Relevankah Aku di Hatimu

Relevankah Aku di Hatimu (RADHA) merupakan tajuk novel yang ditulis Rnysa. Sekarang boleh didapati dalam versi cetak bercover warna merah jambu. Tapi post ini tiada kaitan pun dengan novel tersebut. XD

Facebook memang memudahkan banyak perkara mengenai maklumat peribadi, tapi sistem Notification sedikit sebanyak menghilangkan nilai sentimental yang ada. Antaranya Notification Birthday.

sila Google “Have to Need to”

Ada orang rasa dihargai kalau tarikh lahir diingati, tapi dalam kes Facebook rasa menyerabutkan bila orang wish ramai-ramai. Prejudis dengan mereka; wish sebab ingat atau sebab Facebok suruh.

Maka, set “Dont show your birthday on your profile” dan inilah hasilnya.

Nama dihitamkan supaya tidak terjadi gosip liar, haha

laroma-cina
Kita tak tahu kalau kita memang betul-betul dihargai oleh manusia di atas, tapi mereka telah menjadi manusia yang dihargai dalam hidup kita.

Terima kasih atas doa yang diberikan. Kita juga doakan hidup anda semua dalam kebaikan dan sentiasa bertambah iman.

Umur sudah suku abad, hampir menyambut Jubli Perak, tapi jasa dan sumbangan belum ada untuk ummah. Isk3

Nota: Kalau ikut Islamic Finder, 19 Februari 1989 bersamaan 12 Rejab. Apa peristiwa menarik tarikh tersebut? Klik sini.
19-februari-12-rejab

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain