Cuti Tahunan Dihapuskan, Ini Cara Kira Cuti Luput

Dalam pengurusan cuti rehat bagi kakitangan awam, ada terma yang dinamakan Cuti Luput; cuti yang akan dihapuskan dari muka bumi sebelum jumlah cuti dibawa ke tahun hadapan.

Ya Tuan Puan, cuti yang anda kumpul sejak zaman mikroorganisma kot putih takkan kekal buat selamanya.

Jadi bagaimana mahu kira berapa cuti yang akan dihapuskan pada tahun tersebut?

Ada DUA syarat dalam pengiraan cuti luput;

Cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga sekiranya tidak diambil.

HRMIS – Soalan Lazim

Jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang.

HRMIS – Soalan Lazim

Berikut adalah contoh pengiraan cuti luput yang diambil dari HRMIS sendiri; ya saya memang tak ambil cuti banyak. GCR pun saya teringat nak buat pada tahun 2018 dan 2020, tahun lain lupa dan terlepas.

TAHUNCUTIDIAMBILBAKILUPUTGCR
20161841400
201714 (’16) + 25122 (’16) + 2500
20182 (’16) + 25 (’17) + 251413 (’17) + 250 (’16)25 (’18) – 12
201913 (’17) + 13 (’18) + 25121 (’17) + 13 (’18) + 251 (’17)0
202013 (’18) + 25 (’19) + 2567 (’18) + 25 (’19) +257 (’18)25 (’20) – 12
202125 (’19) + 13 (’20) + 25 0025 (’19)0

Baki cuti pada tahun tersebut akan ditolak cuti luput dan GCR sekiranya ada, sebelum dibawa ke tahun hadapan. Tak semua penolakan dibuat berdasarkan tahun lepas-lepas, tahun semasa pun ada sebenarnya.

Kesimpulannya kalau penat, rehatlah. Cuti bukan milik kita selama-lamanya. Habiskan sementara masih bersisa.

Sekadar penulisan untuk rujukan masa depan, alang-alang dah buat research

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Komen di sini, bukan di tempat lain