Lalu terbitlah rungutan daripada pelajar-pelajar Tahun Lima, “Sudah bayar yuran mahal, masih perlu bagi duit kepada patient?”, “Tadi dah bayar kepada Sekretariat, sekarang pun kena bayar lagi?”, ataupun “Arab ni kalau tak menipu tak sah.”
Rata-rata tidak berpuas hati dengan pembayaran wang kepada pesakit.
Lalu kita terasa ingin bertanya kepada pelajar akhawat, “Kalau saya bayar LE50, mahukah anda membenarkan breast anda dilihat, disentuh, dipegang, diramas, kemudian nipple anda dipicit-picit oleh 50 orang pelajar dalam kelas ini? Ini untuk tujuan pembelajaran.”
Kemudian terasa ingin bertanya kepada pelajar ikhwah, “Kalau saya bayar LE50, mahukah anda membenarkan testis anda dilihat, disentuh, dipegang, kemudian dipicit oleh 50 orang pelajar dalam kelas ini? Ini untuk tujuan pembelajaran.”
Jangan anggap pesakit sebagai alat yang boleh diperlakukan sesuka hati dengan alasan yang mulia. Jangan anggap pesakit tiada maruah dan tiada perasaan. Jangan lihat pesakit sebagai kes atau soalan peperiksaan tapi lihat pesakit sebagai manusia.
Ramai umat Islam menganggap tidak berdosa melihat aurat untuk tujuan perubatan dan pembelajaran. Ini anggapan yang salah.
Pemahaman yang sebenar adalah kita sedang melihat aurat yang diijtihadkan oleh manusia (ulama’) tidak berdosa melihatnya untuk tujuan perubatan dan pembelajaran, setakat had yang perlu. Tapi hakikatnya manusia hanya berijtihad, dan hukum asal aurat adalah berdosa untuk dilihat. Hukum sebenar situasi kita hanya ALLAH yang tahu. Balasan sebenar dosa atau pahala hanya ALLAH yang tahu.
Sama juga dengan maruah dan perasaan. Walaupun pesakit membenarkan dengan alasan belajar, mereka tetap ada maruah dan perasaan yang takkan mampu kita ganti dengan duit.
Bayangkan kesusahan yang mereka hadapi hingga sanggup membenarkan diri mereka diperlaku sesuka hati oleh 50 orang asing yang belum bergelar doktor. Bayangkan juga kemuliaan hati mereka sanggup membuka aib demi pembelajaran 50 orang manusia yang belum tentu menjadi doktor.
Hargai pesakit anda. Hargai kelonggaran yang kita terima dengan tujuan pembelajaran. Kalau tak pandai bersosial sekalipun, paling kurang minta izin dan ucap terima kasih. Baca Doa Syifa’ setiap kali masuk kelas klinikal bertemu pesakit.
Mudah-mudahan dosa yang kita lakukan pada hari ini, ALLAH ampunkan.
p/s: Dah lama tulis, baru publish hari ini, sempena minggu exam Surgery. Doakan kami semua.