Olahan daripada opera Dinasti Yuan, Zhao Pan Er Menyelamatkan Pelacur, cerita tentang kembara tiga perempuan tersakiti pergi ke Ibu Kota. Seorang dikhianati tunang kahwin perempuan lain, seorang kena cerai suami demi isteri muda, dan seorang lagi didera suami mata keranjang.
Screenwriter oleh ZhangWei yang sebelumnya menulis skrip Legend of Dugu, Legend of LuZhen, Legend of BanShu, Imperial Doctress yang rata-ratanya memang cerita perempuan kelas bawahan menongkah arus jadi perempuan berkuasa.
Malah LiuYifei pakai suara sendiri, memang terus InstaBuy.
Setelah berpuluh episod dihidangkan dengan drama perniagaan dan konflik percintaan, pengakhirannya disudahi dengan kembali kepada tujuan asal tiga perempuan pergi ke ibu kota; demi menghukum seorang lelaki.
Isunya biasa sahaja; saya nak saman kekasih saya kerana putus tunang kemudian cari pempuan lain, tapi diviralkan jadi perjuangan rakyat menuntut keadilan daripada kerajaan. Satu ibu kota datang ke mahkamah siap kutip derma isi Tabung Harapan bayar kos perbicaraan.
Seperti cerita klise yang lain, permulaan babak sahaja sudah mendidihkan darah; sebelum buat petisyen kena sebat 20 kali dahulu apatah lagi hakim di meja pengadilan kaki rasuah. Tapi sedapnya kerajaan balas tuntutan rakyat dengan keadilan; hakim ditukar, tak perlu disebat, malah Emperor sendiri turun padang jadi pemerhati. Dua-dua menang di mata penonton.
Penghujungnya, tiga pempuan dengan hasrat berbeza; daripada “saya nak kahwin dengan penuh stailo” sampailah “mohon kerajaan tukar polisi,” sama sahaja nilai darjatnya di hadapan seorang Emperor. Mesejnya, tak perlu join politik untuk jadi orang besar, cukuplah jadi ketua dalam rumah tangga.
Dah lama ending CDrama tak sedap begini.