT-8 diadakan pada tahun lepas (2011) tapi dibatalkan kerana Revolusi Mesir dan program Evakuasi Piramid. Maka saya menjangkakan mereka yang berpengalaman menghadiri MAT adalah Tahun 4 ke atas (2010 mereka berada di Tahun 2).
Mungkin Tahun 3 pernah menghadiri Mesyuarat Tahunan Kaherah kali pertama (MTK-1) pada penghujung 2010 (mereka berada di Tahun 2 waktu itu) tapi suka untuk saya tegaskan di sini bahawa MAT dan MTK sepatutnya berbeza. Sebab MTK adalah bersifat Kaherah manakala MAT adalah bersifat Mesir.
APA ITU MAT?
Mesyuarat Agung Tahunan adalah program terakhir dalam satu sesi pentadbiran. Sebelum ini kita mengadakan MAT pada penghujung tahun (Nov-Dis) sebelum ditukar kepada cuti musim sejuk (Jan-Feb) mulai 2010 sewaktu penghujung sesi pentadbiran 2008/09/10. (Jangan hairan kalau orang menyebut sesi tersebut dengan 3 tahun, mereka sememangnya memerintah selama setahun lebih di bawah kepimpinan abang Wafi Arshad.)
Secara ringkasnya dalam MAT akan diadakan ucapan dasar Presiden, pembentangan laporan setiap Biro, pembentangan pindaan Perlembagaan (dalam MAT yang lalu) dan perbahasan Usul. MAT juga menjadi titik peralihan pentadbiran sesi sekarang kepada sesi baru yang telah dilantik dalam Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN Disember lalu.
SIAPA YANG LAYAK MENGHADIRI MAT?
Secara umumnya semua ahli yang layak mengundi dalam pilihanraya, layak menghadiri MAT. Namun begitu, disebabkan PERUBATAN mempunyai 36,974 orang ahli maka adalah tidak logik untuk mengumpulkan walau separuh daripada mereka untuk bermesyuarat. Maka kuorum ahli matang yang layak menghadiri MAT akan ditentukan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan (JMAT) dan mereka akan digelar sebagai Perwakilan. (Perlembagaan, Fasal X, Perkara 10)
Perwakilan layak untuk menghadiri MAT dan turut serta dalam perbahasan. Mereka juga layak mengundi sekiranya diperlukan, contohnya dalam perbahasan Usul. Maka harus diingat bahawa Perwakilan adalah suara ahli. Bukan sekadar datang membawa agenda persendirian tapi harus juga datang membawa agenda dan isu ahli yang tidak dilantik sebagai Perwakilan.
Kalau saya tidak terpilih sebagai Perwakilan, bolehkah saya menghadiri MAT? Kalau saya Tahun 1 yang tidak layak mengundi dalam pilihanraya, adakah saya hanya perlu tidur di rumah? Jawapannya, anda boleh menjadi Pemerhati. Pemerhati layak menghadiri MAT tapi tidak layak berbahas dan mengundi Usul. Maka datanglah melihat drama-drama MAT yang saya selalu lihat, mungkin anda boleh bergelak ketawa bersama saya :P
USUL?
Apabila disebut Mesyuarat Agung Tahunan, rata-rata ahli fokus pada slot perbahasan Usul. Apakah itu Usul?
Usul secara ringkasnya adalah segala perkara yang bakal mengubah Perlembagaan samada menambah, meminda atau menghapuskannya. Sesuatu Usul dianggap lulus setelah diundi oleh 2/3 Perwakilan. (Perlembagaan, Fasal XXXIII)
Usul dalam MTK dan MAT sedikit berbeza kerana MTK yang bersifat Kaherah (sama seperti Cawangan) menambah definisi lain iaitu dasar dan gerakerja persatuan serta cadangan kepada masalah kritikal dalam persatuan. MTK lebih menekankan Usul yang bersifat begini kerana Usul berkaitan Perlembagaan lebih sesuai dibahaskan dalam MAT. Ini juga menjadi sebab kenapa setiap patah perkataan dalam Usul boleh dibahaskan kerana ia berkaitan dengan Perlembagaan.
Maka, perkara ini perlu diberi perhatian oleh Lembaga Penasihat yang akan menapis Usul dalam MAT supaya tidak terkeliru, juga kepada ahli supaya tidak memberi Usul yang salah.
Secara peribadi, saya menganggap slot perbahasan Usul adalah tidak penting kerana yang lebih utama adalah gerakerja persatuan yang dibincangkan dalam slot Muhasabah. Lagipun, PERUBATAN jarang merujuk Perlembagaan dalam tindakan mereka. Contohnya, dalam Perlembagaan, Fasal XXXI, Perkara 3, menulis “PERUBATAN tidak menggalakkan akhawat berjalan ke tempat yang jauh” tetapi masih dengan rakusnya membuat jaulah akhawat ke sana ke mari kah3 #troll. Juga Perlembagaan, Fasal XIII, Perkara 2, menulis “Lembaga Penasihat dilantik daripada bekas AJKT atau senior berpengalaman” tapi tidak pernah melantik Pemenang al-Fansuri, senior berpengalaman terhebat pernah saya kenali, sebagai Penasihat kah3 #troll lagi.
