Mak pernah pesan, “Orang miskin kena buat cara miskin. Tak boleh ikut gaya hidup orang kaya.”
Ramai manusia berlagak kaya walaupun sebenarnya miskin. Orang lain ada gadget mahal, dia pun nak juga gadget mahal. Umpama kanak-kanak, bila mahukan sesuatu dia tak kisah mahal atau murah. Yang penting dapat.
Tapi kita sebagai dewasa, kita kena sesuaikan kehendak dengan kemampuan. Kena waras dalam membuat pilihan. Mana penting, mana tak penting.
Selaku orang miskin, maka banyaklah pakaian yang koyak rabak kita jahit semula kerana masih elok untuk dipakai. Namun begitu tidak kurang kedengaran suara rakan-rakan agar membuang sahaja pakaian tersebut dan beli yang baru. Kita cuma mampu tersenyum.
Orang kaya takkan faham hidup orang miskin. Kata mereka, “Kedekut.” Orang miskin takkan faham hidup orang kaya. Kata mereka, “Membazir.”
Sebagai penutup mari renungkan nasihat ibu Okubo Shosuke kepada Okatsu di bawah:
Kisahnya, keluarga Okatsu adalah keluarga atasan, manakala keluarga Okubo adalah keluarga bawahan. Disebabkan kesempitan hidup, wanita dalam keluarga Okubo bekerja sambilan membuat kipas murah. Okatsu yang selalu menziarahi mereka selalu membawa hadiah berupa makanan yang mahal-mahal.
Okatsu bertujuan baik ingin menyumbang sesuatu kepada mereka, tapi tidak diterima ibu Okubo. Lalu terjadilah perbualan di atas.
“We’re not beggars, although we have small income. We have different lifestyle from you, but we have pride in our lifestyle. Even if it means making cheap fans, we’ll not lose our pride.”
Maka, orang kaya jangan pandang rendah kepada orang miskin. Orang miskin pula jangan malu dengan status miskin. Paling penting apa yang kita ada menepati syariah. Rezeki kita halal. Pakaian kita menutup aurat.
Tapi jangan pula selepas ini mentang-mentang miskin, selekeh pergi kelas. Ini namanya gagal memahami apa yang kita sampaikan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55. Janji sudah ditepati, kini masa balas budi.