Web: HA Store

Kenapa sekarang mahu cuba bina web e-Commerce? Ini semua gara-gara salah seorang rakan di Malaysia yang minta nasihat tentang jualan atas talian beliau.

Dalam zaman teknologi ini ramai orang suka menggunakan Facebook atau Instagram sebagai alat jualan mereka. Namun begitu, ia tetap tidak menghapuskan betapa bergunanya sebuah laman web khusus sebagai kedai rasmi anda. Algoritma Facebook dalam menentukan siapa yang melihat post anda sangat merugikan penjual, seolah memaksa supaya menggunakan Ads yang disediakan. Instagram dan Twitter pula kelebihannya apa yang anda post terus masuk dalam Home follower namun mudah hilang setelah 2-3 jam.

Mudah dicari melalui Google, cross-selling, comparison antara produk serta fungsi pembayaran merupakan antara sebab kenapa anda mesti melabur sedikit masa dan pengetahuan untuk mewujudkan laman web rasmi.

Jadikan laman sosial (Facebook, Instagram, Twitter) sebagai alat promosi dan suruh pembaca pergi ke laman web untuk jualan lebih berkesan.

PrestaShop

PANDANG PERTAMA

Ada beberapa sistem yang dalam perhatian sewaktu bermula, antaranya WooCommerce, PrestaShop dan OpenCart. Namun begitu, setelah mencuba demo software-software tersebut, saya memilih untuk fokus terhadap PrestaShop.

WooCommerce merupakan plugin WordPress dan sangat mudah digunakan. Selain paparan antaramuka yang simple dan mudah difahami, anda juga mendapat kelebihan fungsi WordPress yang lain. Maka saya sangat galakkan software ini untuk peniaga di luar sana.

PrestaShop walaupun kelebihannya banyak fungsi (kononnya 300+), namun kelemahannya sangat rumit untuk diubahsuai. (Saya teringat plugin Joomla VirtueMart yang pernah diguna dahulu.) Themes dan Plugin yang dijual sangat mahal, tidak berbaloi untuk peniaga kecil. Tiada fungsi News/Blog percuma pula mungkin menyukarkan anda membuat berita promosi. Namun, kesukaran itulah yang menyebabkan saya memilih PrestaShop.

Pandangan pertama? Jatuh cinta dengan Dashboard yang penuh dengan statistik.
prestashop-dashboard

KENYATAAN

Walaupun HA Store disediakan untuk tujuan pembelajaran, namun produk yang disediakan adalah benar dan boleh dibeli tanpa ragu. Pembelajaran terbaik adalah praktikal; lebih banyak data dapat dikumpul dan lebih banyak simulasi masalah dapat ditemui. Disebabkan itulah saya buka untuk jualan beberapa produk yang saya buat sendiri.

(Mungkin kalau ada peluang dan rezeki, HA Store akan dilancarkan untuk menjual secara rasmi.)

TUTORIAL

Berikut merupakan senarai tutorial yang saya cuba (akan dikemaskini untuk rujukan masa akan datang):

PENGGUNAAN LUAR BIASA

Selalunya orang nampak web e-Commerce sebagai tempat beli barang, tapi bagaimana jika kita boleh ubahsuai untuk penggunaan lain?
Berikut merupakan beberapa idea yang terfikir:

  • Guna Invois sebagai bukti pembayaran pendaftaran sesuatu event.

Akhir sekali, saya terbuka untuk menerima cadangan dan soalan. Komen sentiasa dibuka di bawah.

Dapatkan di HA Store
Nota bengkel Asas Sony Vegas Pro yang pernah saya kendalikan dahulu percuma sehingga 31 Disember. Gunakan kod Voucher ZD1N37BC.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain