Couple Islamik

Saya re-post entry ini untuk tatapan pengunjung baru. Mungkin idea yang saya ketengahkan dalam entry ini dahulu agak mentah, tapi bagi saya, cukup untuk membuka sebuah ruang untuk persoalan yang boleh difikirkan. Selamat membaca.


Post ini adalah ditulis oleh seorang pelajar perubatan, bukan ustaz nor ustazah. Sila rujuk alim ulama’ sebelum mengambil sebarang idea songsang dalam entry ini.

COUPLE?

Berkunjung ke mana-mana ruangan di internet, betapa bosannya bila mendengar persoalan ‘couple’. Lebih-lebih lagi apabila website tersebut bercirikan Islam, lebih banyak persoalan dikemukakan, yang kadang-kadang terasa rimas untuk dijawab oleh moderator agama di situ. Lihat saja di sini.

Kadang-kadang, lebih teruk lagi apabila jawapan-jawapan yang diberikan seolah-olah di-counter balik dengan persoalan yang lain. Hinggakan akhirnya menyusahkan penanya sendiri, seumpama kisah dalam surah al-Baqarah, lembu betina dengan kaum Nabi Musa AS.

Sepintas lalu saya melihat jawapan-jawapan ustaz-ustazah, semuanya mengatakan haram dengan illah maksiat yang akan dibuat oleh ‘couple’ tersebut. Kemudian akan di-counter dengan persoalan: “Kalau kitorg tak berhubung langsung ustat?” atau “Kitorg couple tapi just message je”. Kemudian akan ade jawapan: “Itu semua zina hati. Elakkan”. Maka, akan ada persoalan seperti ini.

Saya tidak nafikan semua jawapan tersebut benar, malah tidak ada yang benar melainkan benar belaka. Kerana persoalan pokok yang diajukan adalah “Adakah couple haram”, penanya pula adalah golongan muda, penjawab adalah ustat, dan uruf masyarakat: “couple itu adalah hubungan sepasang kekasih yang berpegangan tangan, beromen, naik motor berpeluk-pelukan, bercium, chat-sex, malah ada yang sampai ke tahap zina”.

DEFINISI COUPLE

Jadi saya terpanggil untuk menyebut isu ini secara ringkas, supaya tidak menjadi fitnah kepada cinta yang fitrahnya adalah suci, supaya masyarakat tidak berfikir bahawa ‘cinta’ itu haram, supaya ‘golongan couple’ tidak lari daripada pendakwah.

Oleh sebab ‘couple’ bukan Bahasa Malaysia, maka menurut kamus Inggeris, COUPLE bererti:

n.
1. Two items of the same kind; a pair.
2. Something that joins or connects two things together; a link.
3. (used with a sing. or pl. verb)

1. Two people united, as by betrothal or marriage.
2. Two people together.

4. Informal. A few; several: a couple of days.
5. Physics. A pair of forces of equal magnitude acting in parallel but opposite directions, capable of causing rotation but not translation.

Jadi ada dua erti ‘couple’, namun yang biasa digunakan adalah definisi nombor dua. Kenapa tak nak guna definisi nombor satu?

SITUASI SEMASA

Pemikiran ini patut diubah, supaya tidak menjadi fitnah buat Islam. Dunia ini ada dua jalan, halal atau haram. Jadi mengapa tidak dalam isu ‘couple’?

Kadang-kadang rasa sakit dan pedih bila ramai yang menghukum ‘couple’ itu haram, sedangkan dia belum membaca keseluruhan artikel. Kemudian disebarkan kepada rakan-rakan tanpa sebab yang jelas.

“Uih, takleh kapel2 nih, baik ko berpisah je ngan Aini tuh. Haram haram. Zina hati. Maksiat. Keji dan mungkar. Berdosa, masuk neraka beb.”

Ini adalah jawapan yang sering diterima bila seorang lelaki bertanya apa yang dia patut buat setelah dia sedar kesilapan dalam ber-‘couple’ yang telah dia lakukan. Maka, tenggelam lah lelaki ini dalam 2 pilihan, perempuan atau agama, sedangkan kita tahu dan sedia maklum bahawa masalah perasaan nih bukan boleh main-main.

Adakah mereka di luar sana yang cuba membetulkan kaedah ber-‘couple’ yang dia lakukan? Beri cadangan dalam bentuk memahami? Kadang-kadang ada cara lebih baik dalam mengelakkan dosa, selain daripada meninggalkan perbuatan tersebut.

‘Ko try propose dulu, tengok dia terima ke tak, kalau bertunang pun ko rasa still wat dosa gak, kahwin terus.’

“Woi ko gile ke? Aku form 5, dia form 3, nak kahwin hape? Bangang punye olang”

Habis tuh, apa tujuan ber-‘couple’? Nak berseronok? Main-main? Cinta blogger? Sekadar nak puaskan nafsu? Atau kurang kasih sayang seorang ibu maka dicarinya kasih sayang perempuan lain?

