Salah satu perkara yang saya akan buat apabila pulang ke rumah setelah sekian lama berada berjauhan adalah meneliti rak buku di ruang tamu. Sejak sekolah menengah lagi, tiap kali pulang dari asrama, saya akan merenung rak buku. Bukan keseluruhan, tapi cuma pada satu sudut; sudut novel milik saya.

Samada terdapat buku yang hilang atau rosak, setiap kali saya pulang, memang akan ada perubahan terhadap novel-novel di ruang tersebut. Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sesuatu.

Rinduku umpama ombak yang tak berhenti,
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti.

Sungguh menakjubkan rupa novel Ombak Rindu ini. Tiada kulit, malah benang pengikat helaian mukasurat sudah ada yang terputus-putus. Agaknya manusia mana yang mengganas dengan novel ini?

Ombak Rindu merupakan antara novel cinta terawal yang saya baca, dan memperkenalkan saya dengan Fauziah Ashari. Satu lagi buku beliau, Setia Menanti turut menjadi faveret saya kerana temanya lain dari yang lain. Orang kata, novel cinta senang dijangka. Tapi, novel cinta sepertimana drama di televisyen, yang menarik perhatian adalah bagaimana sesuatu plot itu diolah.

Bagi saya, Ombak Rindu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Perwatakan watak-watak dalam novel ini konsisten, dan berubah perlahan-lahan menyebabkan kita tidak terasa perubahan watak ke arah yang lebih baik. Konflik dan plot juga diolah dengan baik walaupun unsur cliche seperti ‘tidak sengaja terdengar perbualan’, ‘bukan anak kandung’ itu masih digunakan. Tapi, unsur inilah yang mencipta konflik, kan? XD

Paling penting, saya suka dengan sifat Hariz yang tak pernah berhenti mencintai isterinya walaupun diguna-gunakan. Serta sifat Izzah yang setia menanti walaupun suaminya bagaikan bukan suami. Dua komponen inilah yang menggerakkan jalan cerita dan membina hubungan yang erat antara mereka.

Sebenarnya saya tertarik dengan judul ini kerana beberapa bulan lalu saya teringat bahawa novel ini bakal difilemkan. Maka, semalam saya meng-Google dan mendapat tahu bahawa filem ini bakal dibintangi Aaron Aziz (Hariz), Maya Karin (Izzah) dan Lisa Surihani (Mila Amylia). Penggambaran sudah bermula beberapa hari menurut status Lisa Surihani dalam Facebook beliau.

Pendapat saya, pemilihan aktres agak cacat kerana Izzah adalah gadis kampung, Maya Karin saya lihat kurang sesuai membawa watak tersebut. Lisa Surihani? Mila Amylia wataknya bukan terlalu menggoda, tetapi mungkin sedikit mengada-ngada dan garang seperti Hariz.

Satu perkara lagi, konflik dalam novel adalah sangat banyak, tetapi tidak meleret-leret yang saya kira kurang sesuai untuk dijadikan filem. Olahan scene akan menjadi terputus-putus dan seperti tiada kesinambungan sekiranya tidak diolah dengan baik. Sepertimana saya tidak meminati I’m Not Single, tetapi meminati Adamaya, saya berharap agar Ombak Rindu diadaptasi kepada drama di kemudian hari.

Sebelum menutup entry kali ini, Ombak Rindu merupakan Trilogi. Sambungannya, Cinta Tiada Akhirnya dan diakhiri dengan Rindu Cintaku. Kedua-duanya saya belum berpeluang untuk membacanya. Mungkin boleh dicari selepas ini.

Tapi orang kata, sequel biasanya tidak sebaik episod satu. Kalau tak nak menghancurkan persepsi terhadap Ombak Rindu, lebih baik jangan dibaca. XD

IKLAN!
Did you know that World Ocean Day is on the 8th of June? Let’s celebrate it by pledging to “Live Green”