Kecoh apabila Yahudi berjaya “mencetak” daging menggunakan printer 3D. Cetakan daging ini dikatakan memiliki rupa dan tekstur yang sama seperti daging sebenar. Kelebihannya kita mampu memiliki daging dengan pantas berbanding teknik biasa bela lembu 5 tahun bagi makan rumput cuci taik dalam kandang.
Material yang digunakan pula boleh berasaskan tumbuhan seperti soya, kekacang, minyak bunga matahari, ataupun guna sahaja pengkulturan sel lembu itu sendiri.
Geng teori konspirasi seperti biasa, ini semua agenda Yahudi DAP mahu menjadikan manusia tidak lagi melakukan ibadah korban sembelih lembu pada raya Aidil Adha.
Apa pun, ia bukan perkara baru sebenarnya.
Teknologi “daging” daripada bahan berasaskan tumbuhan telah dicipta beratus tahun yang lampau sewaktu Dinasti Joseon (Korea).
Rakyat marhaen tak mampu menikmati daging. Daging lembu adalah simbol kemewahan. Tambah lagi pada zaman kemarau dan kebuluran pandemik COVID-19.
Alternatifnya, guna barli dan kacang untuk menggemukkan perut rakyat yang kelaparan tapi dalam masa yang sama dapat menikmati rasa daging sebenar.
- Mac (Chinese: 麥) untuk barli (Korean: 보리; boli)
- Du (Chinese: 豆) untuk kacang (Korean: 콩; kong)
- Nal (Chinese: 女內) sifatnya menggemukkan (Korean: 살찔; saljjil)
- Du (Chinese: 肚) perut-perut rakyat marhaen (Korean: 배; bae)
Terhasillah Mac-Du-Nal-Du yang diclaim penjajah Barat.
Ya. Ia dicipta Mr Queen Kim So-yong.