Nota: Penyerahan Usul telah dibuka sehingga 19 Februari 2012, maka bolehlah mula menyemak Perlembagaan PERUBATAN. Waktu ini barulah nak baca kan? Sebab itu saya kata slot Usul tidak penting!
MUHASABAH
Saya menganggap slot ini adalah perkara yang paling penting dalam MAT tapi sering diketepikan untuk memberi laluan kepada Usul.
Muhasabah adalah slot setelah selesai pembentangan laporan aktiviti dan kewangan PERUBATAN. Inilah masanya untuk bersoal jawab dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT) secara terbuka setelah setahun mentadbir persatuan. Inilah masanya untuk melihat apa yang telah dilakukan AJKT yang anda telah undi dalam pilihanraya. Namun begitu slot ini sering disia-siakan.
Laporan aktiviti dan kewangan semua Biro akan dimuat naik selewat-lewatnya 7 hari sebelum MAT (Perlembagaan, Fasal X, Perkara 7). SEMUA AHLI perlu cakna dengan laporan ini supaya sebarang keraguan boleh diajukan sewaktu muhasabah. Jika anda bukan Perwakilan, maklumkan kepada mereka sebagai wakil anda. AJKT pula perlu bersedia untuk menjawab soalan dengan berhemah supaya ahli berpuas hati, bukannya merahsiakan maklumat dengan alasan dokumen sulit ataupun alasan remeh temeh Timbalan sibuk dengan urusan kahwin.
Saya kira banyak perkara yang ahli tidak tahu tentang AJKT dan PERUBATAN. mediaPERUBATAN tidak melaporkan konflik dalaman, krisis ekonomi, ataupun isu lain yang mengguris imej AJKT, kerana mediaPERUBATAN adalah media kerajaan! Saya tidak perlu sebutkan berapa banyak berita yang disekat oleh AJKT daripada disiarkan, belum lagi bercerita berapa banyak isu yang kami tidak siarkan kerana tiada respon daripada AJKT dan Organisasi terlibat. Maka ini adalah peluang anda untuk menyerang mereka. Manfaatkan sebaik-baiknya.
CADANGAN
Ada orang tertanya-tanya, kalau Usul hanya berkaitan Perlembagaan, maka bilakah ahli boleh memberi idea-idea bernas? Slot Cadangan adalah jawapannya. Namun begitu, saya rasa slot ini akan diganti kepada Cadangan Bertulis yang diisi dalam kotak di luar dewan XD.
Maka saya mengharapkan agar JMAT tahun ini membuka ruang kepada Perwakilan untuk membawa isu polisi, dasar dan gerakerja PERUBATAN tidak kiralah samada diadakan semula ruang Cadangan ataupun dimasukkan bawah slot Muhasabah. Ini disebabkan pernah berlaku cadangan Perwakilan dipotong oleh Pengerusi Sidang sewaktu slot Muhasabah kerana ‘tidak berkaitan dengan laporan aktiviti dan kewangan‘. Bagi saya perkara ini adalah lebih penting untuk dibincangkan kerana walaupun tiada undian, tetapi mungkin ada sedikit hasil daripada 4,765 kepala Perwakilan yang hadir memberikan pandangan selama 15 minit. Perlembagaan, Fasal X, Perkara 4, Ceraian 2 mungkin perlu diambil kira dalam hal ini.
TUMPUAN MAT-8 KALI INI
Saya telah menyemak semua laman web Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) tapi tidak bertemu dengan hasil MTC mereka yang mungkin boleh dibawa dalam MAT-8. Mungkin saya terlepas pandang maka silalah komen link-link berkaitan untuk rujukan.
Peringkat Kaherah sudah tentu tumpuan saya pada isu PERUBATAN Cawangan Kaherah (PCK) yang hangat dibincangkan dalam MTK-1 yang lalu. PCK adalah Usul yang mempengaruhi Perlembagaan, Fasal XXX, Perkara 3. Penubuhan PCK dianggap satu langkah penting dalam menyelesaikan kemelut PERUBATAN Pusat dan Cawangan, serta membuka ruang kepada gerakerja yang lebih fokus dalam pentadbiran Kaherah yang selama ini dipegang oleh PERUBATAN Pusat yang juga menjaga seluruh Mesir. (Ulasan saya di sini)
Cuma untuk #troll sekali lagi, cubalah anda sebut perihal Biro Ekonomi (BiKon) dalam MAT-8; bagaimanakah prestasi jualan barang. Kadang-kadang kita nampak PERUBATAN untung LE 3 juta tapi sedarkah anda bahawa LE 3 juta itu bukan daripada BiKon? Cubalah tanya stok yang hangus, tidak laku, kerugian bersih, dan sebagainya. Mungkin ada muhasabah yang boleh kita buat dari segi ekonomi PERUBATAN.
Juga mungkin dengan kepulangan 2,378 graduan perubatan Mesir pada tahun hadapan, adakah PERUBATAN akan menubuhkan alumni mereka (seperti yang disebut dalam ikrar resolusi Seminar Perubatan Ketiga: Profesionalisme) dan apakah kesan alumni ini kepada pelajar perubatan di Mesir, dan mungkin juga terhadap pengamal perubatan lepasan Mesir di Malaysia. Isu ini nampak lambat lagi tapi sebenarnya perlu dibincangkan mulai sekarang kerana Seminar Perubatan Ketiga telah berlalu lebih setahun.
Saya juga mengalu-alukan muhasabah Biro Penerbitan & Penerangan terutama semua perkara berkaitan laman web PERUBATAN. Kalau saya berselera menjadi Perwakilan bolehlah saya jawab di depan dengan mikrofon. Kalau tidak, saya serahkan kepada Exco berkanibal Ridzuan dan Humairah ;)
Sekian sesi merapu kali ini. Jangan klik Like, nanti saya lempang. Klik IKLAN Nuffnang di atas ini sahaja.
“disebabkan PERUBATAN mempunyai 36,974 orang ahli”
Macam mana bil ahli boleh digandakan sebegitu rupa?
BPP la paling jarang dimuhasabah sebelum ini, kot?
BPP telah ditubuhkan mulai sesi 2007/08 maka baru masuk MAT dua kali (MAT-6 dan MAT-7). Jadi, tak bolehlah nak kata ‘jarang’, haha.
Sesi 2007/08 saya kira adalah sesi peralihan. Masa untuk mencuba segala benda untuk melihat kemampuan dan apa yang boleh dilakukan oleh BPP. Sesi ‘brainstorming’ mungkin. Maka banyak lubang di sana sini. Sesi 2008/09/10 adalah sesi kemaskini semula segala ‘brainstorming’ yang dibuat supaya lebih tersusun dalam organisasi (Jabatan). Juga waktu mencuba prosedur, teknik, method dan gerakerja yang paling sesuai untuk setiap Jabatan. Sesi 2010/2011 menyambung usaha yang dilakukan dengan lebih banyak penambahbaikan berdasarkan sesi yang lepas. Sesi sekarang tak banyak terlibat maka ‘no comment’.
Cuma, selepas 4 sesi berlalu, mungkin ahli lebih nampak peranan BPP walaupun banyak fungsi BPP yang belum diketengahkan kepada ahli sebagai contoh Jabatan Buku sebagai medium ahli untuk menerbitkan buku sendiri.
Selalunya BPP sering dikaitkan dengan sebaran bahan dan promosi maka bersedialah kerana itu tajuk yang common ;)
Memang jiwa BPP lah~ Soalan bilangan ahli langsung tak disentuh.
Mungkin boleh comment sebagai “penasihat”. Camne tgk pergerakan BPP tahun ni. Takpun luahkan je sesuka hati dalam borang muhasabah dan laporan jabatan yg diberi baru ni. :)
Terima kasih sensei, utk nasihat itu, dan segala komitmen. :)
soalan bilangan ahli tak perlu dijawab kerana tukang tanya dah tahu jawapan dia. semua nombor dalam post ini ditaip dengan menggunakan Random Finger Keying. tiada data khusus pernah direkodkan untuk paparan umum. tak caye try la Google:
http://lmgtfy.com/?q=bilangan+pelajar+perubatan+malaysia+mesir
mungkin itu muhasabah dia kot? maklumat data statistik PERUBATAN tak pernah diterbitkan secara umum? cuma rasanya dalam TIBBians pernah keluar data daripada Biro Akademik. (ye ke? cari tak jumpa haha)
yang lain-lain ada kemajuan dari segi keterlibatan BPP dalam coverage sesuatu event, mungkin sebab dah gabung jadi Jabatan Liputan maka memudahkan kerja. cuma kita kurang dari segi liputan sosial, ekonomi, sukan, hiburan, gosip selebriti dsb hahaha
personally pun saya berpuas hati dengan laman web PERUBATAN sesi kali ini, banyak benda yang saya dapat buat dengan kerjasama yang baik. cuma concern sekarang adalah dokumentasi sejarah PERUBATAN yang tiada rekod menyebabkan ada certain perkara yang kaum muda tidak tahu ataupun tersilap tahu. hopefully jangan la ade muhasabah pelik2 pasal laman web.
p/s: jujur sunguh budak mesir. mentang2 sebut jangan Like, view dah 200 pun still takde orang Like haha
Aku rasa nak post la artikel ni kat blog MAT, boleh tak? Haha. Pandangan seorang yang telah mengkhatamkan Perlembagaan sebanyak 40 kali. Nice!
sebenarnya ko saje je nak kutuk aku kan? kah3
Aku naqal kalam ko je. Ko yang mengaku dah khatam 40 kali. Ngahaha..
klu menukar nama PERUBATAN kepada Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Mesir?? hehe..ciplak org
boleh. silalah usulkan.
p/s: Usul ni kadang2 benda remeh temeh je walaupun penting :)