Damak memang layak mendapat Anugerah Tokoh Perdana bERUBATAN. Siang malam bekerja untuk ahli. Malah sebelum bergelar Presiden lagi sudah ke hulu ke hilir membuat kerja seorang diri. Belum lagi dikira memegang BPP sebanyak 2 sesi. Layak mendapat gelaran Tun.
Kita dah 25 tahun hidup, 7 tahun belajar perubatan, 6 tahun dalam BPP, rasa macam tiada sumbangan langsung untuk ummah. Cuma sekadar mitos – nama disebut-sebut tapi tidak signifikan dan tiada manfaat. Segalanya cuma legenda.
Nak capai pengiktirafan ALLAH, tak dapat tidak kita akan melalui jalan pengiktirafan manusia. Maka kurang bernas sekiranya ada orang yang memperlekeh pengiktirafan manusia dan menganggap ia sebagai “tidak ikhlas”. Hakikatnya pengiktirafan manusia adalah wasilah kepada matlamat pengiktirafan ALLAH.
Ulama’ sedunia diiktiraf sebagai “ulama'” oleh manusia. Para sufi yang zuhud beribadah dalam gua diiktiraf sebagai “sufi” oleh manusia. Pemimpin hebat yang diangkat sebagai “pemimpin”, juga oleh manusia. Kalau tidak diiktiraf oleh manusia, bagaimana kita boleh mengenali mereka sebagai sekian-sekian?
Islam datang bukan untuk menidakkan pengiktirafan manusia, tapi meraikan pengiktirafan manusia menurut syariat.
Maka melihat mereka-mereka yang naik ke pentas menerima Anugerah Kualiti semalam, kita pun perlu ada rasa untuk turut sama menyumbang sesuatu, berusaha supaya boleh turut naik menerima anugerah pada masa akan datang. Dah dapat satu, kena sasar dapat satu lagi yang setaraf atau lebih hebat. Ulang-ulang hingga mati.
Penutup, tonton video ini dan fikir-fikirkan. Kemudian selamat beramal.
p/s: Malas nak sembang pasal MAT-9. Tunggulah berita.
IKLAN! SILA KLIK
Design rumah dan menang. Sesuai untuk designer mengasah bakat.