Asalnya ingin bercerita tentang drama Dong Yi, serta Yi San. Tetapi masyarakat sekarang menyebabkan saya ingin membebel tentang fenomena paranoid.


1. Freemason

Dulu heboh dengan Freemason. Mentang-mentang ada dokumentari The Arrival, semua benda akhirnya dikaitkan dengan Freemason; secret cult yang bertujuan menguasai dunia.

Kotak hitam putih, piramid satu mata, gadis baju merah blablabla dsb etc.

Maksud saya; Apa kesannya kita tahu semua benda tu? Murtadkah?

Oh design kotak-kotak hitam putih ni merupakan unsur Freemason maka kita mesti tukar jadi belang-belang kelabu tahi anjing. Bumbung rumah berbentuk segitiga maka kita kena tukar jadi macam rumah Mesir rata. Boikot Anugerah Juara Lagu kerana mempamerkan unsur Freemason dalam rancangan mereka. Logo JPA ada piramid dan sebiji mata maka JPA adalah ejen Freemason, ramai-ramai jangan ambil biasiswa JPA.

Saya tak kata Freemason tak wujud. Politik adalah sesuatu yang tidak mempunyai kebetulan. Kalaupun ada, ianya adalah diciptakan (dalam konteks ini, Tuhan tidak termasuk).

Maka kalau tiba-tiba Husni Mubarak dijatuhkan kerana rusuhan, ia bukan secara tiba-tiba kebetulan seluruh rakyat bangkit; ia adalah dicipta. Ia hasil faktor luar. Mungkin perancangan jahat Ikhwan Muslimin. Mungkin juga Amerika berpaling tadah terhadap sekutu mereka kerana Husni Mubarak menikam Amerika dari belakang senyap-senyap.

Kalau tiba-tiba ada calon Perwakilan Mahasiswa menarik diri atau hilang, ia bukan kebetulan. Ianya disebabkan faktor luar. Mungkin diugut, mungkin diculik. Bukan suka-suka mereka berbuat demikian.

Ini adalah konsep POLITIK. Maka saya tidak menolak kewujudan Freemason. Banyak buku membicarakan tentang hal ini.

Tapi tolonglah jangan paranoid. Semua benda ingin dikaitkan dengan Freemason. Kalau bukan Freemason, Yahudi. Kalau bukan Yahudi, Barat kafir munafik. Tanpa usul periksa, laju menuduh pihak-pihak tersebut.

Seolah-olah dunia kita ini dikuasai oleh mereka. Seolah-olah kalau kita terlibat dengan unsur tersebut, kita jatuh murtad. Takutnya kita jatuh murtad kerana mempunyai unsur Freemason.

Sedangkan tiada bukti kukuh penglibatan mereka, cuma ada kesan yang kalaupun bukan kebetulan, ia mungkin disebabkan faktor lain bukan-Freemason.


2. Gambar

Paranoid yang kedua lebih parah. Kebelakangan ini banyak penyebaran artikel dan link tentang gambar perempuan disuper-impose kepada gambar bogel. Juga artikel tentang blog pengumpulan gambar awek bertudung. Artikel-artikel ini telah di-exaggerate-kan lagi dengan menakut-nakutkan perempuan seolah-olah mereka adalah mangsa seterusnya. Jika anda tidak percaya, cubalah Google.

Maksud saya; WTF? Tolonglah jangan paranoid dengan dunia. Tolonglah jangan bersangka buruk dengan dunia.

Anwar Ibrahim ditohmah berkali-kali dengan kes liwat, yang terbaru kes zina. Tetapi beliau tetap cool. Malah melonjakkan nama beliau sebagai tokoh Pakatan Rakyat.

Logikkah Pakatan Rakyat memilih seorang yang tidak bermaruah sebagai pemimpin mereka? Mungkin juga logik; PR memang bodoh pun.

Tolonglah jangan terpedaya dengan ayat “Jagalah maruah anda, mencegah lebih baik daripada merawat.”

Saya menutup aurat, saya bersopan, saya tidak melakukan maksiat, maka Allah melindungi saya – percayalah. Walaupun gambar anda yang menutup-aurat-bersopan-tidak-melakukan-maksiat itu disuper-impose diaibkan sekalipun, tolonglah percaya dengan Allah.

Tak, saya tidak melarang anda untuk memperjuangkan hak anda untuk melindungi maruah anda. Silakan. Itu adalah bagus. Akan tetapi tolonglah jangan paranoid.

Baru nak masuk isu sebenar…

Ada sesetengah perempuan memang prinsip mereka tidak suka gambar mereka di internet; itu adalah munasabah jika digunakan sebagai alasan untuk membuat laporan copyright infringement, meminta supaya gambar mereka dibuang. Dalam Islam juga manusia seperti ini kadang-kadang dihukum lain daripada manusia biasa. Contohnya, manusia biasa haram berpuasa pada hari syak 30 Syaaban, kecuali kalau hari syak tersebut jatuh pada hari Isnin/Khamis dan manusia tersebut telah biasa/selalu/istiqamah/berprinsip puasa pada Isnin/Khamis.

Tapi kalau di Facebook penuh dengan gambar mereka yang sopan dan ayu serta menutup aurat, maka logikkah permintaan copyright infringement hak asasi manusia maruah wtfather alasan lain lagi yang sukar diterima akal?

AJK telah memilih gambar yang terbaik, tercomel dan ter-smart untuk dipamerkan. Tolonglah jangan bersangka buruk dengan mereka hingga meminta mereka membuang gambar dari blog rasmi perogram. Oh bukan, kamu tidak bersangka buruk dengan AJK, kamu bersangka buruk dengan dunia. Tolonglah jangan mematahkan semangat mereka dengan alasan yang tidak masuk akal kamu sendiri tidak pasti akan berlaku atau tidak.


Kesimpulan

Apa itu paranoid?

EXTREME and IRRATIONAL FEAR or DISTRUST of others.

Bagaimana mengatasinya?

Kurangkan TAKSUB dan OBSES dengan sesuatu perkara.

Sila LIKE, KOMEN, dan KLIK IKLAN Nuffnang serta Pesta Buku dekat kanan ni :P