Bimbang…

Ahah tiba-tiba rasa bimbang.

1. Bimbangkan keselamatan

Kisah akhawat dicederakan, serta peringatan daripada kak Remi mengenai keselamatan akhawat sangat membimbangkan.

Super senior akhawat dulu-dulu sangat ganas. Ingat lagi kak Battah yang diumpat kerana suara beliau (bukan saya tapi orang lain :P). Biasalah; mengumpat dan bercerita tentang orang adalah perkara yang best. Abang Hamdan pun sama. Dengan kami bercakap lemah lembut, tapi dengan Arab, macam menjerit dan menengking. Mungkin kerana zaman dulu duduk seorang diri. Orang kata kena pandai berdikari. Kena adapt dengan budaya Arab. Bercakap kena kuat. Kena kasar. Kena ganas.

Akhawat zaman sekarang lemah lembut, kontrol ayu, bersopan santun dan sering tersenyum. Mungkin akhawat sekarang manja. Mungkin juga kerana sudah ramai. Semua tindak tanduk dilihat ikhwah. Jatuh maruah kalau kasar. Dulu juga disangka ramai menjadikan kita berada di zon selesa, tapi kini sebaliknya. Ramai menyebabkan banyak pilihan untuk dikacau dan payah untuk dijaga.

Hari ke hari makin banyak kes yang berlaku. Propagation effect. First time success akan membawa kepada lebih banyak rentetan peristiwa. Macam dulu mula-mula nak fly takut-takut, tapi bila dah fly sekali, makin ketagih nak buat. Mula-mula nak mencuba, check keadaan sekeliling clear atau tidak, tapi bila dah jadi veteran, terus lompat dah tahu keadaan sekeliling selamat.

Selagi tak dibendung, selagi percubaan mereka terus berjaya, peristiwa ini akan terus berlaku. Malah makin mengganas.

2. Bimbang nak jadi musyrif.

Bukan sebab takut tercedera atau apa. Takut kalau-kalau mangsa kejadian adalah akhawat yang dimusyrifkan.

Bayangkan, musyrif berada di depan. Takkanlah tiap kali nampak Arab nak sergah diorang kot. Itu namanya paranoid.

Bayangkan lagi kalau Arab tu muka baik alim pakai jubah dengan serban, sebaik sahaja melintasi kita terus disambarnya akhawat di belakang. Apa nak buat? Marah? Kejar? Pukul? Tembak? Sepak? Lempang?

Benda dah jadi. Apa yang kita boleh buat sebenarnya? Akhawat dah kena raba, Arab dah puas hati, Akhawat tengah trauma nangis-nangis, Arab dah melarikan diri. Prevention is better than cure.

Sekarang ini isu keselamatan adalah perkara wajib. Tak kiralah jadi musyrif mengikut jadual, ataupun sekadar lalu lalang ternampak akhawat; menjadi kewajipan untuk memantau keselamatan mereka. Saya bimbang kalau amanah yang dipikul ini gagal dilaksanakan dengan baik.

3. Kesimpulan?

Kesimpulannya, cuba sedaya upaya, elakkan keluar malam, elakkan melalui kawasan hitam. Biarlah jauh sikit buat pusingan U-turn.

Bawa senjata yang mudah dicapai dan digunakan. Kronologinya, kita hentak dengan kayu besbol sampai rebah. Selepas itu, sembur pepper spray pada mata. Kemudian ketuk paku di kepala dengan tukul. Kalau berani, masukkan paku sebagai catheter. Finishing touch kita kelar muka dengan pisau lipat. Nak lagi best kita potong masuk dalam botol.

