Pernah tak dalam satu exam kita jawab dengan yakin. Jawapan bagi soalan tersebut terbayang-bayang dalam fikiran. Idea mengalir macam air. Waktu tersebut kita dah senang hati euphoria kerana berjaya menjawab dengan betul. Bersuka ria selepas tamat exam kerana yakin lulus. Bercerita 2-3 jam dengan kekasih hati berkongsi kegembiraan berjaya jawab dengan betul waktu exam.
Tapi bila keputusan keluar, kita didapati gagal.
Situasi 2:
Pernah tak dalam satu exam yang lain kita rasa nak menangis. Soalan tak pernah disoal tahun-tahun lepas. Jawapan pula memang bukan dalam buku yang kita baca. Markah 10 tapi kita cuma jawab 2 baris. Kita dah tak faham apa yang soalan inginkan dan apa yang kita sedang jawab. Keluar dari dewan exam kita rasa nak bunuh diri. Kita rasa Tuhan dah tak sayangkan kita. Kita rasa segala usaha study selama 2 bulan sia-sia.
Tapi bila keputusan keluar, kita lulus dengan pangkat cemerlang.
Kadang-kadang saya berpandangan, dalam dunia ini, tidak ada satu pun keputusan yang kita buat absolutely betul, atau absolutely salah. Hatta secara extreme boleh kita katakan menganut agama Islam pun tak absolutely betul, dan tak absolutely salah.
Berapa ramai yang masuk Islam tapi akhirnya murtad setelah kewafatan Nabi? Berapa ramai yang peluk agama Islam tapi jadi munafik merosakkan rancangan kemajuan Islam?
Berapa ramai juga yang tak masuk Islam hingga ke akhir hayat tapi sentiasa membantu agama ALLAH?
Siapa yang boleh jamin keputusan mereka betul dan keputusan mereka yang lain salah? Siapa boleh jamin kalau Abu Jahal memeluk Islam, Nabi akan lebih mudah menyebarkan Islam? Siapa boleh jamin Abu Talib boleh mempertahankan Nabi sekiranya beliau masuk Islam?
Kalau anda rasa contoh ini terlalu extreme, abaikan.
Cuma nak cerita di sini bahawa hidup bukan soalan MCQ. Jawapan dia absolutely B. Hidup ini umpama soalan Written. Tulislah apa sahaja, hanya examiner yang akan menentukan jawapan kita betul atau salah. Sudah tentu, tidak langsung dinafikan kita mesti menjawab dengan jawapan yang terbaik. Jawapan yang kita yakin adalah betul dari buku teks.
Mereka yang menjawab tidak berpandukan buku teks, mungkin ada sesuatu yang lain mereka perolehi. Maka, jangan pandang rendah terhadap mereka. Kita yang cemerlang mungkin tidak mampu menanggung stress dan kegagalan sama seperti mereka. Mungkin juga selepas tamat dunia buku teks, kita akan terkial-kial sedangkan mereka mudah masuk dengan suasana, adaptasi dengan sekeliling.
Siapa tahu.
Bezanya, kalau dah jawab ikut buku teks – hidup senang hati tiada kerisauan tentang keputusan. Kalau tak lulus, boleh argue nak bagi lulus. Kalau jawab entahpape, nak guna hujah apa?
Selesai semua exam Paediatrics, tapi masih kena stadi.
Selamat datang Ramadan.
Ramadan itu mulia, tapi ALLAH lebih mulia.