Remaja sekarang kebanyakan berfikiran seperti ini, sebab itu tidak hairan kalau ‘couple’ terus dilabel sebagai haram.

COUPLE ISLAMIK KAEDAH SONGSANG

Ber-‘couple’ bertujuan ke arah perkahwinan, sebagaimana definisi ‘by betrothal’ tadi. jadi, tiada makna ber-‘couple’ kalau tidak sampai ke jinjang pelamin. Tapi sebelum sampainya ke jinjang pelamin, banyak cabaran menanti.

Ada yang tak cukup duit, masih lagi belajar, tiada komitmen berkeluarga, tak nak terikat dengan hubungan kekal blablabla. Ini semua alasan bodoh mereka yang ingin lari daripada tanggungjawab perkahwinan, ber-‘couple’ pada dasarnya hanya ingin main-main, suka-suki, orang kata, ‘test power’.

Jadi di sini saya perkenalkan, kaedah “Couple Islamik Kaedah Songsang”, diadaptasi daripada pemikiran songsang rakan saya, Pemenang. Bagaimana? Biasanya ‘couple’ bermula dengan terbit rasa sayang terhadap pasangan, kemudian lelaki akan propose, “Nak jadi awek saya tak?”. Lalu si perempuan akan kata, “Nak.”

Jadi, saya manipulasikan persoalan si lelaki supaya bertambah satu: “Kalau camtuh, jom kahwin.” Kalau perempuan tak nak, lelaki akan jawab “Tak nak sudah.” Tak payah ber-couple, senang cerita, rasa sayang tuh lama-lama hilang.

“Idea ko memang gile dinmat, kalau macam tuh, sampai ke tua aku kena rijek.”

Sabar, belum habis lagi. Sebenarnya yang saya maksudkan di sini adalah, akad nikah untuk menghalalkan perhubungan, kemudian ikut suka nak buat apa. Tak tinggal serumah pun tak mengapa, buat macam biasa. Asalkan ada permuafakatan kedua-dua pihak. Selepas habis belajar, buatlah majlis persandingan ala-ala ‘Wedding of the Year’.

Orang kata, kalau ber-‘couple’ kena ada ‘couple ring’, kena ‘dating’, tengok bintang berdua di tepi tasik Titiwangsa, berjalan kena pegang tangan, bertukar-tukar hadiah, dll dsb. Siapa nak halang kalau anda sebut,”kami dah akad nikah wahai encik pencegah maksiat.” Tapi dalam masa yang sama, masih lagi tinggal di rumah ibubapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb. Salah ke kaedah ini?

Penekanan di sini, tolak ke tepi soal kewangan, soal belajar, soal anak, soal nafkah, menjadi nombor dua. Bukan dibuang yea, tapi didahulukan soal HALAL wa HARAM. Bila dah ada akad, ada keHALALan dalam hubungan, baru berbicara soal-soal lain.

NEGATIVE EFFECT

Tapi kaedah ini ade kenegatifannya. Seolah-olah perkahwinan satu perkara main-main, sekadar suka-suka. Bila rasa tak serasi, bercerai-berai. Seoalah-olah perkahwinan bukan tanggungjawab.

Jadi, berbalik pada persoalan pokok sepertimana peribahasa: melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mungkin kaedah di atas sesuai untuk pasangan yang betul-betul komited dalam perkahwinan. Mungkin. Yang sedar bahawa tempoh ‘couple islamik cara songsang’ ini, adalah sebagai persediaan sebelum mereka mendirikan rumah tangga yang sebenar.

PENUTUP

Kesimpulan, usah libatkan diri dalam cinta, couple dll dsb kalau belum bersedia. Ianya hanya menyusahkan diri, pasangan, keluarga dan sanak saudara. Tapi, antara bercerai pada akhirnya, dengan maksiat dalam hubungan, yang mana lebih anda suka? Fikir-fikirkan.

Perkahwinan bukan sekadar satu tanggungjawab, nor sekadar cintan-cintun. Tapi ianya satu tanggungjawab untuk bercinta, dan rasa cinta akan tanggungjawab.
– HafizAdam –

IKLAN!
Main game ni boleh menang PS3 dan HDTV?

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

5 thoughts on “Couple Islamik

  1. tu la yg di panggil kahwin gantung…buat yg wajib dlu..hukum halal dan da bbrpa forum sarankan tuk atasi gejala sosial arinih…cuba googling..

    1. malangnya dulu orang tak terfikir malah mungkin menganggapnya loser.
      lihat bila tarikh karutan ini ditulis. 40 tahun yg lampau tuan2 ;)

Komen di sini, bukan di tempat lain