Akhir sekali, musyrif dan akhawat kenalah masuk kelab taekwando atau judo atau street fighting. Tak pun pergi GYM. Bukan join JIM! Daftar dengan insan di bawah:

Kalau berkemampuan, musyrif mesti 2 orang paling kurang. Seorang di depan, seorang di belakang. Kalau 10 lagi best; setiap sudut boleh jaga. Mungkin juga boleh assign seorang untuk jadi Team Peninjau untuk memastikan keselamatan jalan yang bakal dilalui. 2 orang jadi artillery bersedia di belakang, seorang lagi di belakang sekali jadi Sweeper memastikan tiada akhawat tertinggal. :P

Kaedah terakhir; kahwin. Jalan-jalan boleh duduk bawah ketiak suami. Arab tengok pun tak sempat nak kacau; cik abang dah tepis. Nak duduk bawah ketiak musyrif nanti kena tangkap JAKSI. Pilihlah sesiapa yang taff, ada six pack. Contohnya dalam gambar di atas.

Doa banyak-banyak. Moga tahun baru 2011 membawa sinar harapan yang baru. Doakan agar kita semua selamat harta, maruah, jiwa, raga, bakul, tupperware, untuk tahun-tahun berikutnya. =)

Author: Hafiz Adam

MBBCh (Cairo) | BPnP (Cairo) | Pegawai Perubatan selalu kena maki | Kaki drama Asia | Beli buku untuk simpan | Blog tempat membebel sorang-sorang

22 thoughts on “Bimbang…

  1. ok. aku terpaksa akui
    muka safwan dalam ini comel
    hikhik
    oh dan nak kena latihan menumbuklah aku rasa
    kalau jumpa bahagian mana yang harus di tumbuk
    tekak, batu dan sebagainya
    serius

  2. ouf, mustrip ytg taff…

    nice strategi tuk 10org mustrip…
    lau sorang mustrip, akhowat kene tgu ½jam, 10 org 5 jam.. hehe

    buat pasukan cek point kat tempat2 gelap(xde lampu?)

  3. salam. dinmat mmg berperanan besra mengutarakan isu ni spy x diabaikan begitu saja.

    cadangan utk kumpulan artillery tu(ke kumpulan peninjau) memang idea yg bernas. even di belah ustat2 mmg ada.

    akhowat (n ikhwah skali) kena tau cmne nk bertindak dalam keadaan tersebut.

    contoh : apa yg boleh dijerit yg menyebabkan arab amik cakna, mcm “harami” ke.

    contoh : bahagian mana yang boleh ditumbuk dan berkesan untuk menumbangkan seorang lelaki.

    ada 2 part yg efektif, satu, groin(of course lah), kedua,dekat leher, lateral side, dekat pangkal carotid arteri sbb ade carotid sinus. maybe boleh panggil org bepengalaman mcm tong utk ajar cmne akhowat nak tumbuk dengan efektif walaupun saiz penumbuk perempuan kecik je.

    tapi apa-apa hal pon, cara paling bagus adalah, untuk tidak keluar di malam hari, dan elakkan terus bjalan di laluan yg tiada orang. lalulah di kawasan jalan besar sahaja, yg ada ramai orang.

    Allahu A’lam,

    isu ni isu besar, itu mmg pasti

  4. this post is so funny! semalam safwan dah cadangkan akhowat amik kelas parkour dengan sagoff supaya boleh lompat merentasi bangunan maka xperlu lalu di jalanan.

    pemerkasaan dari pihak akhowat pun sangat penting. xboleh terlalu dependence harapkan orang lain, mentang2 la ada member sebelah or mushrif kat depan; the last line of defense is ourselves. ape salahnye akhowat pukul orang (meskipun ada mushrif)?

    seriously, i’m touched. thanks, akhowat bertuah sebab ikhwah2 di sini semuanya bertanggungjawab. so kitorang pun kene bertanggungjawab juga.

      1. sorry, kelakar was the part AMP tu. sape suh sengal2 dalam post yang serius, kan dah ada orang gelak2 cam saya ni?

