Kita selalu dengar, “Beauty lies in the eyes of the beholder.” Maksudnya kecantikan itu adalah subjektif. Bergantung pada siapa yang melihat dan dilihat.
Tahukah anda kenyataan ini cuma untuk menyedapkan hati sahaja? Kecantikan adalah objektif walau di mana anda berada.
BUKTI SAINTIFIK
Cantik sebenarnya boleh diukur dan dibuktikan secara saintifik.
Dalam matematik, ada istilah Golden Ratio (Phi – φ). Kajian menunjukkan bahawa apa yang kita tafsirkan sebagai cantik mempunyai nisbah yang tertentu. Maka Golden Ratio banyak digunakan dalam binaan bangunan, komposisi gambar, teknik rakaman video, dan panduan design.
Setelah diaplikasikan dalam sains medikal, ratio ataupun nisbah jarak saiz mata, hidung, mulut, panjang muka semuanya memainkan peranan dalam menentukan kecantikan.
Baca Human Beauty and the Golden Ratio
BEAUTY MASK
Berdasarkan Golden Ratio tadi, sebuah template untuk wajah telah dibina. Salah satunya adalah Marquardt Beauty Mask.
Kebanyakan wajah yang diperakui cantik, selalunya mematuhi “topeng muka” ini.
Lebih menyayat hati, wajah yang kita anggap biasa-biasa, menunjukkan perubahan yang ketara setelah di-photoshop mengikut Marquardt Beauty Mask. Satu lagi idea eksperimen untuk pengguna-pengguna Photoshop di luar sana.
Antara ayat-ayat jiwang dalam novel yang kita selalu baca, “Awak nampak makin cantik bila marah.” Atau, “Sudahlah menangis, buruk sangat nampak.”
Sebab pada waktu tersebut, wajah akan makin menghampiri atau menjauhi “topeng muka” ini.
Baca The Math Behind the Beauty
PERSEPSI ATAU HUJAH
Satu keratan akhbar pernah menyebut rakyat Malaysia percaya rupa mereka tidak sehodoh rakyat Korea. Namun begitu, tidak keterlaluan jika saya katakan rakyat Korea lebih mengenali tubuh mereka sendiri.
Apa hujah anda apabila ditanya kenapa anda merasakan anda cantik? Semata-mata persepsi? Hujah ayat Quran tidak cukup, kerana tidak diterima secara universal.
Sekiranya kecantikan dianggap objektif, boleh dikaji secara saintifik, mempunyai hujah sebagai justifikasi, maka kecomelan adalah subjektif, mengikut persepsi, tidak boleh dibuktikan. Hanya sekadar sensory perception. Perasaan.
Istilah lain – kiut (cute).
Orang selalu sebut, “Bajet comel la kalau buat camtu?” Sebab kecomelan boleh dibuat-buat. Kita mungkin rasa tak comel tapi perbuatan tersebut adalah usaha untuk membuatkan deria kita merasakan beliau comel.
KESIMPULAN
“Beauty is in the phi of the beholder.”
Sekiranya seorang suami mengatakan perempuan lain lebih cantik daripada isterinya, maka jangan berkecil hati. Perempuan tersebut mungkin lebih cantik, tapi paling penting suami tetap pilih si isteri.
Berkemungkinan besar, hanya si isteri yang paling comel di hatinya! =)
IKLAN!
Mercedes A-Class baru. Adakah kenderaan ini mematuhi Golden Ratio untuk dianggap sebagai cantik?