Menangis mendengar keadaan Mesir sekarang, pejuang ditangkap, penjenayah dibebaskan.
Dengan keadaan Mesir yang menggila dan umat sedang sakit tenat, kita masih tergamak mahu futur?
Jeles dengan mereka yang syahid di Medan Rab’ah, bilakah aku pula dapat bersama mereka?
aku berdoa agar – semangat juang itu tetap mengalir dalam – setiap urat darah – hembus nafas – kata bicara – semuanya
Jujurnya jauh dalam hati saya tak percaya dengan status-status sebegini. Sebabnya apabila dicampak ke medan juang, merekalah manusia pertama yang akan lari dari medan perang – evakuasi pulang ke Malaysia.
Tak bermakna saya melarang atau benci atau pandang hina mereka yang balik evakuasi. Masing-masing ada lingkungan faktor pertimbangan sendiri. Masing-masing ada prioriti sendiri.
Ada yang menyahut panggilan ibubapa, setiap hari siang dan malam bimbangkan mereka. Ada yang memikirkan keselamatan mereka terancam, setiap minggu ada tembakan dan keganasan di luar rumah. Ada yang rumah mereka diceroboh, disoal siasat umpama penjenayah.
Masing-masing ada akal mampu berfikir tanpa dipengaruhi sesiapa pun untuk membuat keputusan.
Namun jauh di sudut hati, saya cuma mampu bertanya kepada diri sendiri –
– Benarkah kita cuma mampu berdoa?
Selamanya cuma doa, solat hajat, tukar profile picture, share berita, buat status?
Ya, hanya ini yang kita mampu. Tapi selamanya? Hanya sebagai keyboard warrior?
Solidariti bersama rakyat Mesir – kami sentiasa bersama kamu semua tak kira susah senang kaya kedana aman rusuhan bahagia sengsara suka dan duka #pray4egypt #sektokgogek
Saya tak pernah bermimpi syahid. Saya cuma ingin bersama mereka yang syahid. Paling kurang berada di negara rakyatnya syahid.
Doakan kami semua yang kekal teguh bersama mereka, tidak pulang evakuasi sukarela kerajaan Malaysia dari bumi Mesir ini.