  5. kak faiq yang paling lembut di kalangan snr pun.. ble deal dgn pak cik teksi, mak aih, tegasnye!

    atiqah.. benda mcam tu mungkin kita boleh fikirkan.. tapi reflex akhowat biasanya tak setangkas itu.. lebih kepada tergamam

    cumanya blaja forensic awal bleh membantu kot.. dulu kak rem penah cite kalau pukul certain part yg ad sympathetic ganglion (ke para?) lg2 yg abundant mcm kat telinga orang tu bleh trs pengsan (kot).. ye ke x.. entah

    1. haah doktor akef ada cakap, sebab telinga tu bile dilesing akan evoke vagal stimulation! haha

      i am sorry akhowat i generalized. tapi sampai bile nak tergamam je.. :(

      masa tahun satu saya nampak kawan kene kacau, kitorang sengal gile memang xde mushrif malam tu (sebab kami in gerombolan), even when i tried to leraikan budak2 tu, still tak berkesan. kejadian itu mengajar saya supaya lebih reflexive when it comes to pengacau..

      ah and yes guna mushrif malam2.

    2. trigger areas sayang..kwsn yg rich dgn parasympathetic supply mcm larynx, external ear, precordium, epigastrium, testes..

      oh tumbuk kat carotid sinus pon okay gak

      mati terus kene vagal attack haha

  6. hik2 ya, propagation effect.

    Kami membuat kesimpulan bahawa kalau masa tahun 1 dulu kitrg baru dok sini, budak2 tu masih kecil dan baru nak kenal2..

    Sekarang selepas 4-5 tahun, kanak2 tu sume dah membesar, kalau dulu takat acah2 dan tarik2 baju je, sekarang dah pandai pegang2..sekali buat berjaya dan akhawat2 ni tak berani melawan, esok lusa buat lagi…makin takde org nk pukul die, makin die berani buat benda lagi teruk..

    Aku rasa nak ajak ikhwah ramai2 p belasah kalau jumpa budak ni wat kacau kat tangga metro lagi..

    1. “Aku rasa nak ajak ikhwah ramai2 p belasah kalau jumpa budak ni wat kacau kat tangga metro lagi..”

      idea yg menarik..tp kena pk gok apa kesan kalau kes ini dibawa ke pihak polis..dah laa markaz polis sblah tu je…(polis kat sini bukan bleh pcaya pon)

      mushrif bukan hnya diperlukan di mesir,bahkan di msia..

      ikhwah jg perlu bhati2,sbb ada kes org arab kejar bdak laki melayu yg di mata mrk cam lembut2 skit

      marilah sama2 bdoa moga Allah lindungi keselamatan kita semua~

      1. concern kitorang bermula sebab Fayyadh (belah kanan dalam gambar AMP di atas) tu kena kacau gak. balik kelas pukul 1 petang.

        maka kitorang terfikir kalau Fayyadh tough sasa camtu pun kena tarik2, apatah lagi akhawat?

          1. haha mcm2 ah korg
            ad 2 pacik arab bw guni depan aku mase tu
            bdk2 skola tu tarik guni tu,dorang punggah2 isi tu sambil gelak2 kn pacik 2 org tu
            sorg pacik tu tarik aku,xtau ah asl
            mtk tlg kutip isi guni tu kot
            xpun mtk aku mrh bdk2 tu
            pacik2 arab pun kene kaco doh lalu situ
            dorang pun perlukan khidmat AMP
            hahaha

  7. ape2 je la korg nih, mne tau kslhn kte sendiri yg m’dtgkn mslh kpd dri kte sendiri.

  8. Wahh bagus gila entry. HAHA

    bagus gak kalau dapat share kat member-member yang tak suka guna musyrif ni.

    kitorang ni budak fes year, biasalahh, ramai je yang anggap benda ni macam tah pape, menyusahkan. tapi kekadang tu sebab ikhwah jugak la si akhawat takmoh musyrif2 ni. bila kitorang mintak tolong, diorang tak mau. adehhh ==

    1. di Malaysia mungkin boleh di-apply dalam keluarga (abang temankan adik perempuan keluar malam) kerana seperti yang sedia maklum, perempuan memang pantang dikongkong.

      kalau di luar negara (selain Mesir) mungkin konsepnya ada dipraktikkan tapi tidak dipanggil musyrif.

      apa pun, sistem ini hanyalah sebagai satu usaha melindungi perempuan di waktu malam. mungkin terbaik di sini, mungkin tidak baik di sana.

Leave a Reply to ZidaCancel reply