Satu hari saya bermesej dengan seorang rakan. Di Malaysia je seronok bermesej sambil guling-guling atas katil. Di Mesir nak main mesej jawabnya baiklah ber-YM. Mesej punya mesej, tiba-tiba masuk topik kahwin. Seperti biasa, soalan yang keluar adalah:

Bila nak kahwin?

Seperti biasa juga, jawapan saya:

Malas. Perempuan ni menyusahkan.

Seperti biasa lagi, saya akan dapat balasan sebegini:

Habis tu, mak engkau bukan perempuan?

Tadi tanya pasal kahwin, tiba-tiba masuk bab mak bapak. Bukannya kita nak kahwin dengan mak kita!

Perempuan Itu Menyusahkan…

…Maka selagi saya belum bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup, saya akan menahan diri daripada kahwin. Juga sekadar menjawab soalan:

Mak saya perempuan dan beliau amat menyusahkan. Sikit-sikit kena beli, sikit-sikit kena tolong. Tapi, saya telah bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup demi mak saya kerana saya sayangkan mak saya. =)

OK, kenapa perempuan bergelar ISTERI menyusahkan?

1. Apa-apa yang dia tidak tahu, kita kena cover.
Kalau tak tahu memasak, terpaksalah kita masak. Kenapa?

  • Adakah anda ingin kebulur?
  • Menyediakan makanan tanggungjawab suami, bukan isteri XD

Kalau bujang, senang. Minum air masak 3 hari pun masih OK.

Kalau tak tahu memandu, kitalah yang kena menghantar-mengambil setiap hari. Argh~

2. Apa-apa yang dia tidak berkenan, kita kena sabar.
Pilih punya pilih, semua dia tak berkenan. Terpaksa pergi tempat lain. Tak kiralah shopping ke, makan ke dll dsb. Kalau tak sabar, alamatnya berperang. Dingin atau sejuk, bergantung pada situasi.

Kalau bujang, senang. Semua dirembat asalkan selesa.

3. Bila-bila dia perlukan kita, kenalah temankan dia di sisi.
Bayangkan anda sedang bermain Counter-Strike dengan jayanya, tiba-tiba dia telefon kerana sakit nak bersalin. Mood anda pasti spoil kerana terasa rugi berjaya membunuh ramai Terrorist. Kalau tak pergi, nanti digelar suami keji tak berhati perut.

4. Bila-bila kita sembang dengan perempuan lain sepatah, dia mula jealous.
Lagi teruk, dia sembang dengan lelaki lain sikit, kita dah rasa lain. Akhirnya bila di depan dia, kenalah cover sikit perangai dengan kawan perempuan. Tak boleh bergaul bebas. Letih nak berlakon ni. Lagi-lagi kalau kawan perempuan kita ada gosip latest biasalah perempuan, kan dah melepas satu berita baru. =P

5. Siapa-siapa yang simpan ada perempuan tentu tahu. 50% gaji bulanan habis untuk beli hadiah. Nak pujuk kena beli hadiah, anniversary nakkan hadiah, lulus SPM nak hadiah, birthday memang memerlukan hadiah.

Kalau hadiah simple macam cincin ke, kalung ke, mudah. Tapi kalau birthday dia jatuh waktu tengah mengandung, minta pelik-pelik sedozen tuala wanita tak pening nak pilih Kotex ke Laurier ke Always. Nak wing ke tak nak. Nak tanya cashier Seven-Eleven, dia pun lelaki. Kalau cashier perempuan, dituduh gila seks. Masalah. Lagi masalah, perempuan mengandung perlukan tuala wanita ke? XD

Kesimpulannya:

Untuk lelaki, selagi anda belum bersedia untuk menyusahkan diri seumur hidup demi seorang perempuan bergelar isteri, jangan kahwin. Malah jangan dicari pun seorang perempuan. Tanggungjawab perkahwinan sangat berat hingga salah seorang rakan saya lelaki menitiskan air mata sejurus selepas melafazkan akad nikah =). Puasalah banyak-banyak.

Untuk perempuan pula, sekiranya anda melihat saya menyusahkan diri demi anda, itu namanya ‘hint’. Haha =P

IKLAN!
See if you have the guts to try this one…