Melihat Perempuan Adalah Pahala

Sedang memeriksa News Feed Facebook, terpandang hadis yang dikongsi salah seorang Friend:

Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah.”

Lalu kami bertanya kepada Rasulullah SAW, “Adakah kami mendatangi isteri-isteri kami baginya mendapat pahala?”

Rasulullah SAW bersabda, “Tidakkah kamu sedar jika melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan perbuatan yang halal itu pastilah berpahala.”


Pengajarannya, kalau melihat perempuan tidak menutup aurat adalah satu dosa, maka melihat perempuan menutup aurat adalah satu pahala.

Maka ikhwah-ikhwah selepas ini tidak perlu malu untuk memerhati akhawat di sekeliling. Akhawat pula tidak perlu malu untuk menampilkan diri di khalayak ramai menjadi public figure.

Kenapa pula mesti malu apabila sedang membuat pahala? Kan? Kan? :P

p/s: Sila read between the lines. Terima kasih.

IKLAN!
Benda ni pernah terjadi pada korang tak, semasa tunggu nombor giliran di Bank?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

4 thoughts on “Melihat Perempuan Adalah Pahala

  1. perlu diingat kita kena jaga pandangan,
    melihat isteri baru dapatpahala,
    tetapi melihat seseorang yang bukan isteri atau akhawat yang bukan mahram kita itu
    tak mendapat pahala lah….
    i hope you understand this.. jazakallahu khairan kalau awak dapat menerimanya

Komen di sini, bukan di tempat lain