V I T A M I N

Antara bahagian yang kita suka dalam Star Life Theatre feat SNSD ini adalah waktu temuramah bagaimana mereka boleh masih ceria berusaha walaupun letih dengan jadual yang sangat packed.
Sedutan Star Life Theatre EP11.
Klik untuk paparan lebih besar.

Bila rasa sangat malas selalu teringat rakan-rakan di sekeliling. Selalu menjadikan mereka sebagai kayu ukur dan semangat.

Bangun tidur rasa malas nak pergi kuliah, terngiang-ngiang “Mesti AF pergi kuliah hari ni.”

Bila pergi kelas nampak AS di hujung jalan, “Awalnya AS pergi kelas.”

Bila dalam kuliah, nampak Arab jawab soalan rasa segan “Aku tak baca pun lagi tajuk ini.”

Bila nampak NH pegang buku yang tak pernah nampak, selalu terasa “Eh aku tiada pun buku tu. Lagi bagus ke?”

Terserempak AY pergi hospital malam-malam musyrifkan akhawat, rasa kagum yang amat “Aku tak pernah pun rasa nak pergi tengok patient.”

Sebabnya selalu terbit rasa kita mana boleh kalah, kena lawan mereka yang cemerlang ini. Kalau AF pergi kelas hari ini maka kita pun kenalah pergi kelas juga.

Maka sangat berterima kasih kepada manusia-manusia di sekeliling, kerana tanpa mereka kita tak mungkin berada di sini, Tahun Kelima Fakulti Perubatan.

Manusia sifatnya perlu kepada rival supaya dapat bersaing. Juga perlu kepada teman untuk rasa keyakinan. Merekalah rival dan teman yang sangat dihargai dalam hidup ini.

Tapi, kalau mereka hebat sangat; pergi kuliah tambahan Gynae jam 7, sambung kelas klinikal jam 9, habis kelas pergi round ward tengok patient, jam 12 pergi lecture, tiada lecture pergi kelas tambahan Dr Heba, 7 malam pula muncul di kuliah agama, akhir sekali pergi hospital pukul 10 malam hingga 3 pagi, kita pun rasa stress kerana tak terlawan, dah tewas awal-awal lagi. Mungkin juga menjadi makin down dan malas.

Tolong, doakan kita semua menjadi rajin dan cemerlang.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “V I T A M I N

  1. Betul tu. Bila terbayang HA yang selalu datang awal ke kelas, bertanyakan doktor soalan, menjawab soalan doktor dengan cemerlang, sentiasa konsisten ke kelas-kelas tambahan yang ada, cekap membuat clinical examination, dan banyak lagi yang tak mampu ditulis, rasa sungguh tercabar sehingga terpaksa melawan kemalasan. Kalau tidak, setiap hari juga rasanya mahu ponteng kelas.

Komen di sini, bukan di tempat lain