Tempuhi Cabaran Pulang ke Raudhah

Pernah tonton drama Jepun – 14 Sai no Haha? Cerita budak 14 tahun mengandung luar nikah. Menariknya, keluarga heroin mengambil keputusan untuk menjaga beliau hingga bersalin, bukannya membuang beliau ke jalanan. Cerita tersebut mengupas aspek psikologi dan kesihatan seorang kanak-kanak yang mengandung, serta respon sosial masyarakat.

Saya rasa Hanna Raudhah mengambil konsep yang agak serupa. Selaku haterz tegar drama Melayu, menjadi tanggungjawab saya untuk menghencap drama tersebut. Harapkan RTM dan media sosial, memang takkan dipromosi.
Hanna-Raudhah-1.snapshot_13.50
Cerita ini berkisar tentang Hanna, seorang pelajar kolej yang diabaikan keluarga atas alasan kerja. Dia cuba mengisi kekosongan tersebut dengan hiburan, akhirnya terperangkap dan dirogol tanpa sedar. Setelah mendapat tahu Hanna mengandung anak luar nikah, ibu tirinya membuang Hanna tanpa belas kasihan, ditakuti mencemarkan nama baik mereka sekeluarga. Dalam perjalanan tanpa arah tujuan, Hanna rebah pengsan di sebuah kedai makan dan dibantu Ummi dan Walid. Mereka membawa Hanna pulang, dan di situ bermula kisah Hanna mencari jalan pulang belajar satu demi satu tentang Tuhan.

Hanna Raudhah memang bukan drama klise TV3. Kita tak marah kalau penulis mahu menggunakan tema rogol dan zina, tapi mesti tahu batasnya. Bukan dengan cara meleret-leret seolah-olah dosa tersebut diterima masyarakat. Pembinaan watak Hanna sebagai seorang gadis terabai yang mengandung anak luar nikah diselesaikan sekaligus dalam satu episod.
Hanna-Raudhah-1.snapshot_24.27
Jujurnya Hanna Raudhah memang realistik. Ibu bapa langsung tidak mengambil berat tentang anak-anak berkawan dengan siapa, buat apa, pergi ke mana. Tapi bila dah terbuat dosa, tanpa belas kasihan dibuang ke pusat pemulihan. Label pertama yang diberikan ialah “memalukan keluarga”. Masyarakat pula memandang jijik dan mencemuh mereka dengan pelbagai gelaran dan sangkaan. Sedangkan ada seribu cara lain untuk mengandung selain menjadi bohsia.

Namun begitu Ummi dan Walid datang sebagai sinar harapan. Berkat sokongan Ummi dan perlindungan Walid, Hanna akhirnya terbuka untuk melihat kesilapan masa lalu sebagai satu pelajaran bermakna buat dirinya. Yang penting bukan pernah melakukan maksiat tapi kembalinya kita kepada ALLAH.
Hanna-Raudhah-4.snapshot_12.51
Watak Hanna dipegang oleh Sara Ali, pada awal cerita mengingatkan saya kepada Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang turut menggunakan plot awal yang sama. Sara Ali dalam drama ini lebih cemerlang berbanding MJATS, walaupun tubuh kecil beliau nampak sangat muda macam pelakon remaja belasan tahun bukan pelajar kolej. Apatah lagi bila pakai tudung labuh memang jadi budak sekolah menengah.

Tidak dinafikan beliau memang berbakat, dan watak gadis liar seperti ini memang forte Sara Ali. Tapi bertudung dan jadi baik, memang layak diberi double thumbs up. Yang penting rambut panjang memang lagi lawa berbanding rambut pendek selekeh MJATS.
Hanna-Raudhah-7.snapshot_18.23
Pemilihan Zain Hamid sebagai Yusof lepasan Jordan merangkap ‘ustat muda’ di kampung tidak begitu sesuai dari segi wajah. Memang realitinya muka ustat lepasan al-Azhar pun ada yang bermuka gengster muka hisap dadah muka main perempuan, tapi aura ustat tersebut tidak begitu menyerlah pada Zain Hamid. Namun disebabkan minat Yusof bukan bidang ceramah tapi pembuatan sarung parang, maka sedikit sebanyak tidak terasa kecuali sewaktu beliau memberi ‘tazkirah’ kepada Hanna. Apa pun saya percaya Zain Hamid telah memberikan yang terbaik untuk menjadi Abang Long dalam keluarga.
Hanna-Raudhah-7.snapshot_26.25
Dato Jalaluddin Hassan, Dato Rahim Razali, Datin Liza Abdullah, Ibu Fauziah Nawi – mereka ini tidak perlu dipuji lagi. Cerita ini memang performance bertenaga Fauziah Nawi sebagai Ummi penyayang. Saya merasakan beliau betul-betul mengajar Sara Ali mengaji al-Quran dalam cerita ini, lengkap beserta tajwid sekali. Entah-entah betul-betul dirotan bila salah baca.
Hanna-Raudhah-7.snapshot_36.26
Hanna-Raudhah-4.snapshot_10.34
Watak antagonis lain saya kira sedap-sedap menjadi penambah rasa. Mak Tom (Anne Abdullah) memang diperlukan sebagai kaki kepoh dalam kampung, manakala Yaakob (Afiq Muiz) ayah kepada baby dalam perut Hanna hadir sebagai pelengkap konflik cinta dan tanggungjawab. Lagipun Yaakob bukannya datang mahu merebut Hanna tapi takut rahsianya selama ini terbongkar – satu lagi unsur abnormal dalam drama ini.
Hanna-Raudhah-4.snapshot_26.37
Elemen cinta memang ada dalam Hanna Raudhah tapi bukan tipikal cinta pandang pertama lelaki kacak jumpa perempuan lawa. Yusof tertarik kerana usaha Hanna yang bersungguh mahu berubah, manakala Hanna tertarik kerana Yusof bukan seperti lelaki lain yang pernah dia jumpa. Rasa cinta itu ada tapi tidak terluah secara nyata. Sweet dalam kategori tersendiri. Saya gila agaknya kerana kena tazkirah pun sweet.
Hanna-Raudhah-7.snapshot_32.08
Cerita ini akan terasa melampau sewaktu episod lapan. Musibah yang datang bertalu-talu melampau-lampau sepanjang episod tersebut. Apatah lagi latar masa yang panjang diringkaskan, menyebabkan kita rasa seolah-olah segala kemalangan datang sekaligus terhadap mereka di sekeliling Hanna. Malah menjadikan episod ini agak kelam kabut dan serabut. Namun episod ini juga menjadi turning point ke arah penyelesaian konflik-konflik yang ada dalam drama ini. Mungkin itu sahaja kecacatan terbesar Hanna Raudhah.


Perlu ke cari dan tonton cerita ini?

Peminat Sara Ali sudah semestinya wajib tonton. Drama ini antara persembahan terbaik Sara Ali.

Mereka yang bosan dengan drama adaptasi sampah pun wajib tonton. Penulis novel lagilah wajib tonton, agar ruang idea anda berkembang pesat dan sel-sel otak berhubung, bukannya asyik membayangkan adegan berkemban isteri memikat suami.

AkuDarahAnakMalaysia
LIKE FANPAGE KAMI untuk lebih banyak review haterz drama Melayu

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

1 thought on “Tempuhi Cabaran Pulang ke Raudhah

Komen di sini, bukan di tempat lain