Petang itu Nurin berkunjung ke bilik Fifie untuk menyalin drama Korea. Lalu terjadi perbualan lagho berikut.
“General Hospital 2 ni siapa berlakon?” tanya Nurin. Dia memerhati senarai drama dalam komputer sahabatnya.
“Cha Tae-hyun. Ala pernah masuk Family Outing,” Fifie menjawab sambil menggerakkan cursor membuka salah satu episod.
“Aku tak tonton Family Outing. Tapi aku kenal la; Speedy Scandal, Sassy Girl, Lover’s Concerto semua dia berlakon.” Tetikus di tangan Fifie beralih ke tangan Nurin.
“Serius tak? Running Man kau tonton?” Soal Fifie sambil menyebut satu lagi rancangan popular kegemaran anak muda sekarang. Riak wajahnya jelas menunjukkan ketidak percayaan terhadap jawapan Nurin sebentar tadi.
“Tak,” jawab Nurin dengan selamba sambil fast forward beberapa babak untuk mendapatkan gambaran drama tersebut.
“Hari tu SNSD masuk Running Man kau tak tonton?” Kali ini Fifie cuba mengorek maklumat secara spesifik menyebut nama SNSD kegemaran Nurin.
“Tak. Waktu Yoona Sunny jadi guest pun aku tak tengok.”
“Habis tu variety show apa yang kau tengok?”
Ramai tak percaya kalau kita kata tak tengok Family Outing atau Running Man.
Mungkin “tak tengok” agak exaggerated. “Tak follow” lebih tepat. Kita cuma tonton 10 episod terawal kemudian berhenti dan tak terasa nak sambung.
Minat manusia terhadap rancangan yang mereka tonton adalah berbeza.
Kita lebih suka menonton rancangan yang ada sesuatu untuk diambil manfaat “ilmiah”. Maka secara peribadinya lebih suka menonton rancangan yang ada temubual, cerita ceriti, dokumentari dan muzik.
Maka sila jangan tanya ada ke tidak episod terbaru Running Man. Serius tiada.
Motif post kali ini?
Entah. Lama tak update kot.
“Star Life Theatre, Yoo Hee Yeol Sketchbook, Star Golden Bell, Strong Heart, Invincible Youth aku tonton,” jawab Nurin. General Hospital 2 disalin masuk ke dalam hard disk.