Kalau sesi lalu, saya memperkenalkan “Harapan Baru untuk PERUBATAN” sebagai slogan kempen Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN, tahun ini saya masih lagi memikirkan slogan yang sesuai. Memandangkan JPP2010 bakal memperkenalkan sistem baru, saya terfikir untuk menggunakan slogan Barrack Obama: “Change We Can Believe In“, diubahsuai menjadi:

Yakin Dengan Perubahan

Disebabkan saya sekali lagi menjadi JPP buat kali ketiga, saya terpaksa menjadi neutral dan semua aktiviti yang saya lakukan sepenuhnya untuk kempen Pemilihan, bukan untuk kempen Calon. Namun begitu, kempen Pemilihan adalah bebas dipergunakan pihak lain. Tiada masalah.

Slogan ini saya terfikir kerana beberapa perkara:

1. Perubahan sistem

Sejujurnya, melalui borak kosong bersama pegawai JPP yang lain serta rakan-rakan, ada juga suara yang tidak yakin dengan kejayaan sistem ini. Ini disebabkan oleh sistem baru yang dinamakan “Pencalonan” ini lebih ke arah sukarela, atau dengan kata yang lebih kasar – gila kuasa. Situasi yang tidak diingini adalah; 1. Tiada ahli yang sukarela, 2. Ahli yang sukarela dikatakan gila kuasa.

Dan ini membawa kepada nombor berikutnya:

2. Perubahan mentaliti ahli

Pertama, mentaliti untuk menjadi sukarela. Kedua, mentaliti bahawa sukarela itu bukan gila kuasa. Ketiga, mentaliti untuk memberikan sokongan walau siapa pun yang menang.

Terdapat kebimbangan terhadap ketiadaaan sukarelawan, dan juga bibit perpecahan, tapi seperti slogan Pemilihan tahun ini;

Yakin Dengan Perubahan.

Kita yakin ahli sudah matang, yakin untuk membuat keputusan, dan berani melangkah ke depan untuk menjadi pemimpin.
Kita yakin ahli sudah matang, sokongan untuk satu pihak, tidak bermakna tidak menyokong pihak yang lain, kerana keduanya sama-sama inginkan yang terbaik untuk persatuan.

Kalau Lembaga Penasihat tidak yakin, bagaimana mungkin sistem ini dijalankan? Dan perubahan itu harus dilakukan dengan keyakinan.

Akhir sekali, teaser ini adalah video paling bodoh saya pernah buat. Tiada kaitan langsung arnab dengan Pemilihan. Tapi sebagai pembukaan kempen Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN 2011/2012, mungkin sudah memadai. Nantikan lebih banyak buah tangan daripada Unit Penerangan, kerana tahun ini saya berazam mengulangi kejayaan kali pertama saya bergelar pegawai JPP dulu. =)


p/s: Jangan lupa klik LIKE. haha