KLP48 NFC Album Keychain

TENTANG KLP48

Sister group kepada AKB48 akhirnya debut di Malaysia. Generasi pertama bermula dengan 13 member; Devi, Suzuha, Hillary, Lucine, Cocoa, Yi Shyan (kapten), Salwa, Yurina, Amanda, Ann Drea, Haruka, Khalies, dan Tiffany.

Single pertama Heavy Rotation versi Bahasa Melayu, dengan setlist performance sewaktu debut; Aitakatta (Japanese), High Tension (Japanese), Namida Surprise (English) dan Shonichi (Chinese).

IDEA & PRE-PRODUKSI

Idea awal datang disebabkan tiada CD fizikal dikeluarkan untuk single pertama. Replika Mini CD album dilihat terlalu biasa, maka tambahan fungsi NFC dirasakan mampu membantu promosi video muzik mereka.

Agak sukar juga mencari khidmat penghasilan keychain disebabkan kekangan kos dan keperluan minimum order quantity. Persoalan yang hadir dalam fikiran adalah perlukah dijual untuk menampung kos, dan jika dijual bukanlah persoalan permintaan pasaran tetapi lebih kepada moral adakah jualan unofficial merchandise itu patut.

GIVEAWAY

Setelah mempertimbangkan banyak perkara maka saya membuat keputusan untuk mengedarkan keychain secara percuma sahaja dan Giveaway Gleam ini adalah survey untuk melihat sambutan dalam kalangan peminat.

Banyak perkara baru yang saya belajar melalui giveaway ini. Antaranya rekaan borang menggunakan Google Form Extension untuk membolehkan bilangan keychain yang masih available boleh dipaparkan secara automatik. Selain itu juga saya pertama kali belajar menggunakan App Pos Laju untuk penghantaran secara bulk.

GOING FORWARD

Ini adalah permulaan ke arah penghasilan merchandise yang lebih baik. Hasil akhir produk dapat dijadikan rujukan untuk design seterusnya pada masa akan datang.

Idea juga timbul supaya pembungkusan secara blister atau clamshell packaging untuk terbitan akan datang supaya lebih kemas dan menawan.

Terima kasih kepada semua yang menyokong projek ini samada melalui penyertaan giveaway mahupun mereka yang tidak segan silu menegur saya di event-event KLP48. Nantikan keychain untuk single seterusnya